National Water Research Institute of Malaysia

National Water Research Institute of Malaysia Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
(2)

Sesi Perkongsian Ilmu mengenai El-Nino telah berlangsung dengan jayanya di Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPS...
18/08/2026

Sesi Perkongsian Ilmu mengenai El-Nino telah berlangsung dengan jayanya di Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 18 Ogos 2026 dan dipengerusikan oleh Ir. Yuslina binti Hj. Mohd Sani, Pengarah BPSP, KPKM.

Sesi ini telah diketuai oleh Ir. Dr. Ts. Gs. Safari Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah (menanggung kerja Ketua Pengarah) dan barisan Pengarah, Pegawai Penyelidik NAHRIM daripada Pusat Kajian/ Bahagian/ Makmal.
Perkongsian ilmu mengenai El-Nino telah disampaikan oleh Ir. Marini binti Mohamad Ideris, Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA). Beliau telah berkongsi mengenai senario El-Nino, impaknya terhadap sumber air, serta unjuran perubahan iklim sehingga 2100.

Selain itu, pihak NAHRIM dan BPSP turut mengadakan perbincangan mengenai inisiatif guna-semula air sisa daripada pelepasan kawasan penanaman padi. Perbincangan tersebut mengetengahkan cadangan pembangunan Garis Panduan Guna Semula Air Sisa Pelepasan Penanaman Padi melalui kerjasama strategik antara NAHRIM dan BPSP, KPKM.

Sesi ini diharap dapat memperkukuh perkongsian kepakaran dan kerjasama antara NAHRIM dan BPSP dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim, memperkukuh pengurusan sumber air serta menyokong pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan dan berdaya tahan.














NAHRIM di Reruai Pameran Majlis Perasmian SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 202614 - 15 Ogos 2026, Shah Alam, SelangorAyu...
15/08/2026

NAHRIM di Reruai Pameran Majlis Perasmian SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026
14 - 15 Ogos 2026, Shah Alam, Selangor

Ayuh dapatkan maklumat lanjut mengenai produk Air Minuman Berbungkus (AMB) dan teknologi rawatan air minuman terawat berasaskan air hujan bersempena Majlis Perasmian SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026, Dataran Kemerdekaan, Shah Alam Selangor.

NAHRIM melalui reruai CUBIQ METERS menampilkan AMB RAINDROPS dan CLOUDRAIN sebagai satu peluang strategik untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap produk keluaran NAHRIM, khususnya dalam kalangan pengunjung SUKMA yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta kontinjen sukan dari seluruh Negara.

Ayuh warga Shah Alam dan lokasi berdekatan, dapatkan maklumat lanjut dari pegawai NAHRIM yang akan berada di lokasi sehingga majlis perasmian berakhir pada malam ini!!!














11–12 Ogos 2026 | Persidangan Keselamatan Makanan 2026 anjuran Program Keselamatan dan Kualiti MakananPersidangan Kesela...
14/08/2026

11–12 Ogos 2026 | Persidangan Keselamatan Makanan 2026 anjuran Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Persidangan Keselamatan Makanan 2026 yang dianjurkan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Bertemakan “Inovasi dan Teknologi Baharu – Cabaran atau Peluang?”, persidangan ini menghimpunkan pembuat dasar, pengilang makanan, ahli akademik, pengamal industri serta pemegang taruh dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan perspektif berkaitan keselamatan makanan.

NAHRIM berbesar hati menerima jemputan daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM untuk menyampaikan pembentangan bertajuk “Mikroplastik: Daripada Penyelidikan kepada Tindakan Proaktif”, yang disampaikan oleh ChM Nor Salmi Abdullah dari Makmal Kualiti Air, NAHRIM. Persidangan ini turut menampilkan 5 ucaptama, 27 pembentangan lisan dan 21 pembentangan poster, dengan kehadiran lebih daripada 200 orang peserta.

11–12 August 2026 | Food Safety Conference 2026 organised by the Food Safety and Quality Programme

The Food Safety Conference 2026, organised by the Food Safety and Quality Programme, Ministry of Health Malaysia (MOH), was officiated by YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Minister of Health, at the Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Held under the theme “Innovation and New Technologies – Challenges or Opportunities?”, the conference brought together policymakers, food manufacturers, academics, industry practitioners and stakeholders from across the country to exchange knowledge and perspectives on food safety.

NAHRIM was honored to be invited by the Food Safety and Quality Programme, MOH, to deliver a presentation entitled “Microplastics: From Research to Proactive Action”, presented by ChM Nor Salmi Abdullah from the Water Quality Laboratory, NAHRIM. The conference also featured 5 keynote addresses, 27 oral presentations and 21 poster presentations, attracting more than 200 participants.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air














10 Ogos 2026 | Latihan Pengendalian dan Keselamatan Liquid Nitrogen di MakmalSatu sesi latihan pengendalian dan keselama...
14/08/2026

10 Ogos 2026 | Latihan Pengendalian dan Keselamatan Liquid Nitrogen di Makmal

Satu sesi latihan pengendalian dan keselamatan Liquid Nitrogen telah diadakan di Makmal Kualiti Air (MKA) NAHRIM dan melibatkan seluruh warga MKA. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pengendalian, penyimpanan, pemindahan, peralatan perlindungan diri (PPE) dan risiko keselamatan termasuk amali serta demonstrasi yang berkaitan. Latihan ini penting bagi memastikan semua kakitangan MKA sentiasa dalam keadaan maklum, peka dan siap sedia.
10 August 2026 | Liquid Nitrogen Handling and Safety Training at the Laboratory

A Liquid Nitrogen handling and safety training session was conducted at the NAHRIM Water Quality Laboratory (MKA), involving all MKA staff. The training aimed to provide participants with essential knowledge on the safe handling, storage and transfer of Liquid Nitrogen, the appropriate use of personal protective equipment (PPE), and the associated safety risks. The session also included relevant practical exercises and demonstrations. This training is important to ensure that all MKA staff remain informed, safety-conscious and prepared when handling Liquid Nitrogen in the laboratory.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air














10 Ogos 2026 | Lawatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIMMakmal Kualiti Air ...
14/08/2026

10 Ogos 2026 | Lawatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM

Makmal Kualiti Air (MKA) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada pensyarah, pegawai sains dan penolong jurutera. Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Ts. ChM. Dr. Radin Maya Saphira Binti Radin Mohamed, Ketua Pusat (I2E) Institut Kejuruteraan Integrasi, Pusat Kecemerlangan Pencemar Mikro (MPRC). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan sistem pengurusan kualiti, pengurusan dokumentasi, serta amalan terbaik yang diamalkan oleh MKA dalam mengekalkan akreditasi ISO 17025. Pihak UTHM turut dibawa melawat sekitar Makmal Kualiti Air, NAHRIM dan melihat peralatan yang digunakan.

10 August 2026 | Visit by Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) to NAHRIM Water Quality Laboratory (MKA)

NAHRIM Water Quality Laboratory (MKA) welcomed a delegation from Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), comprising lecturers, science officers and assistant engineers. The visit was led by Prof. Ts. ChM. Dr. Radin Maya Saphira Binti Radin Mohamed, Head of Centre (I2E), Institute of Integrated Engineering, Micro-Pollutant Research Centre (MPRC). The visit aimed to provide an insight into MKA’s quality management system, documentation management and best practices in maintaining ISO/IEC 17025 accreditation. The UTHM delegation was also taken on a tour of the NAHRIM Water Quality Laboratory and introduced to the equipment and facilities used for water quality analysis.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air














4 OGOS 2026 | MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK "CONSULTATION SERVICES FOR COASTAL HYDRAULIC, EROSION AND SILTATION OR SEDIM...
14/08/2026

4 OGOS 2026 | MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK "CONSULTATION SERVICES FOR COASTAL HYDRAULIC, EROSION AND SILTATION OR SEDIMENTATION STUDY AT PENANG PORT TERMINAL AREAS, VESSEL PASSAGE AND NORTH CHANNEL OF PENANG ISLAND"

Mesyuarat Penyelarasan Projek "Consultation Services for Coastal Hydraulic, Erosion and Siltation or Sedimentation Study at Penang Port Terminal Areas, Vessel Passage and North Channel of Penang Island" secara dalam talian telah diadakan pada 4 Ogos 2026 dipengerusikan oleh Tuan Haji Jafrul Fazli bin Jaafar, Head of Transformation and Head of SPALTech (Special Project) Penang Port Sdn Bhd. Manakala pasukan NAHRIM diketuai oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa bersama-sama pegawai penyelidik Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO)

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan kajian yang akan dilaksanakan oleh NAHRIM setelah dilantik sebagai perunding teknikal bagi projek berkenaan. Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan skop kerja, metodologi pelaksanaan kajian, serta keperluan teknikal dan pentadbiran bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan secara sistematik, berkesan dan mematuhi objektif yang telah ditetapkan.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk memuktamadkan skop pelaksanaan projek, analisis jurang (gap analysis) terhadap cadangan teknikal dan kewangan, perincian pengumpulan data, termasuk penetapan tempoh pelaksanaan setiap fasa kajian. Kajian ini dijangka menyediakan penilaian saintifik yang komprehensif terhadap aspek hidraulik pantai, hakisan, serta proses sedimentasi di kawasan terminal Penang Port, laluan perkapalan dan North Channel Pulau Pinang. Hasil kajian akan menjadi asas teknikal yang kukuh dalam menyokong perancangan, pengurusan dan pembangunan infrastruktur maritim yang mampan, di samping meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan serta mengurangkan kos aktiviti pengorekan (desludging) akibat pemendapan di alur pelayaran dan perubahan morfologi pesisir pantai, seterusnya mengurangkan risiko terhadap keselamatan pelayaran.
_______________
4 AUGUST 2026 | COORDINATION MEETING FOR THE "CONSULTATION SERVICES FOR COASTAL HYDRAULIC, EROSION AND SILTATION OR SEDIMENTATION STUDY AT PENANG PORT TERMINAL AREAS, VESSEL PASSAGE AND NORTH CHANNEL OF PENANG ISLAND" PROJECT

The Project Coordination Meeting for the "Consultation Services for Coastal Hydraulic, Erosion and Siltation or Sedimentation Study at Penang Port Terminal Areas, Vessel Passage and North Channel of Penang Island" was held virtually on 4 August 2026 and was chaired by Tuan Haji Jafrul Fazli bin Jaafar, Head of Transformation and Head of SPALTech (Special Project), Penang Port Sdn. Bhd. The NAHRIM delegation was led by YBrs. Deputy Director General of NAHRIM, Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, together with research officers from the Coastal and Oceanography Research Centre (PKPO).

The meeting was convened to coordinate the implementation of the study to be undertaken by NAHRIM following its appointment as the technical consultant for the project. The discussion focused on the coordination of the scope of work, study implementation methodology, as well as the technical and administrative requirements to ensure that the project is implemented in a systematic and effective manner, in accordance with the established objectives.

Among the key matters discussed were the finalisation of the project implementation scope, the gap analysis of the proposed technical and financial components, and the detailed planning of data collection, including the determination of the implementation period for each phase of the study. The study is expected to provide a comprehensive scientific assessment of coastal hydraulics, erosion, and sedimentation processes within the Penang Port terminal areas, vessel passage, and the North Channel of Penang Island. The findings of the study will serve as a robust technical basis to support the planning, management, and sustainable development of maritime infrastructure, while enhancing port operational efficiency and reducing the costs associated with dredging activities resulting from sediment deposition within the navigation channel and changes in coastal morphology, thereby reducing risks to navigational safety.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Peralihan Tenaga dan Transformasi Air











31 Julai 2026 | Aktiviti Pengemasan dan Pembersihan Makmal Kualiti Air NAHRIMKerja-kerja pengemasan dan pembersihan Makm...
14/08/2026

31 Julai 2026 | Aktiviti Pengemasan dan Pembersihan Makmal Kualiti Air NAHRIM

Kerja-kerja pengemasan dan pembersihan Makmal Kualiti Air NAHRIM (MKA) telah dijalankan dengan kerjasama semua kakitangan MKA pada 31 Julai 2026. Aktiviti pengemasan dan pembersihan makmal ini dilaksanakan sebagai persediaan bagi kerja-kerja pengurusan dan pelupusan buangan terjadual makmal yang dijadualkan pada bulan Ogos 2026. Proses kerja ini penting bagi memastikan persekitaran makmal sentiasa kemas, selamat dan mematuhi keperluan piawaian ISO/IEC 17025:2017. Terima kasih di atas kerjasama dan tenaga yang dicurahkan oleh warga MKA.

