Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah - PPKKS RASMI

Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah - PPKKS RASMI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

Syabas dan tahniah buat kontigen JKMN SELANGOR 💪🏻🎊
02/09/2026

Syabas dan tahniah buat kontigen JKMN SELANGOR 💪🏻🎊

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!Mari kita raikan keharmonisan, perpaduan, dan kepelbagaian y...
30/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!

Mari kita raikan keharmonisan, perpaduan, dan kepelbagaian yang menjadi teras kekuatan negara kita. Semoga Malaysia kekal aman, makmur, dan sentiasa dilindungi-Nya.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati ❤️



Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Rumah Ehsan Kuala Kubu BharuTarikh:25 Ogos 2026 / 12 Rabiulawal 14...
25/08/2026

Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu

Tarikh:
25 Ogos 2026 / 12 Rabiulawal 1448H (Selasa)

Masa:
7.00 pagi – 1 petang

Tempat:
Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu

Penglibatan:

- 22 Pelatih PPKKS
- Pegawai pengiring:
- En. Muhammad Azhar bin Salleh
- En. Sofian bin Yunus
- En. Muhammad Rosma Nurul Iman bin Mustapha Kamal

Pemandu
- En. Omar Shahfure Bin Mukhtar
- ⁠Hashim Bin Ariffin

Pengisian Aktiviti:

Pelatih PPKKS telah menghadiri Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu dengan diiringi oleh pegawai dan kakitangan PPKKS.

Program diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran dan menghayati sirah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW. Pelatih mengikuti pengisian dan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur sepanjang program berlangsung.

Program tamat pada jam 1.00 petang.

Objektif:

1. Memupuk rasa cinta dan penghargaan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kalangan pelatih.
2. Memberi pendedahan kepada pelatih mengenai penghayatan sambutan Maulidur Rasul.
3. Menerapkan nilai-nilai murni dan ajaran Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
4. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PPKKS dengan Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu melalui penyertaan dalam program bersama.

Laporan Disediakan Oleh:
Muhammad Rosma Nurul Iman
Pembantu Pembangunan Masyarakat
Unit HEP PPKKS




PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAWANJURAN : MASJID NURUL IMAN SERENDAH1. INSTITUSIPusat Perkembangan Kemahiran Kebangsa...
25/08/2026

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW
ANJURAN : MASJID NURUL IMAN SERENDAH

1. INSTITUSI
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah

2. TENTATIF PROGRAM
7.00 pagi : Kehadiran Kontinjen dan Peserta Perarakan
8.00 pagi : Perarakan bermula
9.00 pagi : Sarapan / Minum Pagi / Rehat
10.00 pagi : Selawat, Marhaban dan Berzanji
11.00 pagi : Ceramah Khas Maulidur Rasul
12.00 Tengahari : Penyampaian saguhati / Jamuan Makan Tengahari / Bersurai

3. OBJEKTIF PROGRAM
1. Memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW
2. Meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian
3. Mengukuhkan ukhuwah masyarakat kariah Masjid Nurul Iman
4. Menyemarakkan syiar Islam di Serendah

4. PENGLIBATAN
- Kontinjen Masjid Nurul Iman Serendah
- AJK & Jemaah Masjid Nurul Iman
- Jumlah: 23 orang

DISEDIAKAN OLEH:
En. Muhammad Hazim bin Che Zaaba
Pembantu Pembangunan Masyarakat




Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M. 🤍✨"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M. 🤍✨

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak bersalawat kepadaku." — (HR Tirmidzi)




PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH ANTARA KRS PPKKS DAN LHDN JLN DUTA1. INSTITUSIPusat Perkembangan Kemahiran ...
22/08/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH ANTARA KRS PPKKS DAN LHDN JLN DUTA

1. INSTITUSI
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah

2. BUTIRAN PROGRAM
- Aktiviti: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 6 Sebelah
- Tarikh: 21 Ogos 2026
- Masa: 10:00 PM - 12:15 AM
- Tempat: Endfield Football Field, The Club, Petaling Jaya

3. PENGISIAN PROGRAM
1. Sesi pemanasan badan
2. Perlawanan bola sepak 6 sebelah
3. Keputusan: KRS PPKKS 7 - 5 LHDN JLN DUTA
4. Sesi bergambar
5. Bersurai

