13/08/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐ก๐จ๐ก ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Telah berlangsung Kursus Pelupusan Tanah di Bawah Kanun Tanah Negara Tahun 2026 pada 10 hingga 11 Ogos 2026 bertempat di Arena Premier Hotel, Seremban.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari PTGNS dan pentadbiran tanah daerah di Negeri Sembilan telah menjayakan kursus ini.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Azrihisyam bin Jambut dari Bahagian Perundangan Tanah, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang telah berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan aspek perundangan dan tatacara pelupusan tanah di bawah Kanun Tanah Negara.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan.
Kursus ini menjadi platform penting dalam memperkukuh pengetahuan dan kompetensi warga kerja dalam memastikan urusan pelupusan tanah dilaksanakan dengan cekap, teratur, berintegriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tanggungjawab serta meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Penyelesaian Pantas, Tatakelola Terbaik, Gagasan Nasional