31 July 2026 | Housekeeping and Cleaning Activities at NAHRIM Water Quality Laboratory

Housekeeping and cleaning activities at NAHRIM Water Quality Laboratory (MKA) were carried out on 31 July 2026 with the cooperation of all MKA staff. The housekeeping and cleaning activities were conducted in preparation for the scheduled management and disposal of the laboratory’s scheduled waste in August 2026. These activities are important to ensure that the laboratory environment remains clean, organized and safe, while complying with the requirements of ISO/IEC 17025:2017. Thank you to all MKA staff for their cooperation, commitment and valuable contribution towards maintaining a clean, safe and well-organised laboratory environment.














MESYUARAT PROJEK TRANSFORMASI SISTEM BEKALAN AIR BERSIH MENGGUNAKAN KAEDAH PENYAHGARAMAN AIR MARIN UNTUK POS KESELAMATAN...
14/08/2026

MESYUARAT PROJEK TRANSFORMASI SISTEM BEKALAN AIR BERSIH MENGGUNAKAN KAEDAH PENYAHGARAMAN AIR MARIN UNTUK POS KESELAMATAN, KAWASAN LUAR BANDAR DAN PULAU TERPENCIL SERTA KOMUNITII, SABAH

Delegasi Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) diketuai oleh Ir. Ts. Muhammad Rizal Razali telah menghadiri mesyuarat bagi Projek Transformasi Sistem Bekalan Air Bersih Menggunakan Kaedah Penyahgaraman Air Marin untuk Pos Keselamatan, Kawasan Luar Bandar dan Pulau Terpencil serta Komuniti, Sabah pada 11 Ogos 2026 bertempat di Pejabat Daerah Kudat, Sabah. Mesyuarat kali ini merupakan kesinambungan daripada sesi libat urus yang telah diadakan di Pulau Banggi pada 14 Julai 2026.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Banggi, Tuan Jaslee Jaafar dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai pihak berkepentingan serta komuniti. Antara yang terlibat adalah Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jabatan Tadbir dan Ukur Tanah (JTU) Kudat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Perikanan (DOF) Kudat, Taman-taman Sabah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Bandaran Kudat (LBK) dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Objektif mesyuarat adalah untuk memaklumkan pihak berkepentingan di Pulau Banggi berkenaan pelaksanaan projek serta sebagai platform mengumpul maklumat dan keperluan yang perlu dipatuhi daripada pemegang taruh berkaitan. Mesyuarat dimulakan dengan pengenalan profil NAHRIM sebagai sebuah agensi penyelidikan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang berfokus kepada bidang air dan persekitarannya dan selanjutnya pembentangan maklumat projek.

Hasil daripada perbincangan, secara prinsipnya Jabatan/Agensi yang terlibat menyokong penuh cadangan projek, namun mengesyorkan agar NAHRIM mengadakan sesi mesyuarat lanjutan bagi memuktamadkan lokasi projek. Mesyuarat berharap agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya demi menjamin kelangsungan bekalan sumber air bersih kepada komuniti di Pulau Banggi.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air














12–14 Ogos 2026 | 14th Microbiology Workshop: Biochemical & Molecular Identification of Bacteria and Fungi14th Microbiol...
14/08/2026

12–14 Ogos 2026 | 14th Microbiology Workshop: Biochemical & Molecular Identification of Bacteria and Fungi

14th Microbiology Workshop: Biochemical & Molecular Identification of Bacteria and Fungi telah berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2026 di Fakulti Bioteknologi and Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bengkel ini menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang mikrobiologi, khususnya dalam pengenalpastian bakteria dan fungi melalui pendekatan biokimia dan molekul. Dr. Azlinda binti Ibrahim dari Makmal Kualiti Air (MKA) NAHRIM berpeluang mengikuti sesi teori dan amali yang merangkumi pemerhatian mikroskopi, analisis biokimia, pengekstrakan DNA genomik, PCR bagi gen 16S rRNA dan ITS, gel electrophoresis serta analisis bioinformatik seperti BLAST, primer design, phylogenetic analysis dan NCBI submission.

