Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan
Tingkat 4, Bangunan Yayasan Negeri
Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban
Negeri Sembilan
(1)

Meningkatkan keupayaan wanita untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan sokongan dan program-program membina kapasiti yang cekap dan berkesan

24/08/2026

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐’๐€๐๐“๐”๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ @๐Š๐„๐†๐€๐๐€๐’๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐€๐๐†๐†๐€ ๐€๐“๐€๐” ๐’๐€๐‘๐ˆ@๐Š๐‘๐“
โ€œ๐‘น๐™ค๐’‚๐™™ ๐™ฉ๐’ ๐‘ฌ๐™ก๐’Š๐™ข๐’Š๐™ฃ๐’‚๐™ฉ๐’† ๐‘ฝ๐™ž๐’๐™ก๐’†๐™ฃ๐’„๐™š ๐˜ผ๐’ˆ๐™–๐’Š๐™ฃ๐’”๐™ฉ ๐™’๐’๐™ข๐’†๐™ฃ (๐‘ฌ๐™‘๐‘จ๐™’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐ƒ๐•๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ @๐Š๐„๐†๐€๐๐€๐’๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐€๐๐†๐†๐€ (๐€๐Š๐” ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€@๐Š๐‘๐“) ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐‘๐ˆ๐’๐Œ๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ...
20/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐ƒ๐•๐Ž๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ @๐Š๐„๐†๐€๐๐€๐’๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐€๐๐†๐†๐€ (๐€๐Š๐” ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€@๐Š๐‘๐“) ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐‘๐ˆ๐’๐Œ๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐€๐๐” | ๐Š๐‹๐€๐๐€ ๐‘๐„๐’๐Ž๐‘๐“ ๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐

Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita Rumah Tangga (AKU WANITA@KRT) dan Hari Terbuka PRISMANITA Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Klana Resort Seremban telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita. Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan (PPWNS) ini melibatkan 300 orang peserta dari jabatan/agensi kerajaan, NGO, KRT, Jiran Wanita, IPTS dan juga 11 pempamer terdiri dari JKM, LPPKN, JBG, JHEAINS, PDRM, PERKESO, KWSP, Mawar Medical Centre, Usahawan LAWA & PPWNS dan Kaunter PRISMANita yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya wanita, mengenai risiko, bentuk dan kesan keganasan rumah tangga yang semakin kompleks. Program ini turut menjadi platform untuk memberikan pengetahuan, membina keyakinan serta memperkasakan peserta agar lebih peka terhadap isu keganasan rumah tangga dan berani mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Program dimulakan dengan ๐’๐ฅ๐จ๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Š๐ž๐ ๐š๐ง๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐š: ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ ๐š๐ง๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐š yang memberikan pendedahan kepada peserta mengenai definisi, bentuk, punca serta kesan keganasan rumah tangga terhadap mangsa dan keluarga. Slot ini turut membantu peserta mengenal pasti tanda-tanda keganasan, memupuk sikap prihatin serta menggalakkan tindakan yang sewajarnya bagi mencegah dan menangani keganasan rumah tangga.

Seterusnya, ๐’๐ฅ๐จ๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง โ€œ๐€๐ฒ๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซโ€ yang melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan mendapatkan bantuan serta saluran yang sesuai untuk membuat laporan dan mendapatkan perlindungan. Forum ini turut menggalakkan mangsa, ahli keluarga serta individu yang mengetahui atau menyaksikan kejadian keganasan rumah tangga agar tidak berdiam diri, sebaliknya tampil mendapatkan bantuan dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan mangsa terpelihara.

Kemuncak program diteruskan dengan ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง yang merangkumi ucapan perasmian, gimik perasmian PRISMANita serta lawatan ke reruai pameran. Pengisian ini menjadi simbolik kepada komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh usaha advokasi, pencegahan dan intervensi berkaitan keganasan terhadap wanita, di samping memperluas akses masyarakat kepada maklumat, perkhidmatan dan sokongan yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan ๐’๐ฅ๐จ๐ญ ๐Š-๐‚๐ก๐š๐ญ โ€œ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐Š๐š๐ง๐š๐ง๐ค๐ฎโ€ selama dua jam yang melibatkan seramai 30 orang pemandiri KRT terpilih bersama kaunselor. Sesi ini dilaksanakan dalam lima kumpulan kecil, iaitu tiga kumpulan di breakout room dan dua kumpulan di dalam dewan, bagi mewujudkan suasana yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk peserta berinteraksi serta mendapatkan bimbingan secara lebih dekat dengan kaunselor.





