Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sembilan

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sembilan AKAUN RASMI
JABATAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK
NEGERI SEMBILAN

PROGRAM YOUNG HIKERS, FUTURE LEADER 2026Tarikh: 15 Ogos 2026Masa:7.30 pagi – 11.00 pagiTempat: Batu Putih, Rumah Api, Ta...
29/08/2026

PROGRAM YOUNG HIKERS, FUTURE LEADER 2026

Tarikh: 15 Ogos 2026
Masa:7.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Batu Putih, Rumah Api, Tanjung Tuan Port Dickson

KEHADIRAN

a. Unit Kanak-Kanak Daerah PD dan PPKK Daerah PD-7
b. Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-Kanak – 01 orang
c. Kanak-kanak yang berdaftar dengan PAKK – 21 orang
d. Ibu dan bapa/penjaga – 15 orang
e. Kanak-Kanak Jagaan Susul - 01 Orang

Jumlah keseluruhan: 35 orang

Objektif Program

- Mengeratkan silaturahim antara kanak-kanak, penjaga dan ahli pelindung.
- Memupuk minat mencintai alam sekitar serta menggalakkan aktiviti sihat tanpa terlalu bergantung kepada gajet.
- Menyemai semangat patriotik melalui aktiviti dan permainan bertemakan kemerdekaan.
- Memupuk kerjasama antara ibu bapa/penjaga serta meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab kepada anak-anak.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Program Young Hikers, Future Leader 2026 telah memberi peluang kepada kanak-kanak, penjaga dan pegawai untuk bersama-sama menjalankan aktiviti riadah dalam suasana yang menyeronokkan. Program ini juga berjaya mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk kecintaan terhadap alam sekitar serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta.

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK PORT DICKSON

✨ Sayangi dan Lindungi Kanak-Kanak ✨





MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRANJABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILANBIL. 5 TAHUN 2026🗓 Tarikh : 28 Ogos 2026 (Ju...
29/08/2026

MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN
BIL. 5 TAHUN 2026

🗓 Tarikh : 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa : 9.30 pagi – 12.15 tengah hari
📍 Tempat : Bilik Mesyuarat, Rumah Perlindungan Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Bil. 5 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Yusry bin Che Dah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini diadakan bersama Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah serta Ketua-Ketua Institusi bagi membincangkan hala tuju pengurusan, pentadbiran serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bagi tahun 2026.

✨ Sayangi dan Lindungi Kanak-Kanak ✨

JKMN Negeri Sembilan





Penganjuran 9th ASEAN Children’s Forum 2026 mencerminkan komitmen berterusan ASEAN untuk memperkukuh perlindungan, pendi...
13/08/2026

Penganjuran 9th ASEAN Children’s Forum 2026 mencerminkan komitmen berterusan ASEAN untuk memperkukuh perlindungan, pendidikan dan pemerkasaan kanak-kanak serta memastikan tiada kanak- kanak yang tercicir daripada arus pembangunan rantau ini.

Berikut dikongsikan hasil konsultasi sepanjang forum ini berlangsung pada 4 - 5 Ogos 2026 di Putrajaya.




🚨 AMARAN KEPADA IBU BAPA & KANAK-KANAK!🚨📦 JANGAN TERIMA, JANGAN BUKA, JANGAN MAKAN!Ibu bapa dan anak-anak, sila berhati-...
09/08/2026

🚨 AMARAN KEPADA IBU BAPA & KANAK-KANAK!🚨

📦 JANGAN TERIMA, JANGAN BUKA, JANGAN MAKAN!

Ibu bapa dan anak-anak, sila berhati-hati dengan sebarang bungkusan yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali. Jangan mudah terpedaya walaupun bungkusan tersebut kelihatan seperti hadiah, gula-gula atau makanan yang menarik.

⚠️ Bungkusan mencurigakan mungkin mengandungi barangan yang tidak sesuai dan berbahaya kepada kanak-kanak.

👉 Jika tidak mengenali pengirim, JANGAN TERIMA!
👉 Jangan buka atau cuba melihat kandungannya.
👉 Jangan makan atau gunakan apa-apa barangan di dalamnya.
👉 Jangan ikut arahan pengirim atau merahsiakan bungkusan daripada ibu bapa/penjaga.
👉 Segera beritahu ibu bapa, penjaga, guru atau orang dewasa yang dipercayai.
👉 Jika terdapat unsur ancaman, gangguan atau eksploitasi seksual, segera laporkan kepada pihak berkuasa.

BERHENTI. JANGAN SENTUH. JANGAN MAKAN. LAPORKAN.

📞 Talian Kasih Kanak-Kanak: 15999
📱 WhatsApp Talian Kasih: 019-261 5999
🚔 Polis Diraja Malaysia: 999

✨ Sayangi dan Lindungi Kanak-Kanak ✨







Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak

🤝 Setiap kanak-kanak berhak mendapat perlindungan, hidup bermaruah dan peluang merealisasikan impian mereka.
04/08/2026

🤝 Setiap kanak-kanak berhak mendapat perlindungan, hidup bermaruah dan peluang merealisasikan impian mereka.




Address

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek
Seremban
70000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share