Yayasan Sahabat Bestari - YASRI

Yayasan Sahabat Bestari - YASRI Yayasan Sahabat Bestari (YASRI) berdaftar di bawah JPMBHEUU nombor pendaftaran PPAB-15/2023.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 562807582339
Pemegang Amanah Yayasan Sahabat Bestari

DIRGAHAYU TUANKU 2026Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mu...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU 2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kebijaksanaan dan keberkatan berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat serta memimpin negara tercinta.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim Daripada
Yayasan Sahabat Bestari (YASRI)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Ikhlas daripada
Yayasan Sahabat Bestari

ESOK 15 MEI 2026 TARIKH TUTUP!!JOM SERTAI KORBAN BESTARI 2026 Ibadah Korban Mudah, Telus & Penuh KeberkatanAlhamdulillah...
14/05/2026

ESOK 15 MEI 2026 TARIKH TUTUP!!

JOM SERTAI KORBAN BESTARI 2026
Ibadah Korban Mudah, Telus & Penuh Keberkatan

Alhamdulillah, peluang beramal di bulan Zulhijjah kembali lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban dengan cara yang mudah, patuh syariah dan dipercayai.

✨ Hanya RM 850 satu bahagian lembu
💰 Tempah sekarang dengan deposit RM250 sahaja!

✅ Kenapa pilih Korban Bestari?
✔️ Patuh syariah – sembelihan ikut hukum Islam
✔️ Telus & dipercayai – laporan bergambar penuh
✔️ Agihan kepada asnaf, fakir & miskin
✔️ Lembu gred A (berkualiti & mencukupi)

📌 Proses mudah & teratur:
1️⃣ Daftar & buat bayaran
2️⃣ Sembelihan ikut syariat
3️⃣ Terima laporan bergambar
4️⃣ Agihan kepada yang memerlukan

⏳ TEMPAH SEGERA – TEMPAT TERHAD!
Rebut peluang gandakan pahala di hari yang paling dicintai Allah

📲 Hubungi sekarang:
011-5752 4857 (Naim)

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (korban)."
— HR. Tirmizi

Korban Anda, Senyuman Mereka 🤲

JOM SERTAI KORBAN BESTARI 2026 Ibadah Korban Mudah, Telus & Penuh KeberkatanAlhamdulillah, peluang beramal di bulan Zulh...
04/05/2026

JOM SERTAI KORBAN BESTARI 2026
Ibadah Korban Mudah, Telus & Penuh Keberkatan

Alhamdulillah, peluang beramal di bulan Zulhijjah kembali lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban dengan cara yang mudah, patuh syariah dan dipercayai.

✨ Hanya RM 850 satu bahagian lembu
💰 Tempah sekarang dengan deposit RM250 sahaja!

✅ Kenapa pilih Korban Bestari?
✔️ Patuh syariah – sembelihan ikut hukum Islam
✔️ Telus & dipercayai – laporan bergambar penuh
✔️ Agihan kepada asnaf, fakir & miskin
✔️ Lembu gred A (berkualiti & mencukupi)

📌 Proses mudah & teratur:
1️⃣ Daftar & buat bayaran
2️⃣ Sembelihan ikut syariat
3️⃣ Terima laporan bergambar
4️⃣ Agihan kepada yang memerlukan

⏳ TEMPAH SEGERA – TEMPAT TERHAD!
Rebut peluang gandakan pahala di hari yang paling dicintai Allah

📲 Hubungi sekarang:
011-5752 4857 (Naim)

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (korban)."
— HR. Tirmizi

Korban Anda, Senyuman Mereka 🤲

Bekerja Dengan Hati, Berkhidmat Dengan ImanSelamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada semua warga yang terus berusaha de...
01/05/2026

Bekerja Dengan Hati, Berkhidmat Dengan Iman

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada semua warga yang terus berusaha dengan penuh amanah, integriti dan ihsan.

