Invest NS - Negeri Sembilan

Invest NS - Negeri Sembilan Invest NS is a State Government investment arm for promoting investment opportunities in Negeri Sembilan, Malaysia.

Our main focus areas are manufacturing sector, services sector and other prime sector.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!!!Sama-sama kita meraikan 69 tahun keharmonian, keteguhan, dan kemajuan negara ki...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!!!

Sama-sama kita meraikan 69 tahun keharmonian, keteguhan, dan kemajuan negara kita Malaysia.

Semoga tanah air tercinta ini terus aman dan makmur.

28/08/2026
28/08/2026
Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam. Bersama kita semarakkan cinta kepada Rasulullah S.A.W dan meng...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Bersama kita semarakkan cinta kepada Rasulullah S.A.W dan menghayati kisah perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam di hari yang mulia ini.

13 Ogos 2026 (Khamis) – Invest NS bersama dengan MIDA Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan kerja ke atas pengur...
14/08/2026

13 Ogos 2026 (Khamis) – Invest NS bersama dengan MIDA Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan kerja ke atas pengurusan syarikat Jotun Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. di kilang milik syarikat yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai.

Lawatan ini bertujuan sebagai platform perbincangan dan perkongsian perkembangan projek pembesaran syarikat dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh antara Kerajaan Negeri dengan pemain industri di Negeri Sembilan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan syarikat atas kesudian menerima kunjungan daripada Pentadbiran ini. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Jotun Paints (Malaysia)!

5 Ogos 2026 (Rabu) – Pentadbiran Invest NS amat berbesar hati di atas jemputan ke Majlis Pecah Tanah Fasiliti Pembuatan ...
14/08/2026

5 Ogos 2026 (Rabu) – Pentadbiran Invest NS amat berbesar hati di atas jemputan ke Majlis Pecah Tanah Fasiliti Pembuatan BAC Malaysia yang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan.

Dengan pelaburan berjumlah sebanyak USD 150 juta, pembangunan kilang baharu oleh syarikat pembuatan dari Amerika Syarikat ini dijangka akan menghasilkan sekitar 200 peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi.

Pentadbiran ini yakin dengan kehadiran BAC, pastinya akan memberi impak positif di dalam memperkukuhkan lagi ekosistem pembuatan berteknologi tinggi di Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada syarikat BAC Malaysia di atas pelaburan baharu ini.

10 Ogos 2026 (Isnin) – Delegasi Kerajaan Negeri Sembilan yang terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Nege...
14/08/2026

10 Ogos 2026 (Isnin) – Delegasi Kerajaan Negeri Sembilan yang terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan, Invest NS, dan MIDA Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan kerja ke Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. di Tampin, Negeri Sembilan.

Dalam sesi lawatan ini, pihak delegasi telah diberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat kelahiran Malaysia ini, yang mana cukup sinonim sebagai pengeluar produk makanan terkenal berjenama 'Himalaya'.

Selain itu, pihak syarikat turut berkongsi tentang hala tuju serta perancangan masa hadapan syarikat dalam memperluaskan lagi operasi di Negeri Sembilan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. atas layanan mesra serta perkongsian yang amat bermanfaat. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Hj. Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sem...
03/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Hj. Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga di bawah tampuk kepimpinan YAB Dato', Negeri Sembilan akan terus maju, makmur dan cemerlang demi kesejahteraan seluruh rakyat. Selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kami di INVEST NS akan terus komited memberikan sokongan penuh dalam merancakkan lagi sektor pelaburan dan ekonomi negeri.

Seluruh barisan pengurusan dan warga kerja INVEST NS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasi...
03/08/2026

Seluruh barisan pengurusan dan warga kerja INVEST NS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin Harun atas segala jasa bakti, dedikasi, dan kepimpinan cemerlang beliau sepanjang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Di bawah pentadbiran dan wawasan progresif beliau, Negeri Sembilan telah melakar pelbagai pencapaian ekonomi yang membanggakan. Kami di INVEST NS mendoakan agar YB Dato' Seri Utama sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan berterusan, dan melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.

17 Julai 2026 - Satu mesyuarat di antara Pentadbiran Invest NS dan HIVE Global Compute Inc telah diadakan bertempat di N...
17/07/2026

17 Julai 2026 - Satu mesyuarat di antara Pentadbiran Invest NS dan HIVE Global Compute Inc telah diadakan bertempat di Nilai Springs Resort Hotel. Mesyuarat ini bertujuan bagi mendengar pembentangan berkenaan plan pembangunan serta status terkini bagi dua projek pihak syarikat yang dirancang untuk dibangunkan di Negeri Sembilan kelak.

Projek "Nilai Advanced Photonic Server Manufacturing Hub" di Nilai adalah merupakan pembangunan bandar pembuatan AI Fotonik berskala besar pertama di dunia manakala "AI Compute Campus" di Gemas p**a bakal membawa pembangunan pusat data berteknologi tinggi di kawasan luar bandar.

Invest NS komited untuk mempermudah dan menyokong penuh pelaksanaan projek berteknologi tinggi ini memandangkan ia bukan sahaja bakal melonjakkan landskap digital dan rantaian bekalan industri semikonduktor tempatan, malah dijangka membuka lebih 60,000 peluang pekerjaan (termasuk 40,000 pekerjaan mahir bergaji tinggi) buat rakyat Negeri Sembilan dan Malaysia.

Address

5th Floor, Block B, Wisma Negeri
Seremban
70503

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6067659570

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Invest NS - Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Invest NS - Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share