08/03/2023
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ูููุจูุฑููุงูุชููู
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihaniโฆ
Mohon izin dan doa restu dari Ayah,Ibu,sahabat serta semua Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.
Saya Mohamad Fadil Bin Md Zin dengan penuh rasa Tawaduk ingin menawarkan diri bagi memimpin perjuangan anak bangsa ini sebagai KETUA PEMUDA UMNO Bahagian Seremban bagi penggal 2023-2026, bersama pasukan yang telah terbentuk hasil dari Musyawwarah dan Kesepakatan yang telah dicapai bersama.
Saya yakin dan percaya bahawa saya bersama pasukan yang akan dibentuk nanti mampu membawa PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN bangkit sebagai sebuah organisasi yang lebih PROGRESIF, EFEKTIF serta KOLEKTIF bagi memikat kembali keyakinan ANAK MUDA terhadap UMNO seterusnya melahirkan pelapis kepimpinan masa hadapan.
Semoga gandingan ini akan diberi peluang untuk mengembalikan UMNO dekat dihati rakyat.
Indahnya lenggok tarian Zapin,
Benang disulam menjadi kain,
Andai terpilih sebagai pemimpin,
Jagalah Amanah Zahir dan Batin.
CALON NO 2
Mohamad Fadil Bin Md Zin
Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban