Institut Pertanian Serdang Selangor

Institut Pertanian Serdang Selangor Bermula sebagai sekolah (40an), kemudian kolej dan akhirnya institut pertanian (70an) sehingga kini.

IPS menjalankan program SIP selama 2 tahun (4 semester) di mana ianya diletakkan di bawah pemantauan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pertanian Putrajaya. Didaftarkan sebagai institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 79) pada 23 Jun 2003.

Berakhir sudah semester 2 pelajar Sijil Institut Pertanian sesi 2025/2027. Semoga berjumpa lagi di Semester 3.
10/06/2026

Berakhir sudah semester 2 pelajar Sijil Institut Pertanian sesi 2025/2027. Semoga berjumpa lagi di Semester 3.

08/06/2026
🌾 Selamat Hari Guru 2026 🌾Ikhlas daripada seluruh wargaInstitut Pertanian Serdang“Guru Bitara, Nadi Negara.”Terima kasih...
16/05/2026

🌾 Selamat Hari Guru 2026 🌾

Ikhlas daripada seluruh warga
Institut Pertanian Serdang

“Guru Bitara, Nadi Negara.”

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang terus menabur ilmu, membimbing generasi pelapis serta memartabatkan bidang pertanian moden dan teknologi hijau demi kemajuan negara.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan dedikasi para guru sentiasa diberkati serta menjadi inspirasi kepada anak bangsa.

🍀 Guru Berjiwa Mendidik, Pertanian Berteknologi Membina Masa Depan.

15/05/2026
🏃‍♂️ IPS FUN RUN 2026 🏃‍♀️Assalamualaikum wbt dan selamat petang, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar ...
14/05/2026

🏃‍♂️ IPS FUN RUN 2026 🏃‍♀️

Assalamualaikum wbt dan selamat petang,
sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Pertanian Serdang (IPS) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Usahawan (HEPPU) akan menganjurkan program IPS FUN RUN 2026 yang terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan IPS.

📅 Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.45 pagi hingga 11.00 pagi
📍 Tempat: Kawasan Kompleks IPS

Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga IPS.

✨ Ayuh sertai kami dan meriahkan lagi IPS FUN RUN 2026!
👟 Jom berlari bersama warga IPS! 💪

Alumni Institut Pertanian Serdang Selangor
13/05/2026

Alumni Institut Pertanian Serdang Selangor

TVET Pertanian memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor agromakanan.
Dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global, perubahan iklim dan peningkatan kos pengeluaran, bidang TVET pertanian menjadi platform strategik untuk melahirkan generasi agropreneur moden yang berkemahiran dalam teknologi pertanian, penternakan, mekanisasi dan inovasi makanan.
Melalui latihan teknikal dan pendidikan berasaskan industri, TVET bukan sahaja membuka peluang kerjaya kepada golongan muda, malah membantu meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara secara mampan.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam Podcast CAMBAH 🎙️ dengan topik:
📌 TVET Pertanian : Masa Depan Agromakanan
🗓 14 Mei 2026 (Khamis)
🕛 12.00 Tengah Hari
📡 https://www.facebook.com/cambahDOA
Menampilkan perkongsian menarik daripada panel jemputan berkaitan hala tuju TVET pertanian, pembangunan modal insan dan potensi kerjaya dalam sektor agromakanan negara.
🎥 Saksikan secara langsung di platform Facebook CambahDOA

Program MPP (Human Bingo)Tarikh: 6/5/2026 (Rabu)Masa: 12.00 p.m. - 1.00 p.m.Tempat: Dewan Besar IPSAktiviti Human Bingo ...
08/05/2026

Program MPP (Human Bingo)

Tarikh: 6/5/2026 (Rabu)
Masa: 12.00 p.m. - 1.00 p.m.
Tempat: Dewan Besar IPS

Aktiviti Human Bingo ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan membentuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Permainan Human Bingo dijalankan secara berkumpulan di mana setiap pelajar diberikan sekeping kertas bingo yang perlu diisi dengan pelbagai ciri atau maklumat tertentu seperti “pernah menyertai sukan”, “anak sulung”, atau “minat bercucuk tanam”. Pelajar perlu bergerak dan berinteraksi dengan rakan lain bagi mencari individu yang memenuhi ciri-ciri tersebut untuk melengkapkan bingo mereka.

Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan memberikan kerjasama yang baik. Aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana yang ceria, menyeronokkan dan interaktif.

Secara keseluruhannya, permainan Human Bingo yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Institut Pertanian Serdang telah mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi hiburan kepada pelajar, malah turut membantu dalam membina hubungan yang lebih baik serta memupuk nilai kerjasama dan komunikasi yang efektif dalam kalangan pelajar.

Address

Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pertanian Serdang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Pertanian Serdang Selangor:

Share