Penyertaan dalam bengkel ini turut memberikan peluang memperkukuh kompetensi teknikal serta meningkatkan keupayaan dalam aplikasi teknik molekul dan bioinformatik bagi menyokong kerja-kerja penyelidikan dan analisis mikrobiologi di MKA. Ianya selaras dengan komitmen NAHRIM dalam memperkasa kepakaran dan kecemerlangan analitikal bagi menyokong penyelidikan serta pemantauan kualiti air negara.
_______________________________________________________________________

12–14 August 2026 | 14th Microbiology Workshop: Biochemical & Molecular Identification of Bacteria and Fungi

The 14th Microbiology Workshop: Biochemical & Molecular Identification of Bacteria and Fungi was held from 12 to 14 August 2026 at Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, Universiti Putra Malaysia (UPM).

The workshop served as a platform to strengthen knowledge and practical skills in microbiology, particularly in the identification of bacteria and fungi through biochemical and molecular approaches. Dr. Azlinda binti Ibrahim from Water Quality Laboratory (MKA), NAHRIM, had the opportunity to participate in theoretical and practical sessions covering microscopic observation, biochemical analysis, genomic DNA extraction, PCR targeting the 16S rRNA and ITS genes, gel electrophoresis, as well as bioinformatics analyses such as BLAST, primer design, phylogenetic analysis, and NCBI submission.

Participation in this workshop also provided an opportunity to strengthen technical competency and enhance capabilities in the application of molecular and bioinformatics techniques to support microbiological research and analysis at MKA. This is in line with NAHRIM’s commitment to strengthening expertise and analytical excellence in support of research and national water quality monitoring.














11–12 Ogos 2026 | Persidangan Keselamatan Makanan 2026 anjuran Program Keselamatan dan Kualiti MakananPersidangan Kesela...
14/08/2026

11–12 Ogos 2026 | Persidangan Keselamatan Makanan 2026 anjuran Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Persidangan Keselamatan Makanan 2026 yang dianjurkan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Bertemakan “Inovasi dan Teknologi Baharu – Cabaran atau Peluang?”, persidangan ini menghimpunkan pembuat dasar, pengilang makanan, ahli akademik, pengamal industri serta pemegang taruh dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan perspektif berkaitan keselamatan makanan.

NAHRIM berbesar hati menerima jemputan daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM untuk menyampaikan pembentangan bertajuk “Mikroplastik: Daripada Penyelidikan kepada Tindakan Proaktif”, yang disampaikan oleh ChM Nor Salmi Abdullah dari Makmal Kualiti Air, NAHRIM. Persidangan ini turut menampilkan 5 ucaptama, 27 pembentangan lisan dan 21 pembentangan poster, dengan kehadiran lebih daripada 200 orang peserta.
_______________________________________________________________________

11–12 August 2026 | Food Safety Conference 2026 organised by the Food Safety and Quality Programme

The Food Safety Conference 2026, organised by the Food Safety and Quality Programme, Ministry of Health Malaysia (MOH), was officiated by YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Minister of Health, at the Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Held under the theme “Innovation and New Technologies – Challenges or Opportunities?”, the conference brought together policymakers, food manufacturers, academics, industry practitioners and stakeholders from across the country to exchange knowledge and perspectives on food safety.

NAHRIM was honored to be invited by the Food Safety and Quality Programme, MOH, to deliver a presentation entitled “Microplastics: From Research to Proactive Action”, presented by ChM Nor Salmi Abdullah from the Water Quality Laboratory, NAHRIM. The conference also featured 5 keynote addresses, 27 oral presentations and 21 poster presentations, attracting more than 200 participants.














Address

Lot 5377 Jalan Putra Permai
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Telephone

+60389476400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Water Research Institute of Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to National Water Research Institute of Malaysia:

Shortcuts

Share