Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Government Organization, MENARA MAINS, Seremban.

TAKLIMAT KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS (WP 1.4)πŸ“… Tarikh   : 28 Ogos 2026πŸ“ Tempat : Jabatan Pendakwaan Syariah N...
28/08/2026

TAKLIMAT KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS (WP 1.4)

πŸ“… Tarikh : 28 Ogos 2026
πŸ“ Tempat : Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah mengadakan Taklimat Kemudahan Bertugas Rasmi dan Berkursus bagi memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas kepada pegawai berhubung peraturan, syarat serta kemudahan yang diperuntukkan kepada pegawai awam ketika menjalankan tugas rasmi dan menghadiri kursus sebagaimana yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4 yang baharu.

JPeNS turut berbesar hati menerima kehadiran Puan Norhaslina binti Bakli, Penolong Akauntan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan sebagai penceramah jemputan bagi menyampaikan taklimat tersebut.

Taklimat ini membantu meningkatkan kefahaman semua pegawai mengenai peraturan tuntutan perjalanan dan memastikan setiap tuntutan dikemukakan dengan betul serta mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.


MUZAKARAH PENAMBAHBAIKAN KESALAHAN PERNIKAHAN DI LUAR NEGARAπŸ“… Tarikh   : 19 – 21 Ogos 2026πŸ“ Tempat : Arena Premier Hotel...
28/08/2026

MUZAKARAH PENAMBAHBAIKAN KESALAHAN PERNIKAHAN DI LUAR NEGARA

πŸ“… Tarikh : 19 – 21 Ogos 2026
πŸ“ Tempat : Arena Premier Hotel Seremban

Bahagian Perundangan Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan telah menganjurkan Muzakarah Penambahbaikan Kesalahan Pernikahan di Luar Negara yang melibatkan Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Sembilan, Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Pegawai Jabatan Peguam Negara, Pegawai Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri Sembilan, Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Pegawai Jabatan M***i Negeri Sembilan dan Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.

Muzakarah ini bertujuan menilai semula peruntukan undang-undang sedia ada, memperkemas mekanisme penguatkuasaan, dan merangka syor penambahbaikan dasar berhubung kesalahan bernikah di luar negara secara bersasar dan berkesan.

Program ini diisi dengan pembentangan pandangan undang-undang oleh Dr. Mohamed Fouzi bin Mokhtar dari Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kesalahan di bawah Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, yang disusuli dengan penerangan ketetapan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Bagi mendalami isu tersebut, sesi muzakarah telah dijalankan secara bengkel menerusi kaedah sumbang saran (brainstorming). Hasil perbincangan intensif berkenaan telah mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikan yang berkesan demi memperkemas tindakan perundangan dan penguatkuasaan di masa hadapan.

Penganjuran muzakarah secara bengkel menerusi kaedah sumbang saran ini telah berjaya mencapai objektifnya sebagai fasa awal dalam memperkukuh kefahaman perundangan serta memperkemas tindakan penguatkuasaan. Hasil perbincangan ini telah meletakkan asas yang kukuh melalui perumusan pelbagai syor penambahbaikan berkaitan kesalahan bernikah di luar negara. Justeru, penganjuran siri perbincangan lanjutan amat disyorkan agar momentum kerjasama antara agensi ini dapat dipelihara, sekali gus memastikan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang syariah sentiasa cekap, berintegrasi, dan relevan dengan cabaran semasa.


PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1448/2026πŸ“… Tarikh   : 25 O...
25/08/2026

PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1448/2026

πŸ“… Tarikh : 25 Ogos 2026
πŸ“ Tempat : Padang Majlis Bandaraya Seremban

Kontinjen Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1448/2026 bertempat di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang bertemakan β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati”.


24/08/2026
11/08/2026
TAKLIMAT PEMANTAPAN ETIKA KERJA DAN PENAMPILAN PROFESIONAL WARGA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILANπŸ“… Tarikh   : ...
04/08/2026

TAKLIMAT PEMANTAPAN ETIKA KERJA DAN PENAMPILAN PROFESIONAL WARGA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

πŸ“… Tarikh : 31 Julai 2026
πŸ“ Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menganjurkan Taklimat Pemantapan Etika Kerja dan Penampilan Profesional Pegawai Awam sebagai usaha meningkatkan kefahaman serta kesedaran warga jabatan mengenai kepentingan menjaga keterampilan dan imej profesional dalam perkhidmatan awam.

