JIPS IPK Negeri Sembilan

JIPS IPK Negeri Sembilan Page Rasmi JIPS, IPK Negeri Sembilan

https://www.facebook.com/share/1P8wRtNK12/
20/03/2026

https://www.facebook.com/share/1P8wRtNK12/

πŸŒ™βœ¨ π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ” βœ¨πŸŒ™

π‘¨π’”π’”π’‚π’π’‚π’Žπ’–π’‚π’π’‚π’Šπ’Œπ’–π’Ž 𝒅𝒂𝒏 π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Ž 𝑺𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂,

Menjelang ketibaan Syawal yang mulia, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Sempena kehadiran Aidilfitri ini, YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan bersama isteri YBhg. Datin Afifah binti Abdul Wahab, Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia serta khususnya masyarakat Negeri Sembilan.

Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita semua.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, sentiasalah mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang perjalanan serta patuhi undang-undang yang ditetapkan.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. πŸŒ™βœ¨





01/01/2026

π’π€π‹π€πŒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

Sempena melangkah ke lembaran tahun baharu 2026, YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad Ketua Polis Negeri Sembilan bersama isteri YBhg Datin Afifah binti Abdul Wahab Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baharu 2026, dengan iringan doa agar tahun yang mendatang ini membawa limpahan rahmat, kesejahteraan dan keberkatan kepada seluruh masyarakat, khususnya warga Negeri Sembilan.

Seiring dengan ketibaan tahun baharu ini, seluruh warga PDRM Kontinjen Negeri Sembilan terus beriltizam memperkukuh semangat setiakawan, profesionalisme dan komitmen berpasukan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.

Semoga tahun baharu ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepolisan yang berintegriti, berkesan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi agama, bangsa dan negara.

https://www.facebook.com/share/1E2x8r1nHJ/
25/07/2025

https://www.facebook.com/share/1E2x8r1nHJ/

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN JIPS KE-11

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-11 kepada seluruh warga Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Diharapkan JIPS akan terus teguh memperkukuh integriti dalam perkhidmatan ke arah mempertingkat tahap akauntabiliti dan menyampaikan khidmat kepolisan yang unggul demi kepentingan masyarakat dan negara.





#25072025

Alhamdulillah, Ramadan tiba lagi, jom tambahkan amalan sepanjang bulan yang mulia ini. https://www.facebook.com/share/p/...
01/03/2025

Alhamdulillah, Ramadan tiba lagi, jom tambahkan amalan sepanjang bulan yang mulia ini.

https://www.facebook.com/share/p/1S9mLUrM8M/

Niat Solat Sunat Tarawih

Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih. Rebutlah keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Jom hidupkan Ramadan dengan ibadah! Moga Allah SWT menerima amalan kita.

15/08/2024

Perkongsian Rohani
Oleh Ustazah Siti Hajar binti Abdullah
Pegawai Agama, BAKA JIPS IPK Negeri Sembilan.

11/07/2024

Tazkirah ringkas
Ustazah Siti Hajar binti Abdullah,
Pegawai Agama BAKA JIPS IPK Negeri Sembilan.

Address

Jalan Campbell
Seremban
71750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067682231

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JIPS IPK Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JIPS IPK Negeri Sembilan:

Share