Penerangan PAS Kawasan Rasah

Penerangan PAS Kawasan  Rasah ISLAM MENYATUKAN UMMAH

28/01/2026
Minda Presiden PASPAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYASebenarnya, PAS berpolitik Islam yang tidak berpisa...
20/01/2026

Minda Presiden PAS

PAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYA

Sebenarnya, PAS berpolitik Islam yang tidak berpisah daripadanya konsep al-din yang menggabungkan aqidah, syariah, dan akhlak, dengan meletakkan kedudukan Islam dijunjung tinggi melalui perjuangan yang penuh pengorbanan harta, jiwa, dan raga.

Perlembagaan PAS menyatakan hukum Islam adalah paling tinggi dan haram bagi PAS menerima yang lain daripada Islam. Perkara ini tidak dinyatakan oleh semua parti yang lain.

Perjuangan PAS bagi mendapat kuasa politik demi mendaulatkan Islam yang berkuasa memerintah, menjadikan PAS sasaran kepada semua kump**an yang anti-Islam.

Apa yang menakutkan mereka ialah kebangkitan semula Islam dalam kalangan mereka yang berpendidikan Barat yang asalnya dirancang bagi menentang Islam, tiba-tiba bangkit melawan tuannya.

Peranan parti Islam ialah memimpin umat selepas ketiadaan kerajaan Islam yang berkuasa. Maka, PAS menegaskan dalam Fasal 7(1) Perlembagaan PAS, iaitu meletakkan Islam adalah yang tertinggi dan PAS memperjuangkannya melalui negeri dan persekutuan dengan meletakkan kedudukan Islam sebagai agama yang wajib dimuliakan.

Apabila PAS berkuasa di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, maka konsep tersebut dilaksanakan. Di Terengganu khususnya, PAS berusaha mengembalikan kedudukan Islam sebagaimana dalam Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk (perlembagaan Terengganu sebelum berlakunya penjajahan) dan keputusannya ditandatangani dengan dukungan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada peringkat persekutuan p**a, PAS telah beberapa kali membawa usul persendirian supaya meminda Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang kuasa negeri melaksanakan syariat dengan sempurna.

Baca selanjutnya:

https://www.facebook.com/share/p/1GQuvKCn2h/?mibextid=wwXIfr

17/11/2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2025.

PAS Negeri Sembilan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 kepada semua adik-adik yang terlibat di seluruh negeri.

Kami mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan fikiran, kefahaman yang jelas serta kelancaran ketika menjawab setiap soalan.

UPKK bukan sekadar peperiksaan, tetapi satu proses pembinaan akhlak, disiplin dan sahsiah yang menjadi asas pembentukan generasi Muslim yang berilmu dan berakhlak mulia.

Kepada para ibu bapa, teruskanlah memberikan sokongan dan doa berterusan.
Kepada anak-anak, lakukan yang terbaik — selebihnya serahkan kepada Allah SWT.

Semoga Allah memudahkan urusan mereka, memberkati usaha yang telah dilakukan, serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang...Aamiinn ya Rabb

"Ya Allah, kurniakanlah ilmu dan kefahaman kepada anak-anak kami, permudahkan urusan mereka, dan berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin."

Semoga berjaya kepada semua calon UPKK!

YB Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa
Pesuruhjaya
PAS NEGERI SEMBILAN



15/11/2025
13/11/2025
11/11/2025
11/11/2025

"PAS Negeri Sembilan sedia jika PRU awal"

Oleh NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
11 November 2025, 10:00 am

JEMPOL: PAS Negeri Sembilan telah memulakan persediaan terhadap jangkaan pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal.

Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd. Fairuz Mohd. Isa berkata, ia termasuk melihat calon yang berpotensi diketengahkan serta kawasan yang akan ditandingi.

“Kami sedang menyediakan kekuatan lebih awal termasuk calon dan kawasan yang akan ditandingi. Walaupun masih di peringkat awal, perbincangan sudah bermula.

“Kalau ikut tempoh masa memang lama lagi, tetapi politik Malaysia ini tidak pernah stabil. Ada yang kata Parlimen mungkin dibubarkan tahun depan, jadi kami bersiap dari sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting berkata, perbincangan dan persiapan itu hanyalah di peringkat Pas dan belum sampai kepada Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Pas Negeri Sembilan menyasarkan untuk bertanding dan memenangi lebih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selain beberapa kerusi Parlimen yang menjadi tumpuan.

“Daripada 36 kerusi DUN, kami sasarkan lebih 10 kerusi, mungkin 11 atau 12 tetapi perkara ini masih di peringkat perbincangan kerana ia juga melibatkan rakan komponen dalam PN,” katanya.

Beliau berkata, Pas sudah pasti akan menampilkan calon pelbagai latar belakang termasuk dalam kalangan profesional bagi menarik pengundi.

“Kali ini, kita tidak hanya menampilkan ustaz tetapi juga calon profesional bagi memperkukuh pasukan dan keyakinan rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2023, Pas menerusi PN memenangi tiga kerusi DUN iaitu Serting, Paroi dan Bagan Pinang. – UTUSAN

08/11/2025

SERUAN SUMBANGAN UNTUK PETUGAS PRN SABAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PRN Sabah kini semakin hampir dan para petugas PAS Rasah sedang giat menjalankan amanah dakwah bagi memastikan panji Islam terus berkibar di bumi bawah bayu.

Namun perjuangan memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan juga sumber kewangan. Oleh itu kami menyeru seluruh jemaah dan penyokong PAS untuk turut sama membantu menampung kos perjalanan dan keperluan petugas yang kini mula berkhidmat di lapangan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut

Nama Akaun : PAS CAWANGAN TAMAN GADONG JAYA
No Akaun : 05058010033986
Bank : Bank Islam
Rujukan : Sumbangan Petugas PRN Sabah

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Mohd Hanazi 019-2177225
Ghazali 012-3146981

Yang menjalankan amanah
YDP Pas Rasah

29/10/2025

23/10/2025

RAYUAN SUMBANGAN DANA PRU16

PAS NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang bakal tiba, PAS Negeri Sembilan sedang mempergiatkan persiapan jentera di semua peringkat bagi memastikan kemenangan Islam terus dapat dipertahankan dan diperluas di bumi bertuah ini.

Bagi menjayakan misi besar ini, kami merayu sumbangan ikhlas daripada seluruh ahli, penyokong dan rakyat yang cintakan Islam, untuk bersama menyumbang bagi menampung kos operasi, logistik, bahan kempen, latihan petugas serta program penerangan di seluruh Negeri Sembilan.

Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana, adalah pelaburan besar di sisi Allah SWT dalam perjuangan menegakkan Islam melalui proses demokrasi yang sah.

Firman Allah SWT:

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah ialah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji."
(Surah Al-Baqarah: 261)

Ayuh bersama kami, membina kemenangan Islam di Negeri Sembilan!
Semoga setiap sumbangan diberkati dan diterima sebagai amal jariah yang berpanjangan...Aamiin ya Rabb



Address

Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan PAS Kawasan Rasah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share