NADI Temiang

NADI Temiang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah di bawah Seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beroperasi setiap hari 9 pagi - 6 petang kecuali Cuti Umum

07/08/2026

07/08/2026

β›½οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Walaupun berdepan tekanan kenaikan harga minyak dunia, harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah di rantau ini.

Kerajaan MADANI terus memastikan harga bahan api kekal berpatutan demi kesejahteraan rakyat. 🀝




07/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





07/08/2026

πŸ›’ SARA Terus Membantu Rakyat

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatat kadar penggunaan 99%, sekali gus membuktikan keberkesanan bantuan bersasar dalam meringankan kos sara hidup serta merancakkan ekonomi tempatan. πŸ‡²πŸ‡Ύ




07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan β€œEnergy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan πŸ‡²πŸ‡Ύ





06/08/2026

πŸŽ“ Peluang kini dibuka!

Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 dibuka mulai 3 Ogos hingga 16 Ogos 2026. πŸ“š

Semak syarat kelayakan dan mohon dalam tempoh ditetapkan bagi merebut peluang penajaan ini. ✨

βœ… Pautan Portal:
https://penajaan.jpa.gov.my

βœ… Pertanyaan:
[email protected]

βœ… Talian: 03 - 8000 8000




06/08/2026

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan magnet Jalur Gemilang untuk kenderaan anda secara PERCUMA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, sebanyak 200 magnet Jalur Gemilang akan diberikan kepada pelanggan di stesen PETRONAS terpilih menerusi inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Ayuh, gelorakan semangat patriotik dengan mempamerkan Jalur Gemilang pada kenderaan anda sebagai lambang rasa cinta kepada negara.

Jalur Gemilang Kebanggaan Kita. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›





06/08/2026

πŸ”πŸ“± Pengesahan umur minimum 16 tahun menggunakan MyKad kini diwajibkan bagi pendaftaran akaun media sosial, selaras usaha memperkukuh keselamatan dalam talian.

Langkah ini memastikan platform lebih selamat untuk pengguna, manakala MCMC terus memantau pematuhan serta penguatkuasaan. βœ…




01/08/2026

🌐 Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil menyatakan Kempen Internet Selamat perlu diperluas ke lebih banyak kawasan luar bandar, termasuk penempatan FELDA bagi meningkatkan kesedaran keselamatan digital serta membantu masyarakat memanfaatkan teknologi dan ekonomi digital untuk menjana pendapatan.




Address

No 177, Jalan Tembak, Taman Nee Yan, N. Sembilan
Seremban
70200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Temiang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share