4. OBJEKTIF PROGRAM
1. Mengeratkan silaturahim antara kakitangan PPKKS dan kakitangan LHDN melalui aktiviti sukan bola sepak berpasukan
2. Meningkatkan kesihatan fizikal dan semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan
3. Memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan
4. Menghilangkan stress dan tekanan di tempat kerja

5. PENGLIBATAN
- 9 orang kakitangan PPKKS Serendah
- 2 orang kakitangan KPB Sg. Buloh
- 2 orang kakitangan TSH Kuala Kubu Bharu
- 2 orang kakitangan PKMD Gombak
- 16 orang kakitangan LHDN Jln Duta
- Jumlah keseluruhan: 31 orang

DISEDIAKAN OLEH:
En. Sofian bin Yunus
Biro Sukan KRS
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah




PROGRAM KHALIFAH JUNIOR PERINGKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIATARIKH:[14/08/2026 – 16/08/2026]MASA:[3 hari 2 ma...
21/08/2026

PROGRAM KHALIFAH JUNIOR PERINGKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

TARIKH:
[14/08/2026 – 16/08/2026]

MASA:
[3 hari 2 malam]

TEMPAT:
[Maeps Serdang]

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mencungkil bakat dan potensi pelatih PPKKS dalam bidang keagamaan dan pengucapan awam.
2. Memberi peluang kepada pelatih untuk meningkatkan keyakinan diri melalui penyertaan dalam pertandingan dan acara keagamaan.
3. Memupuk minat serta kecintaan terhadap ajaran Islam, khususnya dalam penghayatan bacaan al-Quran, hafazan, azan dan penyampaian khutbah.
4. Membentuk sahsiah pelatih yang berilmu, berkeyakinan, berdisiplin dan berakhlak mulia selaras dengan konsep pembentukan generasi Khalifah.

PENGISIAN PROGRAM:
1. Pendaftaran peserta
2. Bacaan doa
3. Ucapan aluan
4. Acara azan
5. Acara khutbah
6. Acara Kalam Al-Athfal
7. Acara hafazan
8. Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta
9. Jamuan
10. Bersurai

PENGLIBATAN:
• Pelatih PPKKS sebagai peserta Program Khalifah Junior.
• Pelatih yang menyertai acara azan.
• Pelatih yang menyertai acara khutbah.
• Pelatih yang menyertai acara Kalam Al-Athfal.
• Pelatih yang menyertai acara hafazan.
• Kakitangan PPKKS.
• Institusi kanak – kanak seluruh Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH:
Nik Afiq Danial bin Nik Azman
Pembantu Pembangunan Masyarakat



INSTITUSI: PUSAT PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN SERENDAHAKTIVITI: Program Ceramah Kesihatan dan Saringan Kesihatan Pe...
13/08/2026

INSTITUSI: PUSAT PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN SERENDAH

AKTIVITI: Program Ceramah Kesihatan dan Saringan Kesihatan Pelatih & Kakitangan PPKKS

TARIKH: 12 OGOS 2026
MASA: 2:00 PM HINGGA 5:00 PM
TEMPAT: DEWAN WAWASAN PPKKS

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi kefahaman keburukkan v**e dikalangan remaja yang akan merosakkan kesihatan mental dan fizikal akibat bahan kimia dan nikotin
2. Memberi kesedaran mengenai pergaulan bebas yang boleh membawa penularan penyakit berjangkit, seksual dan hiv di kalangan remaja
3. Mengenal pasti masalah kesihatan di kalangan pelatih dan kakitangan dan mengesan penyakit pada peringkat awal.