Taklimat ini memberikan pendedahan mengenai panduan pemakaian dan penampilan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam.

Antara perkara yang diberikan penekanan ialah pemilihan pakaian yang kemas, sopan, bersih dan bersesuaian dengan tugas rasmi, penjagaan keterampilan diri serta pematuhan terhadap tatacara berpakaian ketika berada di pejabat, menghadiri mesyuarat, majlis rasmi dan berurusan dengan pelanggan.

Penampilan yang profesional bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang pegawai, malah turut mempengaruhi imej, kewibawaan dan tahap keyakinan masyarakat terhadap sesebuah organisasi kerajaan.

Di samping itu turut diadakan Majlis Penghargaan kepada Pelatih Industri dan Pelatih Skim Latihan Khas MAINS yang telah selesai menjalani latihan di JPeNS.

Diharapkan pengisian ini dapat dijadikan panduan oleh seluruh warga JPeNS dalam memastikan penampilan sentiasa kemas, berhemah dan profesional, selaras dengan nilai integriti serta kecemerlangan perkhidmatan awam.


KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026πŸ“… Tarikh   : 27 – 29 Jul...
04/08/2026

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh : 27 – 29 Julai 2026
πŸ“ Tempat : Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan

Kursus Kepimpinan dan Pengukuhan Integriti Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Tahun 2026 telah diadakan di Avillion Port Dickson dengan penyertaan semua pegawai dan kakitangan Jabatan. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh budaya kerja yang cemerlang melalui peningkatan motivasi, semangat kerja berpasukan, kerjasama antara bahagian, pembentukan jati diri serta pengukuhan nilai integriti dalam kalangan warga Jabatan. Di samping itu, kursus ini bertujuan membentuk pasukan kerja yang dinamik, berintegriti, kompeten dan proaktif dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Sepanjang program para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator jemputan daripada Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) iaitu Puan Norliana binti Zaimon, Tuan Aminullah bin Bahrin, Encik Aris Fadhilah bin Ramli, Tuan Mohd Soleh bin Bahrin, dan Puan Siti Rasyidah binti Sarkom.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah iaitu:
1) Penghulu - Tuan Izzat Syazli Bin Murshid
2) Penghuluwati – Puan Nur Izzatie Binti Ramly
3) Outstanding Participant Award - Encik Muhammad Aliff Bin Johari dan Puan Nora Binti Md.Nazri

Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan integriti dalam melaksanakan amanah, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta mengeratkan hubungan kerjasama antara warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.


ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) KAJIAN PELAKSANAAN HUKUMAN BERBENTUK KOMPAUN BAGI KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN NEGERI SEMBILA...
23/07/2026

ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) KAJIAN PELAKSANAAN HUKUMAN BERBENTUK KOMPAUN BAGI KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN NEGERI SEMBILAN

πŸ“… Tarikh : 23 Julai 2026
πŸ“ Tempat : Arena Premier Hotel Seremban

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) hari ini telah menganjurkan Round Table Discussion (RTD) Kajian Pelaksanaan Hukuman Berbentuk Kompaun bagi Kesalahan di bawah Enakmen Negeri Sembilan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan, idea dan buah fikiran daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung cadangan pelaksanaan mekanisme kompaun bagi kesalahan syariah tertentu.

RTD ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem pentadbiran keadilan syariah di Negeri Sembilan melalui penelitian terhadap kesesuaian pelaksanaan kompaun bagi kesalahan yang bersifat pelanggaran prosedur, pentadbiran dan kesalahan ringan, selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak, Maqasid Syariah serta kehendak perundangan semasa.

Antara objektif utama RTD ini adalah untuk menghimpunkan pandangan dan kepakaran daripada pelbagai agensi dalam memperhalusi cadangan pelaksanaan kompaun, mengenal pasti kategori kesalahan yang sesuai dipertimbangkan, meneliti parameter hukum syarak yang perlu dipatuhi, serta menyediakan syor yang komprehensif sebagai asas pertimbangan Jawatankuasa Fatwa Negeri sebelum sebarang cadangan dasar atau pindaan perundangan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

Program ini telah dihadiri oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Dato' Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin; Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman; Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan, Tuan Haji Salehan bin Yatim; Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan, Tuan Haji Alimi bin Mohammed; Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perlis, Tuan Khairul Anuar bin Ahmad; Ketua Pendakwa Syarie Negeri Terengganu, Tuan Kamalruazmi bin Ismail; serta wakil Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang, Tuan Fitratallah bin Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Pegawai Undang-Undang Kanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Puan Masmadhanur Asnida binti Mohd Ali; Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Tuan Abd Khawi bin Che Abd Rahman; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS, Puan Wan Esma binti Ahmad; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS, Puan Nor Asniah binti Mohd Noh; Penolong M***i Jabatan M***i Negeri Sembilan, Tuan Ahmad Zaki bin Hamzah dan Tuan Syaiful Nizam bin Md Jan. Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perundangan JPeNS, Tuan Muhamad Nazri bin Basrawi, serta barisan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Dr. Suhaizad bin Saifuddin.

