Pacsu Negeri Sembilan

Pacsu Negeri Sembilan Pacsu Cawangan Negeri Sembilan Tahun 2024 - 2027

07/06/2025
PERTANDINGAN TEN PIN BOLING PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Nilai, 10 Januari 2025 - Bertempat di Mesa Ma...
17/01/2025

PERTANDINGAN TEN PIN BOLING PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Nilai, 10 Januari 2025 - Bertempat di Mesa Mall Boling Nilai telah diadakan Pertandingan Ten Pen Boling Piala Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang mewakili setiap Jabatan dan daerah di Kontinjen Negeri Sembilan. Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:-

Kumpulan
Juara - JSJ (1440)
Naib juara - IPD Kuala Pilah (B) (1435)
Ketiga - JLog (B) (1433)

Individu Lelaki
1. Firdaus bin Mohd Fadzil (JLog) (432)
2. Ustaz Mohd Afzamzari bin Jamil (IPD Kuala Pilah) (420)
3. Mohd Ramdhan bin Ismail (Jlog) (413)
4. Norhafizad bin Abd Rahman (PULAPOL Air Hitam) (394)
5. Mohd Khairul Redzuan (IPD Rembau) (391)

Individu Wanita
1. Raja Khairuin Nissa binti Raja Azli (JSJ) (417)
2. Noor Radzlina binti Othman (IPD Rembau) (405)
3. Azlizawati binti Abdullah (PULAPOL Air Hitam) (403)
4. Madzdiana binti Mazman (JSJ) (388)
5. Aminah binti Hassan (IPD Seremban) (382)

Hadiah berupa Wang Tunai dan Piala yang akan disampaikan semasa Majlis Hi Tea Ramah Mesra PACSU Cawangan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 17/1/2025.
Pemenang bagi individu lelaki dan wanita akan mewakili PACSU Cawangan Negeri Sembilan ke Pertandingan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia. Pertandingan berjalan lancar dan terkawal

KALENDER PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025Seremban, 1 Januari 2025 - PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah melanc...
17/01/2025

KALENDER PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

Seremban, 1 Januari 2025 - PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah melancarkan dan mengagihkan Kalender 2025 kepada semua Pegawai Awam yang bertugas di Kontinjen Negeri Sembilan. Diharap dengan ada nye Kalender 2025 ini dapat membantu penugasan harian Pegawai Awam semua.

MESYUARAT AHLIJAWATANKUASA PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN BIL 2 SESSI 2024-2027Seremban, 20 Disember 2024 - Bertempat di...
17/01/2025

MESYUARAT AHLIJAWATANKUASA PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN BIL 2 SESSI 2024-2027

Seremban, 20 Disember 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat KJP, IPK Negeri Sembilan telah diadakan Mesyuarat Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri Sembilan Bil 2 sesi 2024-2027. Agenda Mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti dan takwim 2025 yang akan diadakan. Perkara utama adalah untuk mengadakan Pertandingan Boling Piala Pengerusi PACSU dan Majlis Hi-tea PACSU Cawangan Negeri Sembilan.

MAJLIS HI-TEA RAMAH MESRA PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Seremban, 17 Januari 2025 - Bertempat di Dewan Utama, Tingkat 9...
17/01/2025

MAJLIS HI-TEA RAMAH MESRA PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Seremban, 17 Januari 2025 - Bertempat di Dewan Utama, Tingkat 9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Hi Tea Ramah Mesra PACSU Cawangan Negeri Sembilan. Majlis telah dihadiri oleh YDH SAC Muhammad Idzam bin Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Wakil Komandan PULAPOL Air Hitam, Wakil Peg Pemerintah Unit 7 PSP dan seramai 80 ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan. Majlis juga telah dihadiri oleh Sdra Syed Ahmad bin Syed Shahardin Pegawai Pelajaran PACSU Pusat. Majlis bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara Pegawai Kanan dan Pegawai Awam yang bertugas di Kontinjen Negeri Sembilan. Disamping itu juga telah diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Boling Piala Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 10/1/2025. Majlis berjalan dengan lancar dan dimeriahkan dengan pelbagai hiburan serta cabutan bertuah.