PENGISIAN PROGRAM:
1. Pendaftaran
2. Bacaan doa
3. Ucapan aluan dari tuan Pengetua
4. Saringan kesihatan pelatih dan kakitangan PPKKS
5. Ceramah kesihatan bertajuk "Bahayanya v**e dan Pergaulan Bebas
6. Pameran dari AADK Hulu Selangor dan IPD Hulu Selangor
7. Penyampaian cenderahati
8. Jamuan
9. Bersurai

PENGLIBATAN:
- Kakitangan PPKKS
- Pelatih PPKKS
- Wakil PKMD Hulu Selangor
- Wakil PKMD Gombak
- Wakil Taman Sinar Harapan KKB
- Wakil Rumah Ehsan KKB
- Wakil SMK Serendah
- Wakil Klinik Kesihatan Taman Ehsan Kepong
- Wakil Klinik Kesihatan Rasa
- Wakil IPD Hulu Selangor
- Wakil AADK Hulu Selangor

DISEDIAKAN OLEH:
Unit PPK
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah




AKTIVITI: PROGRAM LITERASI DIGITAL ANJURAN  TEAM SELANGOR DAN KELAB BELIA JATIDIRI SERENDAHTARIKH: 9 OGOS 2026MASA: 12:0...
09/08/2026

AKTIVITI: PROGRAM LITERASI DIGITAL ANJURAN TEAM SELANGOR DAN KELAB BELIA JATIDIRI SERENDAH

TARIKH: 9 OGOS 2026
MASA: 12:00 PM HINGGA 5:00 PM
TEMPAT: DEWAN WAWASAN PPKKS

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Meningkatkan kemahiran asas digital dalam kalangan pelatih bagi kegunaan pembelajaran dan kerjaya
2. Memberi pendedahan tentang keselamatan siber dan penggunaan internet yang bertanggungjawab
3. Memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat melalui pemanfaatan teknologi dan aplikasi digital

PENGISIAN PROGRAM:
1. Pendaftaran & Ice Breaking "Dua Rupa"
2. Ucapan Aluan & Taklimat: Kenapa Perlu Literasi Digital?
3. Bengkel: Nilai Dulu, Semak Betul - Teknik Kenal Pasti Info Palsu
4. Permainan Interaktif Dua Rupa: Lawan Info Palsu
5. Sesi Perkongsian tentang Keselamatan Siber
6. Majlis Penutup

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mendedahkan pelatih kepada kecelaruan maklumat dan cara menanganinya
2. Melatih kemahiran menilai dan menyemak maklumat sebelum berkongsi
3. Meningkatkan kesedaran tentang bahaya info palsu dan scam digital melalui aktiviti interaktif.

PENGLIBATAN:
5 orang kakitangan
42 orang pelatih

DISEDIAKAN OLEH:

En. Sofian bin Yunus
Unit Hal Ehwal Pelatih
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah



Aktiviti:Program Aspirasi Kerjaya JKMN Selangor Tahun 2026Tarikh:8 Ogos 2026 / 14 Safar 1448H (Sabtu)Masa:9.00 pagi – 4....
08/08/2026

Aktiviti:
Program Aspirasi Kerjaya JKMN Selangor Tahun 2026

Tarikh:
8 Ogos 2026 / 14 Safar 1448H (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat:
Lily Hall, IDCC Shah Alam

Penglibatan:

* 10 orang penghuni PPKKS
* Pegawai pengiring: PKM Iman
* ⁠Pemandu: En Omar

Pengisian Aktiviti:

Seramai 10 orang penghuni PPKKS telah menghadiri Program Aspirasi Kerjaya JKMN Selangor Tahun 2026. Program ini memberikan pendedahan kepada penghuni berkaitan peluang kerjaya, persediaan memasuki alam pekerjaan serta pembangunan kemahiran dan potensi diri.

Sepanjang program berlangsung, penghuni mengikuti aktiviti dan pengisian yang telah disediakan serta mendapat pendedahan berkaitan aspek kerjaya dan peluang pekerjaan.

Program tamat pada jam 4.30 petang.

Objektif:

1. Memberi pendedahan kepada penghuni mengenai peluang dan aspirasi kerjaya.
2. Meningkatkan pengetahuan penghuni berkaitan persediaan memasuki alam pekerjaan.
3. Mendorong penghuni untuk mengenal pasti potensi dan kemahiran diri bagi pembangunan kerjaya.
4. Memberi pengalaman kepada penghuni menyertai program anjuran JKM Negeri Selangor.

Laporan Disediakan Oleh:
Muhammad Rosma Nurul Iman
Pembantu Pembangunan Masyarakat
Unit HEP PPKKS



Address

Jalan Ipoh
Serendah
48200

Telephone

+60360811289

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah - PPKKS RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah - PPKKS RASMI:

Shortcuts

Share