UMNOPinggiranSenawang

UMNOPinggiranSenawang Community Activities

08/01/2026
PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026: GUNTING RAMBUT PERCUMA TAMAN PINGGIRAN SENAWANG βœ‚οΈπŸ’ˆ Khas untuk anak-anak Sekolah Rendah dan...
07/01/2026

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026: GUNTING RAMBUT PERCUMA TAMAN PINGGIRAN SENAWANG βœ‚οΈπŸ’ˆ

Khas untuk anak-anak Sekolah Rendah dan Menengah :

πŸ“† 10 Januari 2025
πŸ“ BALAIRAYA KRT TAMAN PINGGIRAN SENAWANG
⏰ 10am






18 Disember 2025Tarikh ni mendapat perkhabaran salah seorang rumah salah seorang penduduk Taman Pinggiran Senawang di Ja...
29/12/2025

18 Disember 2025

Tarikh ni mendapat perkhabaran salah seorang rumah salah seorang penduduk Taman Pinggiran Senawang di Jalan PS 5/14 mengalami runtuhan bahagian hadapan rumah dan turut terkesan jiran sebelah kiri mangsa akibat daripada keruntuhan tersebut.

Ketua Cawangan En. Abd Rahman Yaakub, Ketua Wanita Shikin Ibni Hashim & Ketua Pemuda Mohd Fitri Fadhil UMNO Cawangan Taman Pinggiran Senawang sempat menziarahi mangsa pada hari kejadian. Syukur Alhamdulillah TIADA kemalangan jiwa yang berlaku. Penghuni sempat keluar sebelum runtuhan berlaku. Turut mengalami kerosakan adalah 3 buah kenderaan yang diletakkan dibawah bumbung rumah dan juga kereta jiran.

Banyak spekulasi dan pandangan yang diberikan terhadap kejadian tersebut. UMNO Cawangan Taman Pinggiran Senawang berharap agar pihak-pihak yang berkenaan menghormati siasatan yang dijalankan dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Kami juga mendoakan agar semua urusan tuan rumah dipermudahkan.

Terima Kasih juga kepada Timbalan Ketua Cawangan UMNO TPS Mizan Md Nor kerana turut membantu dengan memberi tumpangan sementara kepada mangsa, menyediakan makan minum serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mangsa kerana kejadian betulΒ² berlaku di hadapan rumah beliau.





Baru sempat nak update.Cerita 20.12.2025.Berlangsungnya Program Khatan Perdana di Poliklinik Naura Senawang Perdana anju...
23/12/2025

Baru sempat nak update.

Cerita 20.12.2025.

Berlangsungnya Program Khatan Perdana di Poliklinik Naura Senawang Perdana anjuran UMNO Cawangan Taman Pinggiran Senawang bersama KRT serta Persatuan Komuniti Senawang Sejahtera.

Alhamdulillah program berjalan dengan meriah dan lancar dengan penyertaan seramai lebih kurang 50 peserta. Kemeriahan program turut disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Luar Negeri, Ahli Parlimen Rembau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau.

UMNO Cawangan Taman Pinggiran Senawang merakamkan jutaan TERIMA KASIH kepada seluruh JAWATANKUASA terlibat. Tidak dilupakan juga Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada PARA PENYUMBANG yang turut menjayakan program. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Ibu Bapa yang memberi kepercayaan dan sokongan terhadap program ini.

Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada para peserta dan ibu bapa. Program seumpama ini juga membuktikan bahawa UMNO sentiasa cakna, prihatin dan komited dalam mendekati serta membantu keperluan masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang.

Sekian.

- Ketua Pemuda -
UMNO Cawangan TPS.
AJK Penerangan Cawangan.

12/11/2025

Program Ziarah Kasih 11/11/2025.

Disebalik kesibukan persediaan untuk program akhir tahun, UMNO Cawangan Taman Pinggiran Senawang tidak lupa akan tanggungjawab terhadap masyarakat setempat. InshaAllah kami cuba sebaik mungkin untuk galas tanggungjawab ini demi masa depan UMNO dan Malaysia.



05/11/2025

πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£
*PROGRAM KHATAN PERDANA TAMAN PINGGIRAN SENAWANG.*

*UMNO PINGGIRAN SENAWANG + PERSATUAN PKSS + KRT TMN PINGGIRAN SENAWANG* akan menganjurkan porgram perdana seperti ketetapan berikut :

πŸ“†*Tarikh : 20 Disember 2025*
πŸ“*Tempat Berkumpul : Padang Bola Sepak Pinggiran Senawang*
πŸ•—*Masa : 8.00am - 12.00tgh hari.*

βœ…*PENYERTAAN DIBUKA* kepada semua anak-anak Taman Pinggiran Senawang, Senawang Perdana dan Kawasan Berhampiran.
βœ…Tempat adalah *TERHAD*.
βœ…Bayaran *SERENDAH RM 100 SAHAJA.*

Sila isi borang pada link atau QR dibawah dan bayaran boleh dibuat kepada *Persatuan Komuniti Sejahtera Senawang 1102351834 Bank Rakyat* .

Borang Penyertaan πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://forms.gle/PGkoVbQqB3sdS6kF7

Maklumat Lanjut SIla Hubungi :
*En. Mizan : 0 19-696 1212*
*En. Rohizad : 018-906 9398*
*Pn. Shikin : 011-7020 0213*




PROGRAM KHATAN PERDANA 2025.3 November 2025Mesyuarat kali kedua bersama Pengerusi KRT, dan Persatuan Komuniti Senawang. ...
05/11/2025

PROGRAM KHATAN PERDANA 2025.

3 November 2025
Mesyuarat kali kedua bersama Pengerusi KRT, dan Persatuan Komuniti Senawang.




Address

Taman Pinggiran Senawang
Seremban
71450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOPinggiranSenawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share