DOSM Negeri Sembilan

DOSM Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DOSM Negeri Sembilan, Government Organization, Seremban.

Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

PELAKSANAAN SEMAKAN KUALITI BORANG BANCI EKONOMI (BE 2026) DI DOSM NEGERI SEMBILAN1 – 3 September 2026 | Selasa – Khamis...
03/09/2026

PELAKSANAAN SEMAKAN KUALITI BORANG BANCI EKONOMI (BE 2026) DI DOSM NEGERI SEMBILAN

1 – 3 September 2026 | Selasa – Khamis

Pelaksanaan Semakan Kualiti Borang Banci Ekonomi 2026 oleh wakil Ibu Pejabat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Bilik Salatin, Era Square.

Sesi rumusan pada hari terakhir telah dipengerusikan oleh Pengarah DOSM Negeri Sembilan, Puan Norhashimah binti Haron, sebagai platform bagi meneliti dapatan semakan serta memperkukuh aspek kualiti dan ketepatan pengumpulan data Banci Ekonomi 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada wakil Ibu Pejabat yang telah terlibat:

1. Puan Nurti Asmaria bt Asril, BPP (Ketua)
2. Puan Norzarita bt Samsudin, Penolong Pengarah Kanan, BPP
3. Puan Latifah bt Mohamed Shah, Penolong Pengarah Kanan, BPPAS
4. Puan Suzaina bt Zakaria, Penolong Pegawai Perangkaan Kanan, BPPIB

Semakan ini bertujuan memastikan setiap borang Banci Ekonomi 2026 dilengkapkan dengan tepat, lengkap dan mematuhi tatacara yang ditetapkan malah menjadi nilai tambah dalam memperkukuh kualiti, ketepatan dan integriti data statistik yang dihasilkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan semakan kualiti ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.




SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASSeluruh warga DOSM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan...
03/09/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga DOSM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Norhashimah binti Haron, yang telah melaporkan diri di DOSM Negeri Sembilan pada 1 September 2026.

Kami sedia melangkah bersama, menjunjung amanah dan memberikan yang terbaik demi kecemerlangan DOSM Negeri Sembilan.

Ikhlas Daripada,
Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARUSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirak...
03/09/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat Encik Mohd Sawal bin Shakimon, atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah bersama warga DOSM Negeri Sembilan.

Segala ilmu, pengalaman, kepimpinan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai dan akan terus menjadi sebahagian daripada kenangan serta legasi yang ditinggalkan.

Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab.
�Selamat Maju Jaya dan terima kasih…

Ikhlas Daripada,
Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Kita mewarisi kemerdekaan daripada mereka yang berjuang, dan mewariskan harapan kepada mereka yang akan datang….MERDEKA!...
30/08/2026

Kita mewarisi kemerdekaan daripada mereka yang berjuang, dan mewariskan harapan kepada mereka yang akan datang….

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

Selamat Hari Kemerdekaan ke 69!!
“Malaysia Madani.. Kesejahteraan Dinikmati…”

Ikhlas Daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

30/08/2026

Clocking out for the last time, but never signing out from our memories….

Terima kasih dan sehingga berjumpa lagi 🫡

BUKAN SELAMAT TINGGAL…HANYA ‘CLOCK OUT’ TERAKHIR…. Ada yang datang, ada yang melangkah pergi….Hari ini bukan tentang sel...
29/08/2026

BUKAN SELAMAT TINGGAL…
HANYA ‘CLOCK OUT’ TERAKHIR….

Ada yang datang, ada yang melangkah pergi….
Hari ini bukan tentang selamat tinggal, tetapi ‘clock out’ terakhir setelah sekian lama mencurahkan masa, tenaga dan bakti.

Terima kasih untuk setiap kenangan, setiap tawa, setiap cabaran dan setiap perjalanan yang pernah dilalui bersama.

Kerana sesetengah perpisahan bukan noktah sebuah cerita…

Selamat melangkah ke fasa seterusnya…
Semoga segala jasa dan kenangan terus kekal dalam ingatan…

Terima kasih Encik Mohd Sawal bin Shakimon…

Clocking out for the last time, but never signing out from our memories…. ✨



29/08/2026

“Sesungguhnya, yang paling indah daripada sebuah kebersamaan bukan lamanya, tetapi kenangan yang ditinggalkan…”

SEBUAH PERPISAHAN…SEJUTA KENANGAN…Ada pertemuan yang kita syukuri, dan ada perpisahan yang berat untuk diterima. Hari in...
28/08/2026

SEBUAH PERPISAHAN…
SEJUTA KENANGAN…

Ada pertemuan yang kita syukuri, dan ada perpisahan yang berat untuk diterima. Hari ini, kita melangkah pergi daripada sebuah kebersamaan yang begitu bermakna. Terlalu banyak kenangan, cerita, nasihat dan momen yang tercipta sepanjang perjalanan ini.

Mungkin selepas ini tiada lagi rutin yang sama, tiada lagi sapaan seperti biasa, dan tiada lagi kebersamaan yang pernah kita lalui. Namun, segala yang telah ditinggalkan akan tetap menjadi kenangan yang tersimpan kemas di hati.

Majlis Perpisahan Pengarah DOSM Negeri Sembilan, Encik Mohd Sawal bin Shakimon menjadi ruang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kepimpinan, tunjuk ajar, komitmen serta jasa yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga DOSM Negeri Sembilan.

Terima kasih atas setiap nasihat, inspirasi dan teladan yang menjadi pedoman. Semoga segala pengalaman dan kenangan yang tercipta terus menjadi sebahagian daripada perjalanan indah kita bersama.

Bukan selamat tinggal, tetapi sehingga kita bertemu lagi. Terima kasih atas segala jasa dan bakti…



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan dalam kepimpinan, amanah, ...
24/08/2026

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan dalam kepimpinan, amanah, kasih sayang dan akhlak.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi pedoman dalam membentuk insan yang berintegriti, berakhlak dan amanah.

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026..
Madani Dihayati, Ummah Diberkati…

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Address

Seremban
70000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067655000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share