DAPSY BATU KAWAN

Directions

DAPSY BATU KAWAN DAPSY Batu Kawan ialah sayap pemuda DAP di Parlimen Batu Kawan.Mereka aktif memperjuangkan isu belia, keadilan sosial dan pembangunan komuniti.

Dengan semangat progresif ,DAPSY Batu Kawan komited menjadi suara perubahan untuk masa depan Malaysia.

19/08/2026

DAPSY Sokong Tuntutan Pembahagian Peruntukan Sama Rata Kepada Setiap Ahli Parlimen

1. Ketua DAPSY Malaysia, YB Woo Kah Leong menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Gobind Singh Deo agar kerajaan persekutuan segera mengkanunkan dan menggubal undang-undang berkaitan Peruntukan Pembangunan Kawasan atau Constituency Development Fund (CDF).

2. Peruntukan kawasan tidak boleh lagi bergantung kepada budi bicara politik atau pendekatan sementara dan mesti dijadikan satu sistem yang jelas, adil dan berasaskan undang-undang bagi memastikan semua Ahli Parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang, dilayan secara saksama.

3. ⁠DAPSY turut menegaskan bahawa momentum pembaharuan ini mesti diteruskan selepas pemansuhan AUKU. Reformasi tidak boleh berhenti sebegitu sahaja, tetapi perlu diterjemahkan dalam perubahan sistem yang lebih menyeluruh.

4. ⁠Sekiranya AUKU yang menzalimi mahasiswa akan dimansuhkan, maka tindakan yang menjadikan peruntukan kawasan sebagai senjata politik pun harus dihentikan.

5. Peruntukan kawasan bukan hadiah politik daripada kerajaan. Namun peruntukan adalah wang rakyat serta hasil cukai rakyat, dan sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat di setiap kawasan Parlimen tanpa mengira wakil rakyat mereka berada dalam pihak kerajaan atau pembangkang.

6. Penggubalan undang-undang berkaitan CDF juga merupakan langkah penting untuk menunaikan semangat manifesto Pakatan Harapan, selain membina budaya politik baharu yang lebih matang, telus dan adil.

7. Undang-undang CDF akan memberikan perlindungan menyeluruh kepada hak pengundi di seluruh negara untuk memastikan setiap Ahli Parlimen dapat menjalankan tugas untuk membantu rakyat, membangunkan kawasan dan menyelesaikan masalah setempat tanpa halangan politik.

8. DAPSY menyeru PMX untuk membawa Rang Undang-Undang Peruntukan Pembangunan Kawasan ke Parlimen dalam kadar segera. Reformasi sebegini tidak wajar ditangguh lagi demi memperkukuh demokrasi negara kita agar menjadi lebih adil dan matang.

(Kenyataan Media Ketua DAPSY Malaysia, YB Woo Kah Leong pada 19 Ogos 2026)

[KEPUTUSAN RASMI] DAP kekal dalam kerajaan Persekutuan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen semasa.
16/08/2026

[KEPUTUSAN RASMI]

DAP kekal dalam kerajaan Persekutuan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen semasa.

Jelajah DAP Pulau Pinang 🇲🇾DAPSY Batu Kawan berkesempatan hadir bersama dalam Jelajah Pengerusi DAP Pulau Pinang merangk...
15/08/2026

Jelajah DAP Pulau Pinang 🇲🇾

DAPSY Batu Kawan berkesempatan hadir bersama dalam Jelajah Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong, bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, YB Kumaran Krishnan, ADUN Bagan Dalam, serta YB Joshua Woo Sze Zeng, ADUN Pulau Tikus di Pasar Awam Seberang Jaya.

Program turun padang seperti ini menjadi ruang penting untuk mendekati rakyat, mendengar suara komuniti dan memahami keperluan masyarakat secara lebih dekat.

DAPSY Batu Kawan akan terus bersama rakyat, terus berkhidmat dan terus membawa suara anak muda untuk Pulau Pinang yang lebih maju, inklusif dan sejahtera. 💪🏻❤️

12/08/2026

PERHATIAN PERDANA MENTERI TERHADAP MITRA MESTI DITERJEMAHKAN KEPADA HASIL

NAIB KETUA DAPSY KEBANGSAAN
HARISH LIINESH SELLUANDAN

12 OGOS 2026

Isu pembangunan masyarakat India kini mendapat perhatian yang lebih tinggi daripada kepimpinan Kerajaan MADANI, termasuk perhatian dan pemantauan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perhatian ini, termasuk usaha penstrukturan semula pengurusan dan penyaluran dana MITRA, merupakan satu perkembangan yang penting. Namun, dengan peruntukan dan tumpuan yang semakin besar, kita mesti memastikan setiap ringgit yang disalurkan benar-benar memberikan impak kepada rakyat.

Program seperti Celik MADANI dan Dharma MADANI perlu dinilai bukan hanya berdasarkan jumlah program yang dilaksanakan, tetapi berdasarkan hasil dan perubahan yang berjaya dicapai.

Persoalan kita mudah:

Apakah perubahan jangka panjang yang terhasil daripada setiap peruntukan yang disalurkan?

Jika Perdana Menteri sendiri memberikan perhatian yang lebih besar terhadap pembangunan masyarakat India, kita harus menggunakan peluang ini untuk melakukan perubahan yang lebih berani.

Kita mahu sistem yang telus, kriteria pemilihan yang jelas, pemantauan yang ketat dan keberhasilan yang boleh diukur.

