28/11/2025
✨✨Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) telah berjaya berkolaborasi dalam menyampaikan
perkhidmatan kesihatan pergigian kepada atlet pegiring dan jurulatih paralimpik, Institut Sukan Negara (ISN) selama lima (5) hari mulai 17 hingga 21 November 2025 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan di Kuala Lumpur.
🚌🪥👩🏻🦼➡️Penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian telah diberikan melalui Klinik Pergigian Bergerak (KPB) dari Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Selangor dan Pasukan Pergigian
Bergerak (PPB) dari Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya (WPKL&P). Perkhidmatan yang telah disampaikan kepada atlet ISN adalah meliputi pemeriksaan dan rawatan asas pergigian.
🦷🦷 Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah diwakili oleh Zon Titiwangsa. Program ini telah melibatkan anggota pergigian dari lima buah klinik dari Zon Titiwangsa iaitu Klinik Pergigian Setapak, Klinik Pergigian Kuala Lumpur, Klinik Pergigian Dato’ Keramat, Klinik Pergigian Kampung Pandan dan Klinik Pergigian Pulapol.
🏃🏻♂️➡️🏃🏻♀️➡️ 🏋🏻Seramai 198 warga Institut Sukan Negara yang terdiri daripada atlet, pengiring dan jurulatih berjaya diperiksa dan telah diberikan rawatan asas pergigian dalam program ini.
🌟💎 🇲🇾Atlet adalah aset negara yang tidak ternilai harganya yang perlu dijaga. Sehubungan dengan itu, kesihatan pergigian mereka adalah kepentingan kami semua. Majulah sukan untuk Malaysia!
❣️📌 Kesihatan Mulut Bermula di Rumah
Amalan kebersihan mulut yang konsisten — seperti:
• memberus gigi dua kali sehari,
• membersihkan celah gigi,
• hadkan pengambilan gula,
• pemeriksaan gigi tahunan —
mampu mencegah penyakit gusi, kerosakan gigi dan mengurangkan risiko kanser mulut.
👩🏻⚕️Komitmen Kami
Bahagian Kesihatan Pergigian, JKWPKL & Putrajaya komited untuk:
✔ meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mulut,
✔ menggalakkan pemeriksaan gigi secara berkala,
✔ menyokong usaha pencegahan kanser,
✔ mempromosikan gaya hidup aktif dan kesejahteraan sepanjang hayat.
Terima kasih kepada semua warga kerja yang menjayakan acara ini. Semoga usaha bersama ini mengukuhkan lagi tekad kita dalam memastikan kesihatan untuk semua.