LPPKN Negeri Sembilan

LPPKN Negeri Sembilan PUSAT KELUARGA LPPKN NEGERI SEMBILAN

BEROPERASI DI PUSAT KELUARGA LPPKN NEGERI SEMBILAN PADA 10 MEI 2010 YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. PUSAT KELUARGA LPPKN NEGERI SEMBILAN MEMPUNYAI 5 UNIT IAITU UNIT PENTADBIRAN, UNIT PENERANGAN,LATIHAN & PENDIDIKAN, UNIT KAUNSELING, UNIT kafe@TEEN DAN UNIT REPRODUKSI MANUSIA

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut boleh huhungi unit-unit di Pusat

Keluarga LPPKN Seremban 2:
06-6014440 (Pejabat, Unit Penerangan & kafeTEEN)
06-6014443 (Perkhidmatan Klinik)
06-6011163 (Perkhidmatan Kaunseling)

🤝 KUNJUNGAN HORMAT LPPKN NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT EXCO JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARA...
17/08/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT LPPKN NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT EXCO JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN

LPPKN Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi pertemuan bersama YB Puan Siti Nur Umaira binti Hasim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan.

Pertemuan ini menjadi platform untuk berkongsi pandangan, memperkukuh kerjasama serta membincangkan usaha dan inisiatif berkaitan pembangunan wanita, pengukuhan institusi kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan. 🌷💜

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat terus diperkasakan demi memastikan agenda pembangunan keluarga dan masyarakat Negeri Sembilan sentiasa diberi perhatian serta dilaksanakan secara berkesan. 🤝✨

12 Ogos 2026 (Rabu)Klana Resort, SerembanTelah Berlangsung Pameran LPPKN Sempena Program Advokasi & Kesejahteraan Wanita...
12/08/2026

12 Ogos 2026 (Rabu)
Klana Resort, Seremban

Telah Berlangsung Pameran LPPKN Sempena Program Advokasi & Kesejahteraan Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) & Hari Terbuka PRISMANITA Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban.

🎗️ PROGRAM KESEDARAN KANSER WCARE: LELAKI PERKASA... WANITA JELITA TAHUN 2026 🎗️📅 11 Ogos 2026📍 Dewan Pavilion, Pusat Ke...
11/08/2026

🎗️ PROGRAM KESEDARAN KANSER WCARE: LELAKI PERKASA... WANITA JELITA TAHUN 2026 🎗️

📅 11 Ogos 2026
📍 Dewan Pavilion, Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2

Telah berlangsung Program Kesedaran Kanser WCARE: Lelaki Perkasa... Wanita Jelita Tahun 2026 dengan kerjasama CUEPACS Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, myCUEPACS Care dan Hospital Pakar CMH Seremban.

Turut berlangsung dalam program ini ialah penyerahan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan sebagai simbolik kick-off bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026. 🇲🇾

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Negeri LPPKN Negeri Sembilan, YBrs. En. Azlan bin Mohd Salleh.

Program ini menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pencegahan, pengesanan awal dan tindakan segera dalam menangani kanser.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir, memberikan sokongan serta bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.

💗 Cepat Tahu, Cepat Tindak!

✨ 06 Ogos 2026(Khamis) | WORK LIFE BALANCE 2026 ✨Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan“Manage to Excellent: Meningkatkan ...
06/08/2026

✨ 06 Ogos 2026(Khamis) | WORK LIFE BALANCE 2026 ✨Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan
“Manage to Excellent: Meningkatkan Prestasi Kerja”

Alhamdulillah, Syukur selesai siri ke-5..

Program ini memberi penekanan kepada kepentingan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi sebagai asas dalam membentuk warga kerja yang lebih produktif, bermotivasi serta memiliki kesejahteraan emosi yang baik.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang menarik, interaktif dan bermanfaat yang disampaikan oleh:
👩🏻‍🏫 Pn. Solihah binti Kamaruddin
Pegawai Psikologi, LPPKN Negeri Sembilan

👩🏻‍🏫 Pn. Nurul Huda binti Md Noor
Pegawai Psikologi, IPK Negeri Sembilan dan

Team Unit Kaunseling LPPKN Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta di tempat kerja demi melahirkan individu yang lebih seimbang, cemerlang dan berdaya saing.

✨ Seimbang Kehidupan, Cemerlang Prestasi.



