06/05/2026
TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN KOPERASI SECARA BERSASAR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
Seremban, 4 Mei โ Sebanyak 250 koperasi dari seluruh Negeri Sembilan menyertai Program Taklimat Pembangunan Koperasi Secara Bersasar 2026 yang berlangsung merentasi lima wilayah utama negeri ini, sekali gus membuka peluang besar kepada gerakan koperasi untuk melonjakkan prestasi perniagaan masing-masing.
Program anjuran Suruhanjaya ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di Wilayah Tampin/Rembau pada 27 April, diikuti Wilayah Negeri (28 April), Wilayah Port Dickson (29 April), Wilayah Kuala Pilah/Jempol (30 April), dan berakhir di Wilayah Seremban/Jelebu pada 4 Mei 2026.
Inisiatif bersasar ini dilihat lebih efektif berbanding pendekatan berskala besar, apabila setiap wilayah menghimpunkan sekitar 50 koperasi aktif bagi memastikan penyampaian maklumat lebih jelas, fokus dan mudah difahami.
Program ini menjadi platform penting dalam memberi pendedahan menyeluruh berkaitan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi 2026, termasuk pelbagai bentuk bantuan dan pembiayaan yang ditawarkan. Antara tarikan utama ialah peluang geran sehingga RM300,000 kepada koperasi yang layak, selain inisiatif khas seperti Program Transformasi Koperasi (CiTRA):
- Geran sehingga RM20,000 untuk koperasi yang baru pulih
- Geran sehingga RM30,000 bagi memulakan perniagaan rintis.
Peserta turut didedahkan kepada hampir 20 program pembangunan yang dirangka khusus bagi meningkatkan pendapatan dan daya saing koperasi.
Selain itu, program ini menampilkan pelbagai sesi taklimat perkongsian ilmu, termasuk penerangan hala tuju pembangunan koperasi oleh wakil Bahagian Pembangunan Perniagaan, serta sesi konsultasi teknologi oleh New Holland Malaysia yang memberi panduan pemilihan jentera berdasarkan keperluan sebenar operasi.
Turut berlangsung ialah taklimat produk kewangan melibatkan Akaun Deposit Koperasi (ADK) dan pembiayaan oleh COOPBANK PERTAMA, di samping perkongsian peluang perniagaan strategik oleh ARISPROP Capital Berhad.
Menariknya, program ini turut menyediakan ruang dialog terbuka bersama Pengarah SKM Negeri Sembilan, yang memberi peluang kepada koperasi menyuarakan isu, mendapatkan penjelasan serta bertukar pandangan secara langsung dalam suasana telus dan konstruktif.
Secara keseluruhan, program ini dilihat sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh ekosistem koperasi negeri, dengan fokus kepada strategi perniagaan yang lebih tersusun, berdaya saing dan mampan selaras dengan perkembangan semasa industri.
Usaha berterusan ini diharap mampu menjadikan koperasi sebagai pemain ekonomi yang lebih dinamik dan relevan pada masa hadapan.
----------------------------------
๐ดIkuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:
๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/coopn9
๐๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐๐จ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ : https://www.youtube.com/
๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฐ๐๐ง๐ : https://www.skm.gov.my