24/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Nabi Muhammad SAW adalah manusia paling pemurah, bukan hanya kepada kaum Muslimin tetapi kepada sesiapa saja yang bertemu dengannya.
Pernahkah kita terfikir, dalam setiap keputusan perniagaan, kerjaya, dan kehidupan seharian kita... adakah kita sudah mencontohi susuk tubuh teragung ini?
Maulidur Rasul adalah masa terbaik untuk kita bermuhasabah diri dan kembali kepada acuan akhlak Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak."
(Surah Al-Ahzab: 21)
Kita diajar untuk mencontohi akhlak Baginda termasuklah dalam aspek memberi, membantu dan berkongsi rezeki.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
โSekiranya aku memiliki emas sebesar gunung Uhud, maka aku tidak s**a jika ia masih berada disisiku selama tiga hari, dan sekiranya aku memiliki sedikit sahaja dari itu, nescaya aku telah membayarkan untuk hutang.โ
โ Riwayat al-Bukhari (5964)
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja pemimpin agama, malah Baginda adalah usahawan yang jujur, ketua keluarga yang penyayang, dan sahabat yang paling setia. Baginda adalah definisi sebenar "kejayaan".
Hari ini, jom kita sama-sama:
1๏ธโฃ Basahkan lidah dengan berselawat.
2๏ธโฃ Amalkan sifat amanah dan jujur dalam kerja atau perniagaan.
3๏ธโฃ Sebarkan senyuman dan kebaikan kepada semua orang.
Kami warga Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Amin.