PAS Taman Impian Ehsan 3

PAS Taman Impian Ehsan 3 Merupakan page rasmi bagi PAS Cawangan Taman Impian Ehsan 3

๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ญ ๐—ฆ๐—›๐—”๐—™๐—œ๐—˜ ๐—ก๐—š๐—”๐—› - ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐——๐—œ ๐—ก.๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ - ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ                  Jom                   ...
29/07/2023

๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ญ ๐—ฆ๐—›๐—”๐—™๐—œ๐—˜ ๐—ก๐—š๐—”๐—› - ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐——๐—œ ๐—ก.๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ - ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ

Jom



๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐ˆ๐‰๐“๐ˆ๐Œ๐€๐Š ๐“๐€๐‘๐๐€๐–๐ˆ ๐Ÿ—.๐ŸŽDah tak lama lagi dah tu..Semua sudah ready ke?Mari ajak adik abang dan semua a...
11/06/2023

๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐ˆ๐‰๐“๐ˆ๐Œ๐€๐Š ๐“๐€๐‘๐๐€๐–๐ˆ ๐Ÿ—.๐ŸŽ

Dah tak lama lagi dah tu..

Semua sudah ready ke?

Mari ajak adik abang dan semua ahli keluarga sekali di Ijtimak Tarbawi kali ini!

Untuk pendaftaran:
http://bit.ly/3OHPgXf

Jumpa anda di sana!



Program gerak gempur "First Time Voters" JPRUDM Taman Impian Ehsan.
30/10/2022

Program gerak gempur "First Time Voters" JPRUDM Taman Impian Ehsan.

24/10/2022

Lagu rasmi Perikatan Nasional.

Perikatan Nasional
24/10/2022

Perikatan Nasional


13/10/2022

"Lima jari kalau berpecah, tidak ada kekuatan. Tapi lima jari kalau kita genggam, kita satukan, maka ia mampu menghasilkan kekuatan yang luar biasa".

- Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Lensa sekitar Pelancaran Jentera PAS Selangor 2022 bertempat di Stadium Jugra.

Tamat teka teki MN atau PN.PAS hari ini dengan jelas menyatakan pendirian akan bersama dalam Perikatan Nasional atas pri...
13/10/2022

Tamat teka teki MN atau PN.

PAS hari ini dengan jelas menyatakan pendirian akan bersama dalam Perikatan Nasional atas prinsip penyatuan ummah.

Keputusan ini tidak mudah. Ia dibuat setelah usaha demi usaha dijalankan dan atas pertimbangan dasar integriti yang menjadi pegangan PAS.

Kita telah membuka pintu penyatuan dan akan sentiasa membukanya untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Ini bukan kali pertama kita dalam pilihan raya, pengalaman dan dasar perjuangan kita akan menjadi kekuatan untuk kita menghadapi PRU-15.

Ayuh jentera PAS, bergerak kerjalah dengan sedaya upaya. Terlalu banyak kejayaan dan kelebihan PAS dan Perikatan Nasional yang boleh kita ketengahkan.

Insya-Allah, urusan pembahagian kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional akan diteliti sebaiknya.

Pimpinan telah membuat keputusan, sekarang tugas semua jentera Perikatan Nasional untuk bekerja dan memastikan kemenangan milik kita.

Siiru ala barakatillah.

Zurk Ahmad
13 Oktober 2022



12 SEBAB DAP PARTI RASIS[1] Perlembagaan DAP menyebut antaranya โ€œmengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia k...
13/10/2022

12 SEBAB DAP PARTI RASIS

[1] Perlembagaan DAP menyebut antaranya โ€œmengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asalโ€.

[2] Tidak pernah menyembunyikan permusuhan terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355).

[3] Menyokong supaya (ICERD) diratifikasi yang bakal menggugat keharmonian kaum.

[4] Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat menyebarkan kebencian dan merosakkan keharmonian kaum.

[5] Pengerusi Wanita DAP mengkritik kewajipan menutup aurat.

[6] Setiausaha Agung DAP menggelar Dr. Zakir Naik sebagai โ€˜syaitanโ€™.

[7] Mempersoalkan laungan azan dan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang dikatakan mengganggu bukan Islam.

[8] Sultan Selangor pada 2014 murka dengan DAP kerana enggan mengemukakan lebih 2 nama untuk calon MB Selangor susulan Langkah Kajang.

[9] Lim Kit Siang menyeru ADUN DAP memboikot upacara mengangkat sumpah MB Perak kerana tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Perak melantik MB ketika itu.

[10] Nga Kor Ming menyindir pemakai purdah dan menyifatkan pemimpin UMNO Pulau Pinang sebagai โ€˜pemimpin Melayu otak cacatโ€™ kerana mencadangkan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat.

[11] Ngeh Koo Ham DAP Perak 2 kali menyatakan agar umat Islam diberi kebebasan untuk murtad jika seseorang Islam hendak keluar dengan kerelaannya.

[12] Deklarasi Setapak DAP menyatakan โ€œkesemarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok โ€˜Bumiputeraโ€™ dan โ€˜bukan Bumiputeraโ€™ ditentangโ€.

YB. Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)



"Jangan tinggal Solat Tahajjud..""Jangan tinggal Solat dhuha..""Jangan tinggal Solat Sunat Qabliyyah..""Jangan tinggal B...
13/10/2022

"Jangan tinggal Solat Tahajjud.."
"Jangan tinggal Solat dhuha.."
"Jangan tinggal Solat Sunat Qabliyyah.."
"Jangan tinggal Baca Al Quran..."
"Jangan tinggal bersedekah.."

