JAKOA Daerah Perak Tengah & Hilir Perak

JAKOA Daerah Perak Tengah & Hilir Perak Wadah Informasi dan Penggerak dalam memajukan Masyarakat Orang Asli Daerah Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datok

09/08/2026

โœจ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ŸŽ‰

Hari ini, 9 Ogos, tanggal yang cukup bermakna dalam meraikan kewujudan, identiti, budaya serta warisan masyarakat Orang Asli di seluruh dunia.

Di Malaysia, seramai 224,559 masyarakat Orang Asli daripada 18 suku kaum hidup bersama dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan tradisi. Setiap suku kaum mempunyai keunikan adat, bahasa, seni, warisan dan cara hidup yang menjadi sebahagian daripada khazanah budaya negara.

Dari tahun ke tahun, kehidupan masyarakat Orang Asli terus berkembang dan berubah ke arah yang lebih baik. Dalam masa yang sama, semakin ramai anak-anak Orang Asli mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang dan di pelbagai peringkat, sekali gus membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai potensi besar untuk terus maju dan berdiri sama tinggi dalam pembangunan negara.

Hari ini bukan sekadar kita meraikan keunikan budaya dan warisan masyarakat Orang Asli, tetapi turut menghargai sumbangan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar Malaysia.

Semoga sambutan Hari Orang Asli Sedunia ini terus menyemarakkan rasa bangga terhadap identiti dan warisan Orang Asli, di samping memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati dan keharmonian antara seluruh lapisan masyarakat yang telah sekian lama hidup bersama.

Selamat Hari Orang Asli Sedunia!

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja JAKOA.







03/08/2026
22/06/2026
16/03/2026

PERMOHONAN AKAN DIBUKA!

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) & PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC)

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM/STPM/STAM/KV/Matrik/PPC berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Guru Tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC)

Permohonan dibuka: 12 Mac - 2 April 2026, mulai jam 10.00 pagi.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:
https://pismp.moe.gov.my atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

โ€œPendidikan Tanggungjawab Bersama, Rebut Peluang, Cipta Masa Depan.โ€

Tahun Ini, Tahun Kita






Address

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI DAERAH PERAK TENGAH DAN HILIR
Seri Iskandar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053712091

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Daerah Perak Tengah & Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share