JKR Negeri Sembilan

JKR Negeri Sembilan Government department responsible for state's construction and maintenance of public infrastructure.

20/08/2026
20/08/2026
12 Ogos 2026 - Telah berlangsung sesi Pembentangan dan Taklimat Khas JKR Negeri Sembilan kepada YAB Dato’ Hj. Ismail bin...
13/08/2026

12 Ogos 2026 - Telah berlangsung sesi Pembentangan dan Taklimat Khas JKR Negeri Sembilan kepada YAB Dato’ Hj. Ismail bin Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri

Dalam sesi tersebut, Y.Bhg. Dato’ Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan telah membentangkan struktur organisasi jabatan, prestasi kewangan serta projek yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, disamping sesi perkenalan diantara Jurutera Daerah dan Ketua Bahagian bersama YAB Menteri Besar.

Dalam sesi ini juga, YAB Menteri Besar menekankan kepada JKRNS supaya sentiasa memastikan projek disiapkan mengikut jadual dengan kualiti kerja yang ditetapkan.




11/08/2026


JKR Negeri Sembilan ‘Hayati Agenda Integriti, Perkukuh Tadbir Urus Organisasi’SEREMBAN, 6 Ogos – Jabatan Kerja Raya (JKR...
07/08/2026

JKR Negeri Sembilan
‘Hayati Agenda Integriti, Perkukuh Tadbir Urus Organisasi’

SEREMBAN, 6 Ogos – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan terus memperkukuh komitmen dalam membudayakan integriti menerusi penganjuran Sambutan Hari Integriti JKR Negeri Sembilan Tahun 2026 yang mengetengahkan Sesi Dialog Interaktif bertemakan "Ketirisan Sifar: Integriti Membina Kepercayaan, Tadbir Urus Memacu Kecemerlangan" dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Sesi dialog tersebut telah menghimpunkan Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, bersama Encik Azizan bin Zainal, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Integriti, JKR Malaysia sebagai panel jemputan bagi berkongsi pandangan mengenai pemerkasaan integriti, pengurusan risiko rasuah, pematuhan tatakelola, tadbir urus perolehan serta pelaksanaan projek kerajaan yang berakauntabiliti.

Turut berlangsung ialah Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai simbol iltizam seluruh warga JKR Negeri Sembilan untuk terus mengamalkan nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan tugas serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Penganjuran program ini mencerminkan kesungguhan JKR Negeri Sembilan dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti, meningkatkan kepercayaan pemegang taruh serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berkesan.

"Integriti Diperkasa, Kepercayaan Terpelihara, Kecemerlangan Tercipta."









Address

Tingkat 2, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek
Seremban
70503

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6067659600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share