Antara initipati pesanan Timbalan Presiden dalam Pelancaran Jentera Selangor baru-baru ini.

Ya!

Inilah sebenarnya sumber kekuatan kita!
Sumber kekuatan umat Islam.

Baik menjelang Pilihanraya mahupun bukan musimnya.

Terus bergerak!
Bergeraklah ke gerbang jasa.
Kalah menang bukan alasannya.
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji rabbi.

Takbir!


PAKATAN HARAPAN: REJIM YANG BAKAL MENGHANCURKAN MELAYU-ISLAM?Orang Melayu-Islam jangan lupa.Hampir sejuta dari kita berh...
12/10/2022

PAKATAN HARAPAN: REJIM YANG BAKAL MENGHANCURKAN MELAYU-ISLAM?

Orang Melayu-Islam jangan lupa.

Hampir sejuta dari kita berhimpun bagi menyatakan pendirian menolak ICERD!

Bukan rakyat tidak tahu ratifiksi ICERD terutamanya beberapa peruntukan yang berkaitan seperti Perkara 2, 4, 5, 8 dan 22 akan menggugat perpaduan kaum dan melucutkan hak keistimewaan bumiputera angkara PH yang tunduk sembah kepada agenda DAP yang ingin menguasai negara.

Orang Melayu-Islam jangan lupa.

Bagaimana DAP-PH memperjuangkan golongan liberal sehingga LGBT tanpa takut bertapak di negara kita. Bagaimana DAP-PH bersungguh mengangkat isu untuk melonggarkan syarat memohon kewarganegaraan.

Penghinaan demi penghinaan yang diberikan kepada umat Islam secara terbuka dan jelas. Azan, khutbah Jumaat, pemakaian menutup aurat menjadi alat sindiran pimpinan mereka.

Orang Melayu-Islam jangan mudah lupa.

Agenda menghancurkan Islam-Melayu tercatat jelas dalam Perlembagaan DAP,

โ€Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal..โ€

โ€œMengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agamaโ€.

Matlamat ini tidak hanya tercatat pada Perlembagaan mereka tetapi juga pada tindakan dan perkataan mereka.

Melayu-Islam jangan lupa.

Kerajaan PH dahulu dikuasai oleh bukan Islam. Ini bukan satu tuduhan liar kerana secara faktanya, majoriti ahli parlimen kerajaan ketika itu adalah bukan Islam.

Melayu-Islam perlu tahu.

DAP mendominasi 42 kerusi daripada 89 kerusi Pakatan Harapan.

Walaupun DAP masih belum mampu mempengaruhi majoriti orang Melayu namun yakinlah mereka sedang menyusun strategi untuk menghancurkan Melayu-Islam secara terancang.

Melayu-Islam perlu bertindak.

Sebagaimana kita mampu menyekat cubaan PH meratifikasi ICERD melalui penyatuan, kita juga mampu menggagalkan segala perancangan mereka jika kita bersama dalam PRU-15.

Sebagai golongan yang majoriti, penyatuan Melayu-Islam akan terus menjadi mimpi ngeri buat Pakatan Harapan.

PAS akan terus mengusahakan Penyatuan Ummah. Bersama kita akan menghentikan rejim yang bakal menghancurkan Melayu-Islam.

Atau patutkah kita membiarkan rejim Pakatan Harapan kembali berkuasa?

Zurk Ahmad
12 Oktober 2022



Sejarah Penubuhan PASTIPada tahun 1976, idea untuk menubuhkan institusi pendidikan prasekolah Islam untuk kanak-kanak Is...
14/08/2022

Sejarah Penubuhan PASTI

Pada tahun 1976, idea untuk menubuhkan institusi pendidikan prasekolah Islam untuk kanak-kanak Islam telah tercetus. Maka dua buah institusi telah ditubuhkan di Melaka dan Kedah di bawah kelola ABIM. Ketika itu ABIM sedang dipangku oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden. Insitusi tersebut diberi nama Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI).

Kemudian setelah tiga tahun, TASKI beroperasi, pada tahun 1979 TASKI telah dilancarkan secara rasmi oleh PAS.

TASKI telah berkembang di seluruh negara. Namun di sangkakan panas hingga ke petang, kiranya hujan tengah hari, pada tahun 1982, pengurusan ABIM telah berlaku beberapa konflik yang turut memberi tempias kepada penubuhan TASKI.

Untuk mengekalkan penubuhan TASKI, pada tahun 1984 Dewan Pemuda PAS Kelantan telah mengorak langkah untuk menggabungkan semua TASKI milik ahli PAS Kelantan di bawah satu institusi baru. Bermula daripada itu, TASKI di Kelantan telah bertukar nama kepada pusat tarbiah anak-anak Islam (PUTRA Islam) .

Manakala Dewan Pemuda PAS Terengganu juga mengorak langkah yang sama namun mereka mengambil keputusan untuk mengekalkan nama TASKI.

Langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Terengganu telah diikuti oleh PAS Kedah. Kemudian pada tahun 1987 PAS Kedah telah berjaya mewujudkan satu pengurusan baru pendidikan prasekolah yang dinamakan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Nama tersebut telah dicadangkan oleh Ustaz Nakhaie Ahmad yang memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS.

Pada 6 Mei 1988 Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju menerima PASTI sebagai nama rasmi semua institusi pendidikan presekolah milik PAS di seluruh negara.

Semenjak itu, TASKI milik PAS mula dikenali secara rasmi sebagai PASTI.





Alhamdulillah tahniah
24/07/2022

Alhamdulillah tahniah

Address

Jalan Cengal 1, Taman Impian Ehsan
Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Taman Impian Ehsan 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Taman Impian Ehsan 3:

Share