10/06/2019
Kami menerima banyak pertanyaaan berkenaan penguatkuasan larangan merokok di premis makanan.
1. Adakah larangan merokok di premis makanan masih berkuatkuasa?
Ya. Larangan ini yang bermula 1 Jan lalu terus berkuatkuasa dan TIDAK PERNAH ditarik balik.
2. Kenapa KKM tidak kenakan kompaun kepada perokok yang ingkar?
Bermula 1 Jan sehingga akhir tahun ini, KKM menumpukan kepada "Penguatkuasaan Pendidikan" bagi meningkatkan pengetahuan kpd orang ramai terutama di luar bandar tentang kawasan larangan merokok.
Penguatkuasaan pendidikan berjalan sehingga akhir tahun ini. Dalam tempoh ini, tiada KOMPAUN dikeluarkan. Namun, mereka yang ingkar akan diberikan NOTIS PERINGATAN.
Dalam tempoh ini juga, KKM meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok dan mempromosi perkhidmatan berhenti merokok.
3. Bagaimana p**a kalau merokok di tempat larangan selain premis makanan? Adakah hanya dikenakan Notis Peringatan?
Mereka akan dikenakan KOMPAUN. Penguatkuasaan pendidikan ini hanya untuk premis makanan sahaja. Kompaun akan dikeluarkan kepada mereka yang merokok di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.
4. Bagaimana p**a V**e, Sh**ha atau Heat Not Burn?
Semua tidak dibenarkan di premis makanan.
5. Kenapa KKM mahu menyusahkan rakyat?
Bukan menyusahkan tapi mahu menyelamatkan rakyat. Merokok tidak baik untuk kesihatan perokok dan kepada orang sekeliling yang tidak merokok.