JEMPUTAN MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-19 (MAPPA)Putrajaya, 16 Ogos 2024 - Bertempat di PICC Putrajaya tela...
17/08/2024

JEMPUTAN MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-19 (MAPPA)

Putrajaya, 16 Ogos 2024 - Bertempat di PICC Putrajaya telah diadakan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 19 (MAPPA) yang disempurnakan pelh YAB Perdana Menteri Malaysia. PACSU Cawangan Negeri Sembilan tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis ini dan seramai 48 orang ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah hadir dengan jayanya. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sistem Baru iaitu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan kenaikan gaji kepada seluruh Pegawai Awam dan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024. Terima Kasih Kerajaan Madani.

RETREAT KEPIMPINAN PACSU 2024Negeri Sembilan, 29 Julai 2024-  PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menghadiri Retreat Ke...
17/08/2024

RETREAT KEPIMPINAN PACSU 2024

Negeri Sembilan, 29 Julai 2024- PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menghadiri Retreat Kepimpinan PACSU 2024 Bertempat di Delima Redang Resort, Pulau Redang Terengganu yang dianjurkan Oleh PACSU Pusat bermula pada 29 Julai 2024 hingga 1 Ogos 2024. Dari PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah dihadiri oleh Sdri Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan, Sdri Aima Kamaliah bt Idris, Bendahari PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan Sdri Rozita bt Sulaiman AJK PACSU Cawangan Negeri Sembilan. Program berjalan dengan Baik dan sangat memberi manafaat kepada pimpinan di Peringkat Cawangan.

LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Negeri Sembilan, 08 Ogos 2024 - Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembila...
17/08/2024

LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan, 08 Ogos 2024 - Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Marinee bt Mohamad bersama Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Norain bt Sidek dan Sdri Nur Effa Binti Abu Bakar telah membuat lawatan kebajikan keatas ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Nuraini Binti Mohd Ali yang bertugas di IPD Seremban di Hospital Aurelius, Nilai. Sdri Nuraini dimasukkan ke hospital kerana Bacaan darah yang agak tinggi dan diperlukan untuk beliau berehat . Dalam lawatan tersebut Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Sdri Nuraini dan semoga beliau akan terus diberi kesihatan yang baik.

LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Negeri Sembilan, 08 Ogos 2024 - Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembila...
17/08/2024

LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan, 08 Ogos 2024 - Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Marinee bt Mohamad bersama Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Norain bt Sidek dan Sdri Nur Effa bt Abu Bakar telah membuat lawatan kebajikan keatas ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Sahawani yang bertugas di PSP Unit 7 Seremban di Institute Kanser Negara, Putrajaya. Sdri Sahawani mengidap Kanser Payu Darah sejak 2 tahun dan mendapat rawatan rapi Dari Doktor Pakar di IKN. Dalam lawatan tersebut Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Sdri Sahawani dan semoga beliau akan terus diberi kesihatan yang baik.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BENDAHARI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK SESI 2021-2024Negeri Sembilan...
20/07/2024

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BENDAHARI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK SESI 2021-2024

Negeri Sembilan, 19 Julai 2024 - Bertempat di d'Moleq Cafe telah diadakan Majlis Serah terima tugas jawatan Bendahari PACSU Cawangan Negeri Sembilan diantara Sdri Nuraini br Razali dengan Sdri Aima Kamaliah bt Idris. Disamping itu juga diadakan Majlis bagi meraikan Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri bagi sesi 2021-2024. Majlis ini bertujuan untuk menghargai barisan AJK sesi lepas yang banyak membantu dan menjayakan segala aktiviti PACSU Cawangan Negeri Sembilan . Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis ini

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pacsu Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share