Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan TRANSFORMASI PERKHIDMATAN TERAS KECEMERLANGAN

Peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan

Sebagai agensi pusat bagi urusan pembangunan dan pentadbiran serta
penyampaian perkhidmatan awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
melaksanakan empat peranan utama berikut :
1. Peneraju pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam di
Negeri Sembilan
Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia bagi
mempertingkatkan keu

payaan jabatan-jabatan negeri serta hal-hal berkaitan
pentadbiran am bagi memastikan perkhidmatan awam yang cekap, berkesan
dan responsif.
2. Pakar runding dalam pengurusan pembangunan ekonomi di Negeri
Sembilan
Memberi khidmat nasihat dan perundingan serta menyelia pembangunan
ekonomi di samping menyelaras pelaksanaan program pembangunan di Negeri
Sembilan.
3. Perancang dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) sektor awam di Negeri Sembilan
Merancang, menggubal, menyelaras dan menilai pelaksanaan pembangunan ICT
sektor awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan
negeri.
4. Penyelaras dan penghubung kepada agensi lain di Negeri Sembilan,
Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan
Menyelaras dan menjadi urus setia serta penghubung antara agensi Kerajaan
Negeri, Persekutuan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dalam halhal
pentadbiran dan pembangunan.

22/08/2026
22/08/2026

Pernahkah anda tertanya-tanya, siapakah tokoh yang menghiasi wang kertas Malaysia?

DYMM Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Baginda bukan sekadar wajah pada wang kertas tetapi sebahagian daripada sejarah awal pembentukan sebuah negara merdeka.

Kenali tokoh. Kenali sejarah. Hargai warisan.




22/08/2026
22/08/2026
21/08/2026

Jang & Dagho dah ready nak sambut anda di MAHA 2026!

Jom singgah ke Pavilion Negeri Sembilan dan terokai pelbagai tarikan serta produk istimewa Negeri Sembilan bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.

๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ“ MAEPS, Serdang

Moh teghojah ke Pavilion Negeri Sembilan!




19/08/2026

๐Ÿšจ TINGGAL 4 HARI SAHAJA! ๐Ÿšจ

Masa semakin dekat! ๐ŸŽ‰
Fiesta Uniti @ Muzium Adat 2026 bakal menghangatkan Kuala Klawang dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengangkat kepelbagaian adat, budaya dan semangat perpaduan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐Ÿ“… 22 โ€“ 23 Ogos 2026
๐Ÿ“ Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

๐ŸŽฏ Jom daftar sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik sepanjang Fiesta Uniti! ๐Ÿคฉ Klik pautan pendaftaran di bawah untuk mendaftar.

https://sites.google.com/d/12jB6N2k1ESnBRRgQ5C49GOGQoT4btaVi/p/1P4YhT8trsI-GTJiYEPcZscA7H5e7Yqi3/edit

Ajak keluarga dan kawan-kawan, luangkan hujung minggu bersama kami dan rasai sendiri kemeriahan Fiesta Uniti @ Muzium Adat 2026! ๐ŸŽŠ

๐Ÿ’™ 4 hari lagiโ€ฆ dah bersedia untuk meriahkan Fiesta Uniti?
Moh Teghojah Ko Muzium Adat! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ







19/08/2026

๐Ÿ† ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก'๐—ฆ ๐—–๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—™๐—– ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”! ๐Ÿ†

Negeri Sembilan FC dinobatkan sebagai Juara Negeri Sembilan Women's Cup 2026 selepas berjaya menewaskan seteru mereka, NS Maan FC, dengan keputusan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Padang Bubbles02 Arena, Rahang itu turut dihadiri YTM Kol (K) Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), bersama YM Che Puan Isteri Anis Sobari, Penasihat Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan.

Sebagai juara, Negeri Sembilan FC membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, pingat kemenangan serta hadiah wang tunai. ๐Ÿ‘๐Ÿ†

Tahniah buat seluruh pasukan Negeri Sembilan FC! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama Negeri Sembilan dalam arena bola sepak wanita. โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

โค๏ธ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

19/08/2026

Kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian di Malaysia merekodkan angka membimbangkan apabila mencecah RM958 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek
Seremban
70503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067659900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan:

Share