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—ช๐—”๐—๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSEREMBAN โ€“ Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan telah berja...
20/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—ช๐—”๐—๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SEREMBAN โ€“ Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Program Latihan Pemantapan Skuad WAJA Siri 2 Tahun 2026 pada 5 Ogos 2026 (Rabu) di Dewan Auditorium, MAWAR Medical Centre, Seremban. Berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang, program ini membawakan pengisian komprehensif demi memperkasakan ahli Skuad WAJA. Program ini telah dihadiri oleh seramai 150 orang ahli Skuad WAJA baharu. Turut serta menjayakan program ini ialah komuniti OKU pendengaran dan pertuturan daripada Persatuan NESDA serta Bengkel Seri Sembilan, dengan bantuan jurubahasa isyarat bagi melancarkan penyampaian maklumat.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi sebelum diteruskan dengan Taklimat Kesihatan Wanita. Sesi ini telah disampaikan doktor pakar dari MAWAR Medical Centre iaitu Dr. Kumudha Munusamy yang mengupas tajuk Kanser Servik, serta Dr. Rashidah Mohamad Khalil yang memberikan pencerahan penting berkenaan Kanser Payudara.

Program diteruskan lagi dengan Modul Empati, Atensi, Respons dan Sokongan (E.A.R.S) yang dikendalikan oleh En. Gopal A/L Akambaram, Penolong Pengarah (Psikologi) dari Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Menerusi modul ini, para peserta didedahkan dengan tiga topik utama iaitu Memahami Personaliti Manusia, Pengurusan Minda Sihat, dan Peranan Gender dalam Kehidupan Wanita

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan Modul Antijenayah (WAJA) yang memfokuskan kepada isu Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, disampaikan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Seterusnya, slot diteruskan dengan pendedahan isu Gangguan Seksual, Rogol dan Cabul yang dikendalikan oleh Insp. Azizah binti Abu Bakar daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak), IPK Negeri Sembilan, sebelum peserta berehat dan menikmati makan tengah hari.

Sesi petang diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Dadah Generasi Baru oleh Pn. Nor Hayati binti Yusop daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seremban / Negeri Sembilan. Pengisian program kemudiannya diteruskan dengan tajuk Jenayah Siber oleh Insp. Munirah binti Mohd Razali dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), IPK Negeri Sembilan, dan diakhiri dengan topik Keganasan Rumah Tangga yang disampaikan oleh En. Syukur Effendy bin Mohammad dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Seremban / JKM Negeri Sembilan. Program ditamatkan secara rasminya pada jam 5:30 petang.

Penganjuran Program Latihan Pemantapan Skuad Waja Siri 2 Tahun 2026 ini melabuhkan tirainya dengan meninggalkan impak yang cukup mendalam. Maklum balas positif daripada para peserta membuktikan bahawa sesi bimbingan dan ceramah yang disampaikan oleh pelbagai agensi pakar amat bermanfaat dan menyuntik semangat baharu. Para peserta turut menzahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan majlis, kemudahan yang disediakan, serta ilmu kesedaran perundangan, kesihatan, dan keselamatan yang diperoleh sepanjang program.

04/08/2026

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBhg. Dato' Ruziah binti Shafei atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).





04/08/2026

Seluruh warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah atas segala sumbangan, jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sesungguhnya segala dedikasi, kepimpinan dan komitmen yang telah diberikan amat bermakna serta menjadi inspirasi dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan kementerian.

Selamat maju jaya di tempat baharu dan terus cemerlang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang akan sentiasa dikenang.





