17/08/2026
πππππππ ππππ ππππππ βπππππππ ππππβ πππππππππ ππππππ ππππππππ πππππππ ππππ πππππππππ ππππ (ππππ) πππππππ ππππππππ ππππ πππππ ππ-πππ πππ ππππππππ ππππππ πππππππ ππ-ππ
IPK NEGERI SEMBILAN, 17 Ogos 2026 β YAB Datoβ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan diiringi YDH DCP Datoβ Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan telah menyempurnakan Program Amal Konvoi βCharity Rideβ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (ISBC) di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), IPK Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 dan Sambutan Ambang Merdeka Ke-69.
Program yang berlangsung dari 17 hingga 21 Ogos 2026 melibatkan seramai 150 peserta terdiri daripada warga PDRM dan ahli ISBC dengan laluan konvoi merentasi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Berteraskan kebajikan dan kemasyarakatan, program turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 10 keluarga warga PDRM, sebuah rumah kebajikan serta PERKEP IPK Negeri Sembilan sebelum upacara pelepasan (Flag Off) disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Turut hadir, YB Datuk Razali bin Abu Samah, EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, YDH CP Datoβ Fadil bin Haji Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur, YBhg Datin Afifah binti Abdul Wahab, Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, YDH SAC Tuan Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YBhg Puan Dr. Nur Ilana binti Iskandar, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, Mr. Chia Poh Huat, Presiden Ipoh Super Bike Club (ISBC), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Kontinjen Negeri Sembilan serta para peserta Program Amal Konvoi βCharity Rideβ.