12/06/2025
12 Jun 2025 | Khamis
Taman Paroi Jaya
Perbincangan diantara Pegawai Penyelaras ADUN Sikamat En. Fakhrul Radzi, YB Dato’ Noorzunita Begum (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ustaz Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Cikgu Suhaimi Yusof, Dato’ Ustaz Jaafar Mohamad, Penasihat Agama Menteri Besar Negeri Sembilan, Dr Asm’a Mansor, Timbalan Ketua Wanita Cabang Seremban, Dr Mansor Othman Pengerusi Masjid Paroi Jaya, En Khairul Azmi, Pengerusi JPKK Kampung Batu 4, Pegawai-Pegawai dari JKM Seremban.
Perbincangan mengenai 2 pelajar yang sebelum ini tinggal di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Mawarku, pertubuhan itu tidak dapat lagi berfungsi disebabkan pengerusi dan setiausaha nya meninggal dunia dan rumah tersebut terpaksa ditutup.
Untuk makluman pelajar yang lain telah pun diserahkan kepada waris dan penjaga mereka, baki 2 anak ini yang tinggal, ibunya bekerja di ipoh (ayahnya sudah lama hilang tanpa berita), kekangan pekerjaan dan beberapa isu yang lain menyebabkan ibunya mengambil masa untuk menyelesaikan isu anak-anaknya.
Anak-anak tersebut telah dikeluarkan dari rumah jagaan pada petang 11 Jun ditempatkan di rumah ibu kepada guru kelasnya, hasil pencarian ketua kampung pada pukul 7.30pm kami berjaya menyewa sementara homestay berhampiran.
Hasil perbincangan petang 12 Jun, kami berhubung dengan ibunya secara dalam talian, kami mendapat persetujuan ibunya untuk menempatkan 2 orang anaknya di Pertubuhan Anak Yatim AL- Khair, Seremban Negeri Sembilan, Proses pendaftaran dan yang lain-lain akan dilakukan pada 13 Jun.
Malam 12 Jun, saya bersama Dr Asm’a dan En Khairul Azmi mendapatkan dokumen ibu dan anak anaknya untuk proses pendaftaran esok… tapi malangnya ibunya masih tidak muncul sampai ke jam 11pm.