🚨 ANDA BERANI SAHUT CABARAN KAMI? JOM SELAMATKAN KEWANGAN KELUARGA! 🚨Adakah poket anda sering 'bocor' walaupun baru saha...
04/08/2026

🚨 ANDA BERANI SAHUT CABARAN KAMI? JOM SELAMATKAN KEWANGAN KELUARGA! 🚨

Adakah poket anda sering 'bocor' walaupun baru sahaja dapat gaji? Jom perkukuhkan pengurusan kewangan keluarga anda menerusi program Ilmu Keluarga SIRI 6/2026: Gempur Poket Bocor anjuran LPPKN Negeri Sembilan!

🗓 Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 4.00 Petang
📍 Tempat: Pavilion Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan

Pengisian Menarik:
• Slot Misi Interaktif 1: Maze Money Challenge
• Ceramah Jemputan: Misi Selamatkan Kewangan Keluarga
• Slot Misi Interaktif 2: The Market Whispers
• Slot Misi Interaktif 3: Money DOES Matter

Yuran Penyertaan:
✅ RM 20 – Agensi Kerajaan / NGO
✅ RM 30 – Swasta / Persendirian
(Pakej termasuk makan, minum, E-Sijil, dan Beg Goodies)

📲 Cara Mendaftar:
Mudah sahaja! Imbas Kod QR pada poster di bawah untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad, daftar sekarang!

📞 Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
Encik Yahya: 011-15711521

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILANSeluruh warga kerja Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negar...
02/08/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Seluruh warga kerja Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, berkuat kuasa mulai 2 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta kesihatan yang berpanjangan kepada YAB Dato’ dalam memikul amanah menerajui pentadbiran Negeri Sembilan. Didoakan agar segala urusan dipermudahkan dan kepimpinan yang dibawa sentiasa diberkati demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
LPPKN Negeri Sembilan

✨ SELESAI DENGAN JAYANYA ✨Program Digital Safety & Family Well-Being: Membina Pekerja Celik Siber, Keluarga Sejahtera (S...
27/07/2026

✨ SELESAI DENGAN JAYANYA ✨

Program Digital Safety & Family Well-Being: Membina Pekerja Celik Siber, Keluarga Sejahtera (Siri 3/2026) telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian bermanfaat. 💻🔒

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan perkongsian mengenai adab dan etika siber, ketahanan digital serta perkembangan teknologi AI bagi meningkatkan kesedaran dan amalan penggunaan teknologi secara selamat. 🤖

Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 📸 Dikongsikan sekitar momen sepanjang program untuk tatapan bersama.





25/7/2026 (Sabtu)Sedang berlangsungProgram WCARE dan Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama CMH di Gelanggang Bola Keran...
25/07/2026

25/7/2026 (Sabtu)
Sedang berlangsung
Program WCARE dan Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama CMH di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Nilai, Seremban.
Terima kasih kepada yang hadir..

✨ PROGRAM COUNTER CHECK MOTIVASI: RECHARGE YOUR PASSION ✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Counter...
24/07/2026

✨ PROGRAM COUNTER CHECK MOTIVASI: RECHARGE YOUR PASSION ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Counter Check Motivasi: Recharge Your Passion pada 23 Julai 2026. 💪✨

Program ini menjadi ruang untuk para peserta berhenti seketika, melakukan “check-in” terhadap diri sendiri serta mengembalikan semula semangat, motivasi dan tenaga positif dalam menjalani rutin kehidupan dan pekerjaan. 🔋🌟

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dilaksanakan bagi membantu peserta menyegarkan minda, membina semula motivasi serta menyemarakkan semangat untuk terus melangkah dengan lebih positif dan bersemangat. 🙌😊

Kerana adakalanya kita bukan perlu berhenti… tetapi hanya perlu RECHARGE untuk kembali bergerak dengan lebih kuat! 🔥💪

💙 Recharge Your Passion. Refresh Your Mind. Renew Your Motivation. 💙

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat dan motivasi yang diperoleh terus menjadi pencetus kepada perubahan positif dalam kehidupan dan pekerjaan. 🌈✨







16hb Julai 2026(Khamis) l Balairaya Kg. Temensu/Tebat Kering Kuala Pilah.Program WADANI @ EMOSI OHSEM telah berjaya dila...
18/07/2026

16hb Julai 2026(Khamis) l Balairaya Kg. Temensu/Tebat Kering Kuala Pilah.

Program WADANI @ EMOSI OHSEM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya..

Tahniah kepada semua komuniti PARLIMEN KUALA PILAH atas penyertaan hadir dengan penuh bersemangat.
Semoga segala perkongsian, pengisian dapat dimanfaatkan oleh semua peserta untuk mengurus serta menjamin kesejahteraan mental…👏👏👏

Orang PILAH Hebat2..💪👏

Address

Persiaran S2/B3, Seremban 2
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066014440

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LPPKN Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share