Lebih banyak dana mesti bermakna lebih banyak impak — bukan sekadar lebih banyak program.

MITRA MESTI DIUKUR BERDASARKAN HASIL

Pengalaman lalu menunjukkan terdapat peruntukan yang disalurkan kepada program yang tidak memberikan impak jangka panjang atau benar-benar menyelesaikan masalah sosioekonomi masyarakat India.

Kita tidak boleh terus mengulangi pendekatan yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza.

MITRA bukan sekadar tentang berapa banyak wang yang dibelanjakan. MITRA mesti diukur berdasarkan berapa banyak kehidupan yang berjaya diubah.

Peruntukan kepada institusi seperti kuil dan organisasi masyarakat bukanlah sesuatu yang salah. Namun, setiap peruntukan mesti mempunyai matlamat yang jelas, impak yang boleh diukur dan manfaat yang berkekalan.

Kita perlu berani bertanya:

* Adakah ia meningkatkan pendapatan keluarga?
* Adakah ia membuka peluang pekerjaan?
* Adakah ia memperkasa golongan muda?
* Adakah ia membantu usahawan berkembang?
* Adakah ia meningkatkan peluang pendidikan?
* Dan paling penting, adakah kehidupan rakyat benar-benar berubah?

MITRA juga tidak seharusnya menduplikasi fungsi agensi kerajaan lain. Sebaliknya, MITRA perlu mengisi jurang yang masih belum ditangani dan menjadi pemangkin kepada mobiliti sosial serta pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Kita perlu beralih daripada bertanya:

“Berapa banyak program telah dilaksanakan?”

kepada:

“Berapa banyak kehidupan telah berubah?”

KITA MAHU HASIL, BUKAN GIMMICK

Jika kerajaan mahu meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap Pakatan Harapan, dasar dan pelaksanaan mesti menghasilkan perubahan yang benar-benar dirasai rakyat.

Perwakilan sahaja tidak mencukupi. Perwakilan mesti membawa hasil.

Masyarakat India tidak mahu sekadar melihat pengumuman peruntukan. Mereka mahu melihat anak muda mendapat peluang, keluarga meningkatkan taraf hidup, usahawan berkembang, pendidikan membuka masa depan dan komuniti menjadi lebih berdikari.

Itulah ukuran sebenar kejayaan MITRA.

PENYALURAN DANA → PEMERKASAAN
PROGRAM → TRANSFORMASI
PERUNTUKAN → HASIL
GIMMICK → IMPAK

Sudah tiba masanya MITRA mempunyai keberanian untuk berubah.

Kita tidak mahu MITRA sekadar membelanjakan wang.
Kita mahu MITRA mengubah kehidupan.

Kita mahu hasil.
Kita mahu pemerkasaan.
Kita mahu transformasi.

18 Julai 2026 | Hari Penamaan Calon Negeri SembilanPada hari ini, 18 Julai 2026, seawal jam 8.00 pagi, delegasi DAPSY Ba...
18/07/2026

18 Julai 2026 | Hari Penamaan Calon Negeri Sembilan

Pada hari ini, 18 Julai 2026, seawal jam 8.00 pagi, delegasi DAPSY Batu Kawan, Pulau Pinang telah hadir ke Hari Penamaan Calon Negeri Sembilan bagi memberikan sokongan penuh kepada semua calon Pakatan Harapan yang bertanding dalam pilihan raya negeri.

Kehadiran kami mencerminkan semangat perpaduan, solidariti dan komitmen yang utuh dalam memperkukuhkan perjuangan bersama demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

Walau berbeza negeri, namun matlamat perjuangan tetap sama. Dari Pulau Pinang ke Negeri Sembilan, kita berdiri teguh sebagai satu pasukan, sehati dan sehaluan dalam membawa harapan kepada rakyat.

Kekal Harapan. Terus Mara.

✨ Hari Kedua Chithirai Pournami 2026 ✨Sambutan diteruskan dengan penuh kemeriahan hasil anjuran Persatuan Insan Mulia Mu...
03/05/2026

✨ Hari Kedua Chithirai Pournami 2026 ✨

Sambutan diteruskan dengan penuh kemeriahan hasil anjuran Persatuan Insan Mulia Murni, DAPSY Batu Kawan & Garuda FC.

🍧 Pada hari kedua ini, kami turut menyediakan More Ice di panthal untuk para pengunjung, dikendalikan oleh Dare To Care Volunteers sebagai usaha memberi keselesaan kepada semua yang hadir.

Semangat sukarelawan dan kebersamaan jelas terpancar sepanjang acara berlangsung.

🙏 Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan memeriahkan sambutan ini.

✨ Hari Pertama Chithirai Pournami 2026 ✨Sambutan dimulakan dengan penuh meriah hasil anjuran Persatuan Insan Mulia Murni...
01/05/2026

✨ Hari Pertama Chithirai Pournami 2026 ✨

Sambutan dimulakan dengan penuh meriah hasil anjuran Persatuan Insan Mulia Murni, DAPSY Batu Kawan & Garuda FC.

Majlis turut diserikan dengan sesi penghargaan kepada Garuda FC Bawah 10 Tahun, juara kebangsaan yang membanggakan. 🏆

Kami juga berbesar hati menerima kehadiran wakil dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Mr. Ewe Chee Way, yang turut memeriahkan acara ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan hari yang penuh bermakna ini. 🙏

Address

Jalan Seremban
Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAPSY BATU KAWAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share