Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Selangor

Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Selangor, Government Organization, Jalan Raya Satu, Seri Kembangan.
(1)

๐Ÿ KHIDMAT KHAS BOMBA TANGKAP ULAR SENDUK 1.5 METERSERDANG, 11 Ogos 2026 โ€“ Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembanga...
11/08/2026

๐Ÿ KHIDMAT KHAS BOMBA TANGKAP ULAR SENDUK 1.5 METER

SERDANG, 11 Ogos 2026 โ€“ Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan menerima panggilan khidmat khas berkaitan seekor ular di sebuah kediaman di 35, Jalan Kekwa, Blue Water Estate, pada jam 12.18 tengah hari.

Sebuah jentera FRT BBP Seri Kembangan bersama 6 orang anggota diketuai PBT II (KUP) Mohd Sabri bin Ismail digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 5 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, pemeriksaan dan size up mendapati seekor ular senduk sepanjang kira-kira 1.5 meter berada di luar rumah pemanggil.

Anggota bomba bertindak pantas menangkap ular tersebut dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan penghuni serta anggota.

Ular berjaya ditangkap dan kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asalnya di lokasi yang selamat.

Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau mangsa dilaporkan.

BBP Seri Kembangan sentiasa komited memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dalam memastikan keselamatan orang awam.

Bomba & Penyelamat Zon Petaling Z2SLChe Razak Che Ngah

Semoga doa daripada semua mengiringi langkah kami. ๐Ÿคฒโค๏ธMohon doakan Team Carrom Bomba Selangor serta seluruh atlet JBPM N...
07/08/2026

Semoga doa daripada semua mengiringi langkah kami. ๐Ÿคฒโค๏ธ

Mohon doakan Team Carrom Bomba Selangor serta seluruh atlet JBPM Negeri Selangor diberikan kesihatan, kekuatan, semangat juang dan dipermudahkan segala urusan untuk mengharumkan nama Selangor di SUKBOM 2026 yang berlangsung di Putrajaya & Kuala Lumpur pada 6โ€“11 Ogos 2026.

Insya-Allah kami akan memberikan yang terbaik. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

06/08/2026

Bendera Diangkat, Maruah Selangor Dipertaruhkan! ๐Ÿ’ช๐Ÿš’๐Ÿ†

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKBOM 2026 JBPM Negeri Selangor telah berlangsung pada 5 Ogos 2026 di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor sebagai simbolik pelepasan rasmi kontinjen yang akan membawa cabaran Negeri Selangor ke SUKBOM 2026 Kuala Lumpur & Putrajaya.

Semoga seluruh atlet, pegawai dan pengurusan kontinjen JBPM Negeri Selangor diberikan kesihatan, keselamatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan.

Teruskan berjuang dengan semangat berpasukan demi mengharumkan nama Negeri Selangor.

Selamat Maju Jaya Kontinjen JBPM Negeri Selangor! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿš’



Che Razak Che Ngah Bomba & Penyelamat Zon Petaling Z2SL Bomba Bahagian Korporat Pusat Gerakan Operasi Selangor teratas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

๐Ÿš— BMW Terbakar 90% Berhampiran Caltex Lestari PerdanaSeri Kembangan, 6 Ogos โ€“ Sebuah kereta jenis BMW musnah hampir 90 p...
05/08/2026

๐Ÿš— BMW Terbakar 90% Berhampiran Caltex Lestari Perdana

Seri Kembangan, 6 Ogos โ€“ Sebuah kereta jenis BMW musnah hampir 90 peratus dalam kejadian kebakaran berhampiran stesen minyak Caltex, Persiaran Lestari Perdana, awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 pagi sebelum sebuah jentera FRT bersama lima anggota bergegas ke lokasi.

Komander Operasi, PBK II Mohd Asmawi bin Mat Jusoh, memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta BMW bernombor pendaftaran VNK 6987 yang terbakar dianggarkan 90 peratus.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut dan operasi ditamatkan pada 3.18 pagi. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Bomba & Penyelamat Zon Petaling Z2SLChe Razak Che NgahPusat Gerakan Operasi Selangor

๐Ÿ”ฅ Hub Kemahiran Kebombaan 2026 Himpunkan Warga JBPM Selangor & Perak di Setia City Convention CentreSHAH ALAM, 4 Ogos 20...
05/08/2026

๐Ÿ”ฅ Hub Kemahiran Kebombaan 2026 Himpunkan Warga JBPM Selangor & Perak di Setia City Convention Centre

SHAH ALAM, 4 Ogos 2026 โ€“ Program Hub Kemahiran Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor dan Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, dengan kehadiran pegawai, anggota bomba serta peserta dari kedua-dua negeri.

Program ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran teknikal serta menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang kebombaan.

Pelbagai slot ceramah, pembentangan dan sesi perkongsian telah disampaikan bagi memperkasakan kompetensi warga JBPM dalam menghadapi cabaran operasi masa kini.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM dalam melahirkan anggota yang berkemahiran tinggi, kompeten dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik demi keselamatan masyarakat.

โ€œKemahiran Dikuasai, Nyawa Dilindungi.โ€ ๐Ÿš’

teratasChe Razak Che NgahBomba & Penyelamat Zon Petaling Z2SLBahagian Pengurusan Korporat Ibu Pejabat Bomba PutrajayaBomba Bahagian KorporatBahagian Latihan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPusat Gerakan Operasi SelangorBahagian Operasi HQ JBPMPusat Gerakan Operasi Selangor

KANAK-KANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA, BOMBA BERTINDAK PANTAS! ๐Ÿš’Seri Kembangan, 4 Ogos 2026 โ€“ Balai Bomba dan Penyelamat...
04/08/2026

KANAK-KANAK TERPERANGKAP DALAM KERETA, BOMBA BERTINDAK PANTAS! ๐Ÿš’

Seri Kembangan, 4 Ogos 2026 โ€“ Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah bertindak pantas dalam satu operasi khidmat khas melibatkan pintu kereta terkunci di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 11.30 malam sebelum sebuah jentera FRT dan EMRS bersama anggota digerakkan ke lokasi. Setibanya di tempat kejadian, pasukan operasi mendapati seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang terkunci.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan dengan selamat. Mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan, dan operasi ditamatkan pada jam 11.56 malam.

Operasi diketuai oleh PBK II KUP Muhammad Fikriy bin Deraman.

Che Razak Che NgahBomba & Penyelamat Zon Petaling Z2SL teratas

04/08/2026

Program HUB Kemahiran Kebombaan JBPM Ngr Selangor & Perak..

03/08/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู & SALAM SEJAHTERA

"JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA".

BBP SERI KEMBANGAN

TARIKH : 03/08/2026
HARI : ISNIN
AKTIVITI : FIRE FIT
PENYELIA : PBK I NOR AZUWAN BIN ZULGHONI
LOKASI : BBP SERI KEMBANGAN

Address

Jalan Raya Satu
Seri Kembangan
43300

Telephone

603-89416281

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Selangor:

Shortcuts

Share