Penjara Negeri Sembilan Officer

Penjara Negeri Sembilan Officer PENJARA NEGERI SEMBILAN

19/03/2026
19/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba kepada semua 🙏🏻 🎉 i🎊

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN PENGARAH PENJARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PENGARAH MAHKAMAH NEGERI SEMBILAN27 Februari 202...
01/03/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN PENGARAH PENJARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PENGARAH MAHKAMAH NEGERI SEMBILAN

27 Februari 2026 | Jumaat - Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan.

Kunjungan ini bagi membincangkan dan merialisasikan agenda dan peranan Jabatan Penjara bersama pihak Mahkamah dalam menjayakan dan memperkasa perlaksanaan perintah kehadiran wajib (PKW) sebagai hukuman alternatif kepada pesalah dapat mejalani di proses pemulihan di luar tembok.

Menangani isu-isu kesesakan di dalam institusi penjara serta pengakuan salah dalam kalangan tahanan reman. Penambahbaikan serta kelancaran penggunaan sistem e-Court bagi meningkatkan kecekapan pengurusan.
Mengatur dan mengurus program-program latihan serta kecekapan bersama Penjara dengan Mahkamah.

Kunjungan ini disambut baik oleh Puan Kanageswari Nalliah Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan kepada PKK Talhah bin Hasim Pengarah Penjara Negeri Sembilan serta hadir bersama sesi Kunjungan hormat ini PKP Mohd Kolek bin Mohammad Nor Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu PKP Zulfakri bin Ahmad Pengarah Penjara Seremban, PP Gudam anak Diai Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan, TPP Mohd Arif bin Shamsuddin Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin dan Pegawai - pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Negeri Sembilan.

24/02/2026

Masyarakat dan ahli keluarga diseru agar menghentikan hukuman sosial dan persepsi negatif terhadap Orang Diselia (ODS) yang selesai menjalani hukuman sebaliknya memberi sokongan bagi membantu mereka membina kehidupan baharu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata individu yang dibebaskan tidak seharusnya berdepan "penjara kedua" dalam bentuk pandangan sinis dan kata-kata nista malah wajar diberikan peluang untuk memulakan kehidupan baharu.

Berita penuh -- https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2527206

24/02/2026

24/02/2026

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan!Semoga bulan suci ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan keberkahan bagi kita semua.Selamat m...
19/02/2026

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan!

Semoga bulan suci ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan keberkahan bagi kita semua.

Selamat menjalani Ibadah Puasa ikhlas daripada Pengarah & Warga Kerja Penjara Negeri Sembilan.


PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI DAN NILAI AMANAH DIAMBANG RAMADHANProgram Pemantapan Integriti dan Nilai Amanah telah berja...
12/02/2026

PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI DAN NILAI AMANAH DIAMBANG RAMADHAN

Program Pemantapan Integriti dan Nilai Amanah telah berjaya dilaksanakan pada 10 Februari 2026 (Selasa) di Surau As-Solihin, Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin.

Program ini telah dihadiri oleh YDH PKK Talhah bin Hasim Pengarah Penjara Negeri Sembilan, YDH TPP Mohd Arif bin Shamsudin Ketua PRP Mantin, Pegawai Parol Daerah, warga kerja Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama keluarga serta 77 ODS Muslim.

Ceramah bertajuk “Penjara Nafsu, Ibadah Dipandu” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Aizal Fitri bin Hashim dari Unit Agama IPK Negeri Sembilan sebagai persediaan menyambut Ramadan. Turut berlangsung pelancaran Kempen “Jom Beribadah” sempena bulan Ramadan.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti, amanah serta penghayatan ibadah sepanjang Ramadan.

Address

TINGKAT 4, D'MARA, BANGUNAN PLAZA SEREMBAN UTARA, Jalan TUN Drive ISMAIL
Seremban
70200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Negeri Sembilan Officer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share