Sepanjang sesi perbincangan, para peserta telah mengemukakan pelbagai pandangan, cadangan dan ulasan yang konstruktif daripada perspektif perundangan, pendakwaan, kehakiman, penguatkuasaan, pentadbiran agama dan hukum syarak. Perbincangan yang berlangsung secara ilmiah dan profesional ini dijangka dapat memperkukuh cadangan pelaksanaan kompaun agar selaras dengan kehendak Syariah, memenuhi kepentingan awam serta memperkasakan keberkesanan sistem perundangan syariah di Negeri Sembilan.

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk hadir serta menyumbangkan pandangan, idea dan kepakaran sepanjang RTD ini. Sumbangan daripada semua pihak amat bermakna dalam memastikan setiap cadangan diteliti secara menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk mendapatkan pandangan hukum syarak.

Semoga hasil RTD ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh sistem perundangan syariah di Negeri Sembilan serta menyokong pembangunan pentadbiran keadilan syariah yang lebih cekap, berkesan dan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah demi manfaat masyarakat dan kesejahteraan ummah.



BENGKEL PENDIGITALAN BAHAN RUJUKAN KES JENAYAH SYARIAH TERPILIHπŸ“… Tarikh   : 21-22 Julai 2026πŸ“ Tempat : Arena Premier Hot...
23/07/2026

BENGKEL PENDIGITALAN BAHAN RUJUKAN KES JENAYAH SYARIAH TERPILIH

πŸ“… Tarikh : 21-22 Julai 2026
πŸ“ Tempat : Arena Premier Hotel Seremban

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menganjurkan Bengkel Pendigitalan Bahan Rujukan Kes Jenayah Syariah Terpilih selama dua hari, bermula 21 hingga 22 Julai 2026 di Arena Premier Hotel, Seremban. Bengkel ini merupakan satu inisiatif strategik bagi memperkukuh pengurusan ilmu dan mempercepat usaha pendigitalan bahan rujukan kes jenayah syariah di jabatan.

Bengkel tersebut menghimpunkan pegawai-pegawai JPeNS yang terlibat secara langsung dalam pengurusan penyelidikan dan pendakwaan. Turut dijemput sebagai penceramah ialah pegawai daripada Perpustakaan Negara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia bagi berkongsi kepakaran serta memberikan pencerahan mengenai amalan terbaik dalam proses pendigitalan dokumen, pemeliharaan rekod digital, pengurusan metadata dan aspek pengarkiban yang sistematik.

Penganjuran bengkel ini adalah selaras dengan aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang menekankan transformasi digital sebagai pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, berintegriti dan berimpak tinggi. Melalui usaha pendigitalan ini, bahan-bahan rujukan kes jenayah syariah dapat diurus secara lebih tersusun, mudah dicapai, selamat disimpan dan dimanfaatkan secara optimum oleh pegawai-pegawai pendakwa syarie dalam melaksanakan tugasan mereka.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan konsep pengurusan rekod digital, kaedah pemilihan bahan untuk pendigitalan, standard pemeliharaan dokumen serta kaedah membangunkan repositori digital yang memenuhi keperluan semasa organisasi.

Bengkel ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada pembangunan sebuah pangkalan data digital yang komprehensif bagi bahan rujukan kes jenayah syariah di JPeNS. Inisiatif ini bukan sahaja akan memudahkan capaian maklumat dan mempertingkat kecekapan penyelidikan perundangan, malah mampu memastikan khazanah ilmu serta rekod perundangan jabatan terus dipelihara untuk manfaat generasi pendakwa syarie pada masa hadapan.

JPeNS komited untuk terus memperkukuh budaya pendigitalan selaras dengan agenda transformasi sektor awam demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat serta memperkasakan sistem perundangan syariah di Negeri Sembilan.



Address

MENARA MAINS
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067614077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share