Perpustakaan Islam Masjid Negeri

Perpustakaan Islam Masjid Negeri GEDUNG ILMU DIMANA PENCARIAN ITU BERMULA DISINI Dato’ Seri Utama Hj.

Hasil kerjasama yang erat di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan akhirnya telah dapat merealisasikan hasrat YAB. Mohamad Bin Hj.Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menubuhkan sebuah Perpustakaan Islam di Masjid Negeri , Seremban. Walaupun berkeluasan sederhana, Perpustakaan ini menjadi permulaan kepada pengumpulan koleksi dan p

usat rujukan Islam. Perpustakaan Islam Masjid Negeri ini adalah di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan akan berfungsi sebagai pusat sumber maklumat dan rujukan bagi semua golongan masyarakat Islam di Negeri Sembilan, daripada orang dewasa hinggalah ke peringkat kanak-kanak dengan menyediakan bahan-bahan yang beraneka media, bermutu tinggi dan mutakhir sesuai dengan kehendak dan kemajuan zaman. Bahan-bahan maklumat yang disediakan adalah bercorak keagamaan, kebudayaan, sosial, adat resam dan sebagainya yang berunsurkan Islam. Terdapat di antaranya bahan-bahan koleksi buku yang disumbangkan oleh orang ramai melalui usaha dan kerjasama dengan pihak Masjid Negeri. Sejajar dengan kehendak dan tuntutan teknologi maklumat dalam dunia yang serba maju, perpustakaan masjid ini juga menempatkan beberapa buah komputer yang dilengkapi dengan talian internet untuk kemudahan pengguna mencari maklumat secara online. Kewujudan perpustakaan masjid ini diharapkan dapat memperkembangkan dan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan Islam di kalangan rakyat dan penduduk Negeri Sembilan khususnya serta kepada seluruh pengunjung masjid di samping mendukung dan menjayakan fungsi masjid sebagai tempat beribadat kepada Allah SWT.

06/07/2023
Info tanamanTips untuk pulihkan kembali pokok daun kunyit yang kuning dan kering..
21/11/2020

Info tanaman

Tips untuk pulihkan kembali pokok daun kunyit yang kuning dan kering..

Anda sukakan sesuatu yang kreatif?? Ingin menghasilkan sesuatu yang berlainan dan membuahkan hasil?? Jom sertai Pertandi...
15/07/2020

Anda sukakan sesuatu yang kreatif?? Ingin menghasilkan sesuatu yang berlainan dan membuahkan hasil?? Jom sertai Pertandingan SELFIE CHALLENGE WITH FRONTLINER anjuran Perpustakaan Islam Masjid Negeri bagi mengzahirkan penghargaan anda kepada para Petugas Hadapan dalam menghadapi situasi wabak COVID 19... Hantarkan swafoto anda yang paling kreatif dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan....

28/03/2012
13/04/2011
13/04/2011
13/04/2011

Pertandingan menulis tulisan jawi berdasarkan artikel dalam tulisan rumi akan diadakan diperpustakaan ini...terbuka kepada kategori belia sahaja...sesiapa yang berminat boleh datang ke perpustakaan ini bagi mengambil artikel yang disediakan...tarikh tutup penyertaan adalah pada 25hb April 2011... terima kasih..

Address

Seremban
70000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+60173743746

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Islam Masjid Negeri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Islam Masjid Negeri:

Share

Category