24/07/2026
πππππππ ππππππππππ ππππππππ πππππ ππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππππππ πππππ | ππ πππππ ππππ
Seksyen Naziran Pejabat Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Rozliana Binti Muhammad Najib telah mengadakan lawatan Naziran Pengurusan Terimaan Hasil bagi Tahun 2026 di Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat.
Tujuan naziran ini adalah untuk memastikan pengurusan tatacara kewangan terimaan diurus dengan betul, tepat serta mematuhi peraturan kewangan dan perakaunan semasa yang berkuatkuasa.
Naziran dilaksanakan dalam beberapa kaedah seperti semakan dokumen, interview dan semakan di lapangan. Kali ini pasukan naziran telah membuat semakan di Kaunter Tiket Gunung Berembun dan Taman Eko Rimba Lenggeng.
Semoga pelaksanaan Naziran Pengurusan Terimaan Hasil Tahun 2026 dapat menjadi platform terbaik untuk menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kewangan, memperkukuh tadbir urus, serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pengurusan terimaan hasil. Diharapkan naziran ini bukan sekadar memenuhi keperluan audit, malah dapat meningkatkan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan pengurusan kewangan, seterusnya memastikan setiap kutipan hasil diurus secara teratur, tepat dan mematuhi segala peraturan yang berkuat kuasa. Semoga segala teguran dan syor penambahbaikan yang dikemukakan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan Jabatan