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ (๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—ก๐—œ๐—ง๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—กPort Dickson - Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 Nege...
29/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ (๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—ก๐—œ๐—ง๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก

Port Dickson - Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 Negeri Sembilan telah dilaksanakan pada 24 hingga 26 Julai 2026 bertempat di Dewan Dato' Haji Abdul Samad, Quest Hotel Midport, Port Dickson. Program ini telah disertai seramai 105 orang peserta ibu tunggal.

Tirai program pada hari pertama (24 Julai 2026) telah dibuka dengan Modul Pembangunan Psikososial yang memfokuskan pemantapan jati diri dan kestabilan emosi peserta. Sesi bimbingan berimpak tinggi ini telah dikendalikan oleh Coach Airol Irwan bersama Team PRCS menerusi kupasan empat topik utama, iaitu Pembangunan Potensi, Visi dan Misi Peribadi, Pemikiran Positif, serta strategi Pembangunan Kerjaya.

Meneruskan agenda pada hari kedua (25 Julai 2026), para peserta telah didedahkan dengan Modul Kemahiran Perundangan bagi memberi pencerahan berhubung hak-hak perundangan mereka. Sesi bimbingan ini dikendalikan oleh barisan peguam berpengalaman dari Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates, merangkumi pengenalan Sistem Perundangan Keluarga di Malaysia, sesi Celik Mahkamah, serta persediaan tuntutan dan penghujahan di mahkamah. Pengisian modul ini turut diserikan dengan persembahan simulasi perbicaraan oleh pelajar Tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Memasuki hari ketiga (26 Julai 2026), program diteruskan dengan Modul Pengurusan Kewangan yang memfokuskan kepada aspek kelangsungan ekonomi kendiri peserta. Sesi bimbingan ini telah dikendalikan oleh Coach Kewangan, Encik Syed Mohd Nazeri Al-Bismit, merangkumi pengisian Pengurusan Aliran Tunai, Pengurusan Kredit (Hutang), serta strategi perancangan kewangan menerusi sesi Bijak Urus Bijak Membina.

Kemuncak program telah diserikan dengan tayangan montaj dan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Kehadiran beliau memberi suntikan semangat dan impak motivasi yang sangat bermakna kepada kesemua 105 orang peserta yang diraikan.

Program KASIHNITA 2026 melabuhkan tirainya dengan meninggalkan impak yang cukup mendalam. Maklum balas positif daripada para peserta membuktikan bahawa sesi bimbingan yang disampaikan amat bermanfaat dan menyuntik semangat baharu. Para peserta turut menzahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan majlis, kemudahan yang disediakan, serta layanan mesra dan dedikasi tinggi daripada barisan penceramah dan urus setia. Penganjuran ini terbukti telah membuka lembaran baharuโ€”membuka mata para peserta untuk melihat dan merebut pelbagai peluang dalam aspek potensi diri, perundangan, serta kewangan yang selama ini tidak pernah mereka terokai.






๐Ÿ“ข๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐–๐€ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐‘๐ˆ๐’ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐‹๐€๐’๐€) - ๐’๐”๐‹๐‡ : ๐‘๐”๐€๐๐† ๐’๐”๐€๐‘๐€ & ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“...
20/07/2026

๐Ÿ“ข๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐–๐€ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐‘๐ˆ๐’ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐‹๐€๐’๐€) - ๐’๐”๐‹๐‡ : ๐‘๐”๐€๐๐† ๐’๐”๐€๐‘๐€ & ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€. ๐“๐”๐€๐/๐๐”๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐€๐“ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐Š ๐†๐Ž๐Ž๐†๐‹๐„ ๐’๐ˆ๐“๐„๐’ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐”๐“:

https://sites.google.com/jpw.gov.my/program-iris-ppwns/home

๐Ÿ“Œ๐‚๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐Š๐€๐ & ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐๐„๐‘๐Œ๐ˆ๐๐“๐€๐€๐ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐„๐ƒ๐ˆ๐“๐Ž๐‘, ๐€๐๐ƒ๐€ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Š๐‹๐ˆ๐Š ๐‹๐ˆ๐๐Š ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐…๐€๐ˆ๐‹ ๐๐ƒ๐… (๐‚๐Ž๐‹๐”๐Œ๐ ๐) ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐๐‚๐„๐“๐€๐Š๐๐˜๐€.

