JKPTG Negeri Sembilan - Rasmi

JKPTG Negeri Sembilan - Rasmi Laman Rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sembilan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69​"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"​Bersama-sama Kita Mengukuhkan Perpadu...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69

​"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

​Bersama-sama Kita Mengukuhkan Perpaduan, Membina Kesejahteraan Rakyat.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

25/08/2026
Audit Dalam ISO 9001:2015 bagi Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Bahagian Pembahagian Pusaka Tahun 2026 telah d...
01/07/2026

Audit Dalam ISO 9001:2015 bagi Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Bahagian Pembahagian Pusaka Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 29 dan 30 Jun 2026, melibatkan Pejabat Pembahagian Pusaka Jempol dan Pejabat Pembahagian Pusaka Seremban.

Objektif utama Audit Dalam ISO 9001:2015 ini dijalankan adalah untuk menilai tahap pematuhan proses kerja terhadap standard Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98], memantau pencapaian KPI piagam pelanggan, serta mengesan ketidakakuran bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan yang berterusan dalam pengurusan kes pembahagian harta pusaka kecil.

26/06/2026

✨𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈✨

🌱 Budi yang ditabur, jasa yang dicurahkan dan pengorbanan yang diberikan wajar dikenang. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bersempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 Tahun 2026 mempelawa pencalonan bagi Anugerah Jasa Bakti, iaitu penghormatan khas kepada individu yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan dan kemajuan dalam pentadbiran tanah. 🌱

📌 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻
Warga Pentadbiran Tanah di peringkat Persekutuan/Negeri yang telah bersara wajib atau pilihan (tahun persaraan: 2020–2025).

📌 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻/𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
JKPTG Ibu Pejabat / PTG / JTU / JTS

📌 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻
✔️ Berkhidmat/pernah berkhidmat dalam pentadbiran tanah sekurang-kurangnya 10 tahun (kumulatif).
✔️ Rekod perkhidmatan yang cemerlang dan bebas daripada tindakan tatatertib, kebankrapan, rasuah atau sabitan jenayah.
✔️ Memberikan sumbangan yang berimpak kepada pentadbiran tanah.

🌟 Kenang jasa mereka yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan.

Berikan penghormatan yang selayaknya dengan mengemukakan pencalonan sebelum tarikh tutup.

📩 Emel: [email protected]

🗓️ Tarikh tutup pencalonan: 3 Julai 2026 (Jumaat)

✨𝗝𝗞𝗣𝗧𝗚 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝘁𝗶✨

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)







26/06/2026

✨𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇✨

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bersempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 Tahun 2026 mempelawa pencalonan bagi Anugerah Tokoh Pentadbiran Tanah sebagai pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan kepimpinan, kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam memajukan pentadbiran tanah di peringkat negeri.

📌 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻
Warga Pentadbiran Tanah Negeri (PTG, PDT/PTJ, JTU Sabah, Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Sabah, JTS Sarawak dan Pejabat JTS di peringkat bahagian).

📌 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻/𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
PTG / JTU / JTS

📌 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻
✔️ Berkhidmat/pernah berkhidmat dalam pentadbiran tanah sekurang-kurangnya 10 tahun (kumulatif).
✔️ Rekod perkhidmatan yang cemerlang.
✔️ Markah LNPT minimum 90% bagi 3 tahun berturut-turut.
✔️ Mempunyai kepimpinan, kepakaran serta sumbangan berimpak dalam pentadbiran tanah.

📩 Emel: [email protected]

🗓️ Tarikh tutup pencalonan: 3 Julai 2026 (Jumaat)

✨𝗝𝗞𝗣𝗧𝗚 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝘁𝗶✨

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)







26/06/2026

✨𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐊𝐎𝐍 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆✨

🌱 Kecemerlangan sesebuah organisasi bermula dengan warganya. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bersempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 Tahun 2026 mempelawa pencalonan bagi Anugerah Ikon JKPTG untuk menghargai warga kerja yang menjadi inspirasi melalui profesionalisme, integriti dan prestasi cemerlang 🌱

📌 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻
Warga JKPTG Persekutuan (Ibu Pejabat dan Negeri)

📌 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻/𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
Pengarah Bahagian di JKPTG Ibu Pejabat / JKPTG Negeri

📌 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻
✔️ Berkhidmat dalam pentadbiran tanah sekurang-kurangnya 10 tahun (kumulatif).
✔️ Rekod perkhidmatan yang cemerlang.
✔️ Markah LNPT minimum 90% bagi 3 tahun berturut-turut.
✔️ Mempunyai kepimpinan, semangat berpasukan serta kepakaran dalam bidang pentadbiran tanah.

✨ Calonkan warga JKPTG yang sentiasa menjadi inspirasi, pemacu kecemerlangan dan kebanggaan organisasi.

Pengiktirafan anda mampu menghargai usaha mereka.

📩 Emel: [email protected]

🗓️ Tarikh tutup pencalonan: 3 Julai 2026 (Jumaat)

✨𝗝𝗞𝗣𝗧𝗚 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝘁𝗶✨

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)







"𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗔𝗻𝗱𝗮. 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮" Program Sehari Bersama Waris akan diadakan pada 5 Ju...
04/06/2026

"𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗔𝗻𝗱𝗮. 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮"

Program Sehari Bersama Waris akan diadakan pada 5 Jun 2026 (Jumaat) bertempat di Lobi Wisma Persekutuan Seremban. Sesi konsultasi, khidmat nasihat dan soal jawab berkenaan urusan pembahagian pusaka ini akan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 Tengahari.

Semua dijemput hadir.

Lawatan Tapak bersama Agensi terlibat bagi Projek Membina Jalan Menghubungkan Jalan Muka Sauk Petaseh (N62) dengan Simpa...
19/05/2026

Lawatan Tapak bersama Agensi terlibat bagi Projek Membina Jalan Menghubungkan Jalan Muka Sauk Petaseh (N62) dengan Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan

19 Mei 2026 | Muka Sakuk Petaseh, Jelebu

Address

Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKPTG Negeri Sembilan - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share