Puteri Rembau

Puteri Rembau Official Page Puteri UMNO Bahagian Rembau. Segala info mengenai Politik dan Isu semasa

Setinggi-tinggi TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada,YB Siti Nur Umaira Binti Hasim Atas pelantikan sebagai EXCO Pembanguna...
08/08/2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada,
YB Siti Nur Umaira Binti Hasim

Atas pelantikan sebagai EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan

Semoga dengan pelantikan ini, YB dapat terus memacu agenda pembangunan wanita, memperkukuh institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan.

Amanah besar ini semoga dijalankan dengan penuh dedikasi dan integriti demi rakyat.

Ikhlas daripada,
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau*

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan! 🥳Kepada YB Dato’ Hj. Zaifulbahri Bin Idris ADUN Chembong atas pelan...
08/08/2026

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan! 🥳

Kepada YB Dato’ Hj. Zaifulbahri Bin Idris ADUN Chembong atas pelantikan sebagai EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi & Modal Insan Negeri Sembilan.

Kami di Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau mendoakan agar YB terus istiqamah dalam memimpin dan membawa perubahan positif untuk masa depan pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.

Selamat menjalankan amanah, YB! 💪



Edaran Flyers Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (Dun Rantau) bersama dengan kepimpinan PDM Barisan Nasional di Taman Ba...
30/07/2026

Edaran Flyers Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (Dun Rantau) bersama dengan kepimpinan PDM Barisan Nasional di Taman Bandar Ekar. Walaupun hujan tetap semangat 💪🏼💙



Belia, wanita dan usahawan adalah pemacu ekonomi masa depan.BN komited menyediakan latihan, modal dan peluang agar lebih...
28/07/2026

Belia, wanita dan usahawan adalah pemacu ekonomi masa depan.

BN komited menyediakan latihan, modal dan peluang agar lebih ramai mampu memulakan perniagaan serta meningkatkan pendapatan.

Dibantu untuk melangkah, diperkasa untuk berjaya.

Kebajikan rakyat bukan bermusim, tetapi sepanjang hayat.BN komited memastikan setiap fasa kehidupan rakyat terus dibantu...
28/07/2026

Kebajikan rakyat bukan bermusim, tetapi sepanjang hayat.

BN komited memastikan setiap fasa kehidupan rakyat terus dibantu dan diperkasa.

Dari lahir hingga usia emas, keluarga sentiasa dibela.

BN beriltizam membina sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan berkesan.Melalui pendigitalan perkhid...
28/07/2026

BN beriltizam membina sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan berkesan.

Melalui pendigitalan perkhidmatan, pemantauan pelaksanaan manifesto serta pengukuhan integriti, rakyat akan menikmati urusan yang lebih mudah, cepat dan berkualiti.

Perkhidmatan diperkasa. Integriti diutamakan. Rakyat didahulukan.

Sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi medium menyatukan rakyat.BN komited memperluaskan kemudahan sukan dan rekreasi ...
28/07/2026

Sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi medium menyatukan rakyat.

BN komited memperluaskan kemudahan sukan dan rekreasi agar setiap komuniti dapat hidup lebih sihat, aktif dan bersatu.

Ruang aktif untuk semua, perpaduan diperkukuh.

BN beriltizam memastikan pembangunan Negeri Sembilan terus seiring dengan pemeliharaan agama, adat dan warisan.Syiar Isl...
28/07/2026

BN beriltizam memastikan pembangunan Negeri Sembilan terus seiring dengan pemeliharaan agama, adat dan warisan.

Syiar Islam akan terus diperkasa, Adat Perpatih dipelihara sebagai identiti negeri, hak masyarakat Orang Asli diberi perhatian dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama terus diperkukuh.

Warisan terpelihara, keharmonian diperkasa.

Keindahan alam bukan sekadar untuk diwarisi, tetapi juga mampu menjadi sumber ekonomi rakyat.Manifesto BN komited untuk:...
28/07/2026

Keindahan alam bukan sekadar untuk diwarisi, tetapi juga mampu menjadi sumber ekonomi rakyat.

Manifesto BN komited untuk:
🌿 Memelihara 155,000 hektar hutan simpan.
🏖️ Menarik 22 juta pelancong domestik dan antarabangsa.
💼 Mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan baharu.
♻️ Memperkukuh pengurusan sungai dan sisa pepejal.

Menjaga alam, membina ekonomi, mencipta lebih banyak peluang untuk rakyat.

Generasi peneroka adalah aset penting Negeri Sembilan.Manifesto BN komited untuk:🌐 Menaik taraf infrastruktur fizikal da...
28/07/2026

Generasi peneroka adalah aset penting Negeri Sembilan.

Manifesto BN komited untuk:
🌐 Menaik taraf infrastruktur fizikal dan digital.
💼 Memperluas peluang ekonomi komuniti.
❤️ Memperkukuh kebajikan masyarakat.
💧⚡ Menyelesaikan isu bekalan air dan elektrik.

Membangunkan desa, memperkasa generasi peneroka.

Address

Taman Bandar Ekar
Seremban
71200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share