๐Ÿ“ข๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐–๐€ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐‘๐ˆ๐’ ๐Ÿ— ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’) - ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐ˆ๐‰๐€๐Š, ๐‡๐€๐Š ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐“๐„๐‘๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€...
17/07/2026

๐Ÿ“ข๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐Š๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐–๐€ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐‘๐ˆ๐’ ๐Ÿ— ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’) - ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐ˆ๐‰๐€๐Š, ๐‡๐€๐Š ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐“๐„๐‘๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€. ๐“๐”๐€๐/๐๐”๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐€๐“ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐„-๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐Š ๐†๐Ž๐Ž๐†๐‹๐„ ๐’๐ˆ๐“๐„๐’ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐”๐“:

https://sites.google.com/jpw.gov.my/program-iris-ppwns/home

๐Ÿ“Œ๐‚๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐Š๐€๐ & ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐๐„๐‘๐Œ๐ˆ๐๐“๐€๐€๐ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐„๐ƒ๐ˆ๐“๐Ž๐‘, ๐€๐๐ƒ๐€ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Š๐‹๐ˆ๐Š ๐‹๐ˆ๐๐Š ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐…๐€๐ˆ๐‹ ๐๐ƒ๐… (๐‚๐Ž๐‹๐”๐Œ๐ ๐) ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐๐‚๐„๐“๐€๐Š๐๐˜๐€. See less

๐Ÿ“ข MARI SERTAI LATIHAN PEMANTAPAN SKUAD WAJA SIRI 2 TAHUN 2026 ANJURAN PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SEMBILAN ๐Ÿ“ขObjekt...
16/07/2026

๐Ÿ“ข MARI SERTAI LATIHAN PEMANTAPAN SKUAD WAJA SIRI 2 TAHUN 2026 ANJURAN PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SEMBILAN ๐Ÿ“ข

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan, latihan dan bimbingan kepada ahli Skuad Waja sedia ada dan juga ahli baru Skuad Waja. Program ini juga bagi menghasilkan ahli Skuad Waja sebagai ejen perkhidmatan psikososial dalam komuniti dalam usaha meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya wanita berkaitan undang-undang dan menjadikan mereka lebih berani untuk melaporkan sebarang bentuk jenayah dan keganasan yang berlaku.

Program Siri 2 ini akan diadakan secara fizikal seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
๐Ÿ“Œ Tempat: Arena Premier Hotel, Seremban

โš ๏ธ *PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 31 JULAI 2026 (JUMAAT)*

Kepada yang berminat untuk menyertai Latihan Pemantapan Skuad Waja Siri 2, sila imbas QR Code pada poster di atas atau klik pautan pendaftaran di bawah:

๐Ÿ”— https://forms.gle/Y1eNP2SGK4EQkz8z8

๐Ÿ”— https://forms.gle/Y1eNP2SGK4EQkz8z8

๐Ÿ”— https://forms.gle/Y1eNP2SGK4EQkz8z8

Untuk info lebih lanjut mengenai Program Skuad Waja, sila layari:
๐Ÿ”— https://www.jpw.gov.my/index.php/ms/about/skuad-waja
Mari bersama-sama memperkasakan komuniti kita! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’œ

MUAT TURUN E-SIJIL PROGRAM MATAHARI: WANITA DAN OVERTHINKING PADA 7 JULAI 2026 (SELASA)Sukacita dimaklumkan bahawa e-sij...
16/07/2026

MUAT TURUN E-SIJIL PROGRAM MATAHARI: WANITA DAN OVERTHINKING PADA 7 JULAI 2026 (SELASA)

Sukacita dimaklumkan bahawa e-sijil bagi Program Matahari anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan (PPWNS) telah tersedia. Para peserta boleh mendapatkan sijil masing-masing melalui pautan rasmi berikut:

๐Ÿ”— Pautan: https://sites.google.com/jpw.gov.my/programmataharippwns/home

Panduan Penting:

Carian: Gunakan NAMA PENUH seperti yang didaftarkan dalam borang kehadiran.

Muat Turun: Klik pada ikon/fail PDF di Kolum G atau Kolum H untuk urusan cetakan/simpanan.

Address

No 4
Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

06-7632859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share

Category