Hayati - Marhaenmy

Hayati - Marhaenmy Page ini akan berkongsi kisah kisah mengenai marhaen yang memerlukan bantuan atau sokongan dari marhaen yang lain.

Tujuan dia untuk kita sama sama berkongsi dan menyumbang ke arah komuniti supaya kita ke arah ekonomi yang lebih baik.

Jom guys, join Misi Ejen Ali kalini! ❤️‍🔥
25/11/2022

Jom guys, join Misi Ejen Ali kalini! ❤️‍🔥

Trust me, nature is the greatest place to heal and recharge. So if you are going through something, take a break and bac...
24/07/2022

Trust me, nature is the greatest place to heal and recharge. So if you are going through something, take a break and back to nature darling 🫶🏻

Here are some reminders for us 🫶🏻
24/07/2022

Here are some reminders for us 🫶🏻

Salam Maghrib! Korang pernah dengar tak pasal Sakit SLE? Atau nama panjang dia Systemic Lupus Erythematosus. SLE atau we...
13/07/2022

Salam Maghrib!

Korang pernah dengar tak pasal Sakit SLE? Atau nama panjang dia Systemic Lupus Erythematosus. SLE atau well known as Lupus ni satu penyakit kronik “autoimmune” in which antibody seseorang akan bertindakbalas dengan tisu badan pesakit tu sendiri. Lupus ni akan attack sistem tubuh kita macam kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ lain dalam badan.

Kalau nak faham lebih pasal penyakit ni, boleh baca dkt link ni:

https://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit

Kenapa i tiba tiba ckp pasal SLE ni, sebab i kenal sorang pesakit yang ada sakit SLE ni. Boleh refer kisah dia dkt bawah ni. I cuba bantu adik Nurul ni mana yang mampu. I cuba utk create awareness dkt orang ramai berkaitan sakit adik Nurul ni.

Kalau nak tahu atau nak bantu adik Nurul, boleh klik dekat link ni okay:

https://marhaen.my/campaign/376?ref=nrlsyhra01

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Festival Hari Gawai kepada semua masyarakat Sabah dan Sarawak di Malaysia❤❤
31/05/2022

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Festival Hari Gawai kepada semua masyarakat Sabah dan Sarawak di Malaysia❤❤

Assalamualaikum & hello guys! Semalam, I dikejutkan dengan berita banjir di kawasan Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sem...
26/05/2022

Assalamualaikum & hello guys!

Semalam, I dikejutkan dengan berita banjir di kawasan Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan. Banjir sehingga ke paras dada katanya. Baru je lagi rasannya kawasan ni kena banjir which is bulan December, 2021. Tapi minggu ni sekali lagi digegarkan banjir lagi di kawasan mereka. 😭

Ketua kampung ada request yang mereka ni perlukan alat alat untuk pembersihan rumah rumah. Team cuci, ketua kampung dah uruskan. Ramai yang sukarela untuk tolong bersihkan rumah mangsa banjir ni jugak. So pagi semalam, I dengan team pergi ke Kampung Ismail untuk hantar alat pembersihan.

Adalah borak dengan Atuk Karim ni, Ketua Kampung Ismail. Dia ada inform, ada 93 buah rumah yang terlibat dengan bencana banjir kalini. Dia juga ada sampaikan rasa syukur sebab banyak orang yang sudi nak tolong & turun padang untuk bantu mangsa banjir kalini.

Team MarhaenMY pun akan cuba juga untuk tolong mana yang kami mampu untuk rumah rumah yang terlibat dengan banjir kalini. Kita doakan urusan dorang dipermudahkan ya.

Assalamualaikum & hello guys! Harini I rasa nak share kisah pasal nenek Aruvaii & anak dia Karunanithi. Umur nenek ni da...
24/05/2022

Assalamualaikum & hello guys!

Harini I rasa nak share kisah pasal nenek Aruvaii & anak dia Karunanithi. Umur nenek ni dalam 90 tahun macam tu and anak dia dalam 70 tahun. Kisah ni I dapat tahu pun daripada Maneesha. So last Friday i pergi jumpa Maneesha ni and alang alang dia bawak i pergi visit nenek ni. Selama ni Maneesha yang banyak tolong dua beranak ni. I cerita sikit lah kisah pasal Nenek Aruvaii dengan anak dia ni. Macam apa yang Maneesha ni cerita, sebelum ni nak dekat dua tahun dua beranak ni tinggal dekat stor buang sampah tau. Sebelum tu, Maneesha ni cerita yang dorang ni merempat merata rata lepas keluar dari homecare.

Kenapa dia keluar dari homecare tu? Sebab nenek ni nak habiskan sisa hidup dia untuk hidup dengan anak dia. Dia nak bersama dengan anak dia dihari tua dia ni. Kesian kan? Nasib baik la Maneesha ni terjumpa dorang. So dia dengan kawan kawan dia tolong nenek ni and dorang sediakan tempat tinggal yang selesa sikit, hantar makanan setiap hari, bayar ubatan & dressing untuk kaki Karunanithi ni sbb kaki dia jadi teruk masa dia tinggal dekat tempat sampah tu. Biasalah, kita pun pernah nampak keadaan store sampah macam mana kan? Bayangkan dorang ni duduk situ dekat hampir 2 tahun. Sampaikan tikus pun gigit kaki dia 😥

Maneesha ni memang nampak ikhlas ni jaga dua orang ni masa dia cerita dekat i pasal dua beranak ni. Pada Maneesha, dia dah anggap dua orang ni macam orang tua dia sendiri. Sebab tu dia betul betul ambik berat and jaga sampai dorang boleh sembuh. I pun sebenarnya agak kagum dengan usaha Maneesha ni untuk jaga makan minum, tempat tinggal untuk nenek ni dengan anak dia 🤲

I cerita sikit lah pasal tempat tinggal nenek ni eh. Maneesha cerita yang dia usahakan untuk bina rumah kecik untuk dua beranak ni. Tanah tempat dia bina tu tanah milik jiran area kawasan tu. Tapi dia bagi izin untuk bina rumah kecik lah. Rumah tu mmg muat untuk dua buah katil tu and ada sediakan tandas untuk dorang. Bukan Maneesha taknak binakan bahagian dapur, tapi nenek tu pun dah tak larat sangat nak masak. Anak dia pun sama, nak bangun pun dah tak larat. Maneesha ada deal dengan kedai berdekatan untuk hantarkan makanan setiap hari ke rumah Nenek ni. Tapi as backup plan, Maneesha ada deal dengan jiran perumahan tu untuk uruskan makan minum nenek ni in case kedai tu tutup sbb cuti ke apa kan.

Ni serba sedikit kisah i nak cerita harini. Bila i tanya Maneesha, kenapa dia bersungguh nak tolong. Jawapan dia, sebab dorang dah takda orang lain nak tolong. And dia hormat Nenek Aruvaii and Karunanithi ni macam orang tua dia jugak. Pihak marhaenMY pun ada bantu untuk buka kan kempen untuk sesiapa yang nak sama sama menyumbangan dalam membantu dua beranak ni & alhamdulillah kempen ni berjaya mendapat sambutan orang ramai.

I tahu, ramai lagi orang dekat luar sana yang berhati mulia macam Maneesha. Kalau berminat nak share story, boleh pm tepi okay 🤍

Address

Pusat Komersial Equine, 46-2, Jalan Equine 1G, Taman Equine
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hayati - Marhaenmy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category