AADK Daerah Seremban

AADK Daerah Seremban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Seremban, Government Organization, Seremban.

22/05/2026

“Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Akhlak yang baik merupakan cerminan keimanan yang sempurna.

Dalam usaha membina masyarakat bebas dadah, pembentukan sahsiah, nilai murni dan kekuatan rohani menjadi asas penting dalam melahirkan individu yang berintegriti serta berdaya tahan.

AADK terus komited memperkasa pendekatan pendidikan, pencegahan dan pemulihan berteraskan nilai kemanusiaan serta spiritual demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

Kem Inspirasi Insani 2026📆 Tarikh : 19 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026📍Tempat :Pusat Latihan Dan Kepimpinan UPNM, Kongkoi, J...
22/05/2026

Kem Inspirasi Insani 2026

📆 Tarikh : 19 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026
📍Tempat :Pusat Latihan Dan Kepimpinan UPNM, Kongkoi, Jelebu

Agensi Antidadah Kebangsaan daerah Seremban telah melaksanakan program ini bersama Majlis Bandaraya Seremban melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan telah mengadakan Program Kem Inspirasi Insani 2026 di Pusat Latihan Dan Kepimpinan UPNM, Kongkoi, Jelebu. Program ini juga merupakan anjuran bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Seramai 65 pelajar daripada 20 sekolah menengah sekitar Seremban telah terpilih untuk menghadiri program ini.
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk membentuk jati diri pelajar, memperkukuhkan nilai sahsiah serta membina benteng ketahanan diri dalam menghadapi ancaman penyalahgunaan dadah dan gejala sosial yang semakin mencabar pada hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu dan aktiviti dalam kumpulan menerusi Slot Night Walk, Survival Course dan Jungle Tracking.

Majlis perasmian penutup telah diadakan pada 21 Mei 2026, Khamis dan disempurnakan oleh Tuan Ir. Ts Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS yang mewakili YBhg. Datuk Bandar MBS.

Turut hadir Puan Ruziliza binti Ibrahim, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan, Encik Abdul Halim bin Hassan, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan MBS dan Puan Sarimah @ Sarizah binti Sis, Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Seremban.

Semoga pelaksanaan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkasa nilai positif peserta dalam menjalani kehidupan seharian.

________________________________________
Ada Masalah Dadah?.. Boleh hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





22/05/2026

INTEGRITI DALAM PEKERJAAN: AMANAH YANG DIPANDANG ALLAH 💼✨

Kerja bukan sekadar tentang gaji di hujung bulan, tapi tentang bagaimana kita membawa pulang rezeki yang berkat untuk keluarga. Sesuai dengan pesanan dalam Surah At-Taubah, ayat 105, setiap gerak-geri dan hasil kerja kita sentiasa dalam perhatian Allah SWT, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman.

Apabila dihulur "sampul" atau imbuhan yang meragukan, beranilah untuk berkata TIDAK. Ingat, Rugi Kalau Terjebak! Sekali maruah dan integriti tergadai, kesannya akan merosakkan masa depan kita dan institusi tempat kita mencari rezeki.

Mari kita suburkan budaya kerja berintegriti, jujur, dan amanah demi keberkatan hidup dunia dan akhirat. 🇲🇾






18/05/2026

“Kalau aku tak hisap dadah, mesti aku dah bahagia sekarang”

Dalam tak sedar kan, ramai ingat dadah jalan pintas untuk rasa bahagia. Tapi sebenarnya, tak pun. Dadah cuma bawa banyak masalah seperti kesihatan rosak, hubungan terganggu dan masa depan pun boleh hancur.

Cuba anda bayangkan hari-hari kita rasa tenang dan ada masa untuk kejar impian dengan kawan-kawan. Ingat! Hidup bahagia ni sebenarnya satu pilihan.

Jadi, jom mula pilih jalan yang betul hari ini. Tinggalkan dadah, pilih bahagia, dan ajak kawan join gaya hidup sihat 🌟💪

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



PROGRAM GERAKAN PEMERKASAAN RAKYAT (GEGAR).📆 Tarikh : 16 Mei 2026📍PUSAT KOMUNITI TAMAN SRI PULAI 3 Program ini merupakan...
18/05/2026

PROGRAM GERAKAN PEMERKASAAN RAKYAT (GEGAR).
📆 Tarikh : 16 Mei 2026
📍PUSAT KOMUNITI TAMAN SRI PULAI 3

Program ini merupakan inisiatif pesanan antidadah yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seremban dengan kerjasama KRT Taman Sri Pulai 3, bertujuan menyampaikan maklumat, meningkatkan kesedaran serta memperkukuhkan peranan komuniti dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah.

Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Ng Chin Tsai Adun Temiang. Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah Poket Talk dari AADK , ucapan dari Pengerusi KRT Taman Sri Pulai 3 , Pelancaran Program 1 Ahli Keluarga 1 Ahli SKUAD, Walkabout, Walking Message, Onminpresen bersama SRS, PDRM dan AADK

Program yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat komuniti ini telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat setempat menerusi aktiviti santai, riadah serta pengisian berteraskan pendidikan pencegahan dadah. Pesanan antidadah yang disampaikan memberi penekanan bahawa pencegahan bermula dari rumah dan komuniti, dengan sokongan semua lapisan masyarakat.

________________________________________
Ada Masalah Dadah?.. Boleh hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





12/05/2026

Bila stres datang, ramai yang memilih jalan mudah untuk menenangkan diri. Tapi ingat, dadah bukan penyelesaian kepada masalah.

Mungkin pada awalnya kita nampak macam boleh bagi kelegaan, tapi sebenarnya dadah hanya merosakkan tubuh, minda dan masa depan kita.

Langkah terbaik adalah untuk berani bercakap, berkongsi rasa, dan dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan, atau kaunselor. Ingat, tekanan boleh dirawat dengan cara yang betul dan bukan dengan merosakkan diri.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



04/05/2026
24/04/2026

“Sesiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia serupa dengan mujahid di jalan Allah."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyeru seluruh masyarakat agar terus menghayati nilai tanggungjawab, amanah dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam membina institusi kekeluargaan yang kukuh dan sejahtera.

Dalam konteks pencegahan dadah, kekuatan keluarga yang dipandu dengan nilai murni, kasih sayang dan keprihatinan merupakan benteng utama dalam melindungi ahli keluarga daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan bahan.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH Tarikh :  22/ 04 / 2026  (KHAMIS)Tempat : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG LABU BHG...
23/04/2026

CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH

Tarikh : 22/ 04 / 2026 (KHAMIS)
Tempat : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG LABU BHG 4
Masa : 10.00 PG

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seremban ingin merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada pihak SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG LABU BHG 4, Seremban di atas penganjuran program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi mengundang pihak AADK Daerah Seremban sekaligus dapat mewujudkan satu ruang dan peluang dan memberi platform kepada kami dalam menyampaikan mesej antidadah kepada murid sekolah ini seterusnya memberi kesedaran tentang kesan penyalahgunaan dadah dan bahan kepada mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan :
🍀 Ceramah Antidadah
🍀 Pameran Antidadah
🍀 Edaran Risalah
________________________________________
Ada Masalah Dadah?.. Boleh hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.
Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Address

Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 06:00
Tuesday 08:00 - 06:00
Wednesday 08:00 - 06:00
Thursday 08:00 - 06:00
Friday 08:00 - 06:00

Telephone

+6067635986

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share