30/08/2026
๐ฟ TREE PALNTING PROGRAMME 2026 : 1008 BACK TO NATURE
๐ฟ Program yang diadakan pada 29 Ogos 2026 bertempat di Hutan Simpan PD Forest, Sungai Menyala telah dianjurkan oleh Pertubuhan Yogasana Tabovanam Dan Social i-Tenaga Association dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
๐ฟ Program ini dirasmikan oleh YB Suhaimizan Bin Bizar, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan, EXCO Kesihatan, Perpaduan,Penerangan, Integrasi National & NGO merangkap Ahli Dewan Undangan Gemencheh. Program ini juga melibatkan kehadiran Tuan Ts. Yussainy Bin Mohd Yusop, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Yang Berusaha Puan Kalpana, Presiden Pertubuhan Yogasana Tabovanam, Yang Berusaha Tuan Siva Dass Gengatharan, Presiden Social i-Tenaga Association (SITA), Puan. Noor Syuhada Binti Abdul Samad, Penolong Pengarah Silvikultur Dan Perlindungan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Seramai 250 orang yang terlibat pada program kali ini termasuk pelajar sekolah, mahasiswa dari pelbagai universiti dan kakitangan JabatanPerhutanan Negeri Sembilan. Sebanyak 1008 pokok spesis Merawan Siput Jantan, Meranti Temak Nipis, Cengal dan Merawan Bunga yang ditanam pada
program kali ini.
๐ฟ Objektif program adalah untuk menyokong aspirasi Penghijauan Malaysia 2.0 dalam meningkatkan kawasan hijau negara. Selain itu memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemelihaharaan dan pemulihaharaan alam sekitar, menggalakkan penglibatan instiutsi pendidikan dalam aktiviti tanggungjawab sosial dan kelestarian alam, menyumbang kepada usaha menjejak korban demi kesejahteraan,
๐ฟ Penanaman pada hari ini juga merupakan salah satu sokongan Penghijauan Malaysia 2.0 dan menetapkan sasaran baru penanaman
sebanyak 2 juta pokok sehingga tahun 2030.
๐ฟ Pihak jabatan mengalu-alu kan penglibatan pelbagai agensi,institusi pengajian tinggi awam/swsta,NGO,sekolah-sekolah dalam penganjuran bersama program penanaman dalam merealisasikan sasaran penghijauan kawasan hutan di Negeri Sembilan