Suzanah Hanim Wong

Suzanah Hanim Wong Ahli Majlis - Majlis Bandaraya Subang Jaya
Naib Ketua DAPSY Bangi 🚀

21/08/2026

Melayu disuruh takut Cina. Cina disuruh curiga pada Melayu. Kita semua disuruh salahkan satu sama lain.

Divide and rule. Jangan biarkan kita dipecahkan hanya untuk mereka kekal berkuasa.

Bila rakyat bergaduh, siapa sebenarnya yang untung? 🇲🇾

Mesyuarat Penyelarasan bagi Penyelesaian Isu Sistem Intelligence Parking di Lapangan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ N...
20/08/2026

Mesyuarat Penyelarasan bagi Penyelesaian Isu Sistem Intelligence Parking di Lapangan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras dan membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan sistem Intelligence Parking di lapangan yang memerlukan tindakan penyelesaian segera, bagi memastikan sistem dapat beroperasi dengan lebih lancar, berkesan dan efisien.





20/08/2026

Sebenarnya yang deserve better ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis 🇲🇾❤️

Persidangan Parti 2026 🇲🇾🚀Hari ini, para perwakilan turut membuat keputusan yang penting - sama ada DAP akan kekal dalam...
16/08/2026

Persidangan Parti 2026 🇲🇾🚀

Hari ini, para perwakilan turut membuat keputusan yang penting - sama ada DAP akan kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen semasa.

Apa pun perbahasan dan keputusan, prinsip perjuangan kita tetap sama - Malaysia untuk rakyat Malaysia. 🇲🇾

Tidak kira kaum, agama atau latar belakang. Ini negara kita bersama.

Terus berkhidmat. Terus berjuang. ❤️

14/08/2026

Gandingan dua senator, Dr Zulkifli Hasan dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menjelaskan isu Laporan RCI Tabung Haji di Parlimen mendapat pujian ramai.

Seorang membawa latar belakang agama, manakala seorang lagi merupakan teknokrat berpengalaman. Kedua-duanya dipuji kerana mampu menerangkan isu rumit berkaitan pentadbiran, kewangan dan pelaburan Tabung Haji dengan jelas serta berfakta.

Seorang pengguna media sosial mengakui kagum melihat cara mereka mengendalikan perbahasan tanpa bergantung kepada jeritan, sentimen atau permainan politik.

“Seorang profesional agama dan seorang teknokrat. Mereka bukan ahli politik yang lama bergelumang dalam dunia kuasa.

“Bila Dr Zulkifli Hasan dan Datuk Seri Amir Hamzah ada dalam Kabinet, rasa lega dan yakin Malaysia masih ada pemimpin Melayu-Islam yang tidak memperbodohkan minda rakyat kebanyakan,” tulisnya.

Hantaran itu mendapat sambutan ramai dengan lebih 1,200 tanda s**a serta dikongsi semula pengguna media sosial.

Netizen turut memuji penyampaian mereka yang tenang, tersusun dan mudah difahami walaupun isu yang dibincangkan melibatkan dokumen serta urus niaga kewangan yang kompleks.

“Betul, inilah contoh meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seronok dengar mereka berbahas,” tulis seorang pengguna.

“Datuk Seri Amir Hamzah ini ‘soft spoken’ betul,” kata seorang lagi.

Ada juga yang menyindir sebahagian ahli politik lebih banyak menggunakan kemahiran “creative accounting” berbanding berhujah dengan fakta di Parlimen.

Ketika sebahagian Ahli Parlimen memilih keluar Dewan dan meneruskan serangan melalui siaran langsung di luar, dua senator ini p**a kekal menjawab persoalan satu demi satu dengan fakta.

Perbahasan tersebut sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan kepada rakyat bahawa negara masih memiliki pemimpin Melayu-Islam yang mampu bercakap tentang agama, amanah dan wang rakyat dengan ilmu serta kewibawaan.

14/08/2026

𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐌𝐁𝐒𝐉

Antara kandungan intipati perutusan YBhg. Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar MBSJ, sempena Perhimpunan Bulanan MBSJ bagi bulan Ogos 2026.

Perutusan ini menggariskan Prinsip M.I.N.E.R dan pendekatan B.E.S.T sebagai panduan dalam memperkukuh budaya kerja serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Turut diketengahkan ialah prinsip “Need vs Nice to Have” bagi memastikan penetapan keutamaan memberi fokus kepada perkara yang benar-benar diperlukan serta memberikan impak dan manfaat kepada komuniti.

‘𝐌𝐁𝐒𝐉 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚’




13/08/2026

Kagum dan keliru sedikit dengan ungkapan-ungkapan ADN Sungai Panjang (PAS)

11/08/2026

Tahun lepas singa, takkan tahun ni jadi kucing p**a? 🐈

Address

附近修车厂
Seri Kembangan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suzanah Hanim Wong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category