Hirman Yusof

Hirman Yusof Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hirman Yusof, Seremban.

Hirman Yusof,
Labu Kampung den,Warikh Paya Kumbuh
YDP PAS Kawasan Rasah
Pengerusi LPN N9
Pengerusi Lajnah NGO N9
Tim.Pengarah JAMNSN
Pengarah Alternatif Trekking Club (ATC) N9
Aktivis Kesatuan Sekerja
Presiden Kesatuan Pekerja Industri Minuman Malaysia

"SELAMAT BERMUKTAMAR"Dengan penuh rasa hormat dan ukhuwah perjuangan, saya mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluru...
01/09/2026

"SELAMAT BERMUKTAMAR"

Dengan penuh rasa hormat dan ukhuwah perjuangan, saya mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS yang akan menghadiri Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-72.
2hb โ€“ 5hb September 2026
bertempat Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), Kelantan Darul Naim.

Muktamar bukan sekadar medan perhimpunan, tetapi menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperkukuh saf perjuangan, menyatukan fikrah serta merencana langkah yang lebih tersusun demi meneruskan agenda perjuangan Islam.
Semoga seluruh perwakilan diberikan kekuatan, kelapangan fikiran dan keteguhan hati dalam melaksanakan amanah yang dipikul.

Meneruskan Perjuangan.
Memperkukuh Islam.
Membina Malaysia Berkat.
Selamat bermuktamar dan semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Norhirman Mohd Yusof
Yang Dipertua PAS Kawasan Rasah





01/09/2026

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69"

31 Ogos kembali menjadi detik untuk kita mengenang erti kemerdekaan, menghargai jasa para pejuang serta menyemarakkan semangat cintakan tanah air.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan semata -mata tetapi ianya juga merupakan suatu amanah dan tanggungjawab untuk kita bersama membina sebuah Malaysia yang diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Dalam kepelbagaian bangsa dan latar belakang, marilah kita terus memperkukuh perpaduan, menjaga keharmonian serta menyumbang yang terbaik demi masa depan generasi akan datang.

"Islam Memimpin Perpaduan"

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!

Ikhlas daripada
PAS Kawasan Rasah





"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69" 31 Ogos 2026Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah yang kita kenang, tetapi ...
30/08/2026

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69"

31 Ogos 2026
Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah yang kita kenang, tetapi sebuah amanah yang perlu kita pertahankan dan teruskan bersama.
Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan membina sebuah Malaysia yang lebih aman, harmoni dan sejahtera, di samping terus memperkukuh perpaduan serta menghormati kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara.

Semoga Malaysia terus dilimpahi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan untuk generasi hari ini dan akan datang.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69

Malaysia Tanah Air Kita.

Ikhlas daripada,
Norhirman Mohd Yusof
Yang Dipertua PAS Kawasan Rasah





BERNAMA - Kerajaan Negeri Sembilan Komited Perkukuh Penguatkuasaan Bagi Elak Jerebu
25/08/2026

BERNAMA - Kerajaan Negeri Sembilan Komited Perkukuh Penguatkuasaan Bagi Elak Jerebu

jerebu, IPU, pemantauan, penguatkuasaan, Negeri S

Kehadiran Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (TGHH) ke bumi Negeri Sembilan pada ...
24/08/2026

Kehadiran Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (TGHH) ke bumi Negeri Sembilan pada hari ini untuk bertemu dengan barisan Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan dalam tempoh pasca Pilihan Raya Negeri Sembilan merupakan satu pertemuan yang amat dinantikan.

Amanat dan saranan daripada susuk tubuh Tuan Guru Presiden PAS pastinya menjadi sebuah pedoman, suntikan semangat dan panduan penting buat seluruh saf kepimpinan dalam mendepani perjalanan perjuangan selepas pilihan raya.

Pasca pilihan raya bukanlah noktah kepada perjuangan, sebaliknya menjadi ruang untuk kita melakukan muhasabah, memperkukuh saf, memperkemas gerak kerja serta menyusun strategi dengan lebih tersusun dan berkesan.
Sesungguhnya kemenangan dan kekalahan adalah sebahagian daripada sunnah perjuangan. Yang lebih penting ialah bagaimana kita terus istiqamah, memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan keyakinan bahawa perjuangan Islam ini perlu diteruskan dengan penuh hikmah, sabar dan tawakal kepada Allah SWT.

,"Amanat dipasak, saf diperkukuh, perjuangan diteruskan"

Insya-Allah, dengan kepimpinan yang istiqamah, jentera yang tersusun dan seluruh ahli yang terus setia kepada perjuangan, PAS Negeri Sembilan akan bangkit dengan lebih gagah untuk mendepani masa hadapan.

-Hirm@nYus๐Ÿ˜Žf-


SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…Marilah kita memperingati kelahiran junjun...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta meneladani akhlak mulia yang menjadi panduan sepanjang kehidupan.
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui usaha menghidupkan sunnah, memperkukuh ukhuwah dan membentuk peribadi yang berakhlak mulia.

Semoga semangat Maulidur Rasul menjadi titik tolak untuk kita terus mencontohi kepimpinan, kesabaran, kasih sayang dan keadilan Rasulullah SAW dalam kehidupan bermasyarakat.
Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

Ikhlas daripada,
Norhirman Mohd Yusof
Yang Dipertua
PAS Kawasan Rasah

"Meraikan Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Rasah"Mengisi kemenangan adalah suatu ujian yang amat berat.Kemenangan bukanla...
23/08/2026

"Meraikan Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Rasah"

Mengisi kemenangan adalah suatu ujian yang amat berat.
Kemenangan bukanlah noktah kepada perjuangan, tetapi permulaan kepada amanah yang lebih besar. Ketika berada di atas, kita diuji dengan kuasa. Ketika diberikan kemenangan, kita diuji dengan tanggungjawab. Dan ketika diberikan kepercayaan, kita diuji dengan keikhlasan.

Jangan sampai kemenangan menjadikan kita lalai, sombong atau lupa kepada tujuan asal perjuangan. Sebaliknya, kemenangan mesti diisi dengan khidmat, Tanggungjawab dan kerja yang bersungguh-sungguh demi membawa kebaikan kepada masyarakat dan mencari redha Allah SWT.

Menang itu nikmat, tetapi mengisi kemenangan adalah amanah.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah kepada para pimpinan di Negeri Sembilan untuk terus berada di jalan perjuangan.
Kemenangan yang sebenar ialah apabila kemenangan itu membawa manfaat dan kebaikan kepada ummah.

-Hirm@nYus๐Ÿ˜Žf-





23/08/2026
"TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Tn Hj Kamarol Ridzuan Bin Mohd Zain, A...
18/08/2026

"TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH"

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Tn Hj Kamarol Ridzuan Bin Mohd Zain, ADUN Paroi atas perlantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan keadilan demi kepentingan rakyat serta kemakmuran Negeri Sembilan.

Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk dalam menjalankan amanah yang besar ini.
Tahniah YB! Semoga terus cemerlang dalam berkhidmat untuk rakyat.

Ikhlas daripada,
Norhirman Mohd Yusof
Yang Dipertua
PAS Kawasan Rasah

07/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada

YB Ustaz Mohd Fairuz bin Haji Mohd Isa

atas pelantikan sebagai

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan ketakwaan.

Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kekuatan serta petunjuk dalam setiap urusan demi menegakkan keadilan, memperjuangkan kebajikan rakyat, dan membawa keberkatan serta kemakmuran buat seluruh Negeri Sembilan.

Ikhlas daripada

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan


Address

Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hirman Yusof posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share