Dalam setiap tugas yang dilaksanakan, niatkan sebagai ibadah dan laksanakan dengan sebaiknya. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi amal bernilai serta menyumbang kepada kemajuan ummah dan negara.

Terus melangkah dengan profesionalisme, kesungguhan dan keberkatan.

Ikhlas daripada
YASRI – Yayasan Sahabat Bestari

[TERHAD] SLOT KORBAN 2026 HAMPIR PENUH! Jangan Tunggu Saat Akhir — Rebut Pahala Terbaik Tahun IniTahun ini, lakukan ibad...
22/04/2026

[TERHAD] SLOT KORBAN 2026 HAMPIR PENUH!
Jangan Tunggu Saat Akhir — Rebut Pahala Terbaik Tahun Ini

Tahun ini, lakukan ibadah korban dengan lebih tenang, lebih yakin & lebih bermakna. Korban Bestari menyediakan sistem yang patuh syariah, telus & profesional tanpa pening kepala.

🐄 PAKEJ KORBAN LEMBU GRED A
💰 Hanya RM850 / bahagian
📏 Berat: 321 kg – 350 kg

💎 APA YANG ANDA DAPAT:

✅ Sembelihan mengikut syariat Islam
✅ Laporan lengkap bergambar (bukti sebenar)
✅ Agihan daging kepada asnaf, fakir & miskin
✅ Proses tersusun, telus & boleh dipercayai
✅ Pengurusan profesional & berpengalaman

🛠 PROSES MUDAH 4 LANGKAH:

1️⃣ Daftar & buat bayaran
2️⃣ Sembelihan ikut syariat
3️⃣ Terima laporan bergambar
4️⃣ Agihan kepada yang memerlukan

📸 100% TELUS — BUKTI DIHANTAR KEPADA ANDA
Bukan sekadar janji. Anda akan lihat sendiri pelaksanaan korban anda.

⏳ KENAPA PERLU DAFTAR SEKARANG?

⚠️ Slot lembu adalah TERHAD setiap tahun
⚠️ Permintaan tinggi menjelang Aidiladha
⚠️ Elak kehabisan tempat saat akhir

📲 TEMPAH SEKARANG (FAST RESPONSE):
👉 011-5752 4857 (Naim)

✨ “Tidak ada amalan anak Adam pada hari Aidiladha yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (korban)”
— HR Tirmizi

❤️ Korban Anda, Senyuman Mereka
Jadikan ibadah anda lebih bermakna tahun ini.

KASIH RAMADAN BESTARI 2026 “Ringankan Beban, Hadirkan Senyuman”Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan berkongsi dan bula...
27/02/2026

KASIH RAMADAN BESTARI 2026
“Ringankan Beban, Hadirkan Senyuman”

Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan berkongsi dan bulan menyantuni. Tahun ini, kami menyeru tuan/puan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi menceriakan anak-anak yatim dan asnaf dalam persediaan menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi adalah sinar harapan, kegembiraan dan kasih sayang buat mereka yang memerlukan.

📌 Penganjur:

Bestari Academy Holding Sdn Bhd
Sekolah Rendah Islam Integrasi Bestari (SRIBEST) Lestari Perdana

🤝 Dengan Kerjasama:

Yayasan Sahabat Bestari (YASRI)
Masjid Al-Muttaqin, Equine Park

Majlis Penyampaian Sumbangan:

🗓 Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)
🕠 Masa: 5.30 Petang
📍 Tempat: Masjid Al-Muttaqin, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor

Semua sumbangan akan diserahkan secara rasmi kepada penerima yang layak dalam majlis ini.

💳 Salurkan Sumbangan Anda Ke:

CIMB Bank
No. Akaun: 860 366 7718

📲 Mohon Whatsapp resit sumbangan ke: 011-5657 1694
(Tag: Kasih Ramadan)

✨ Sedikit daripada kita, segunung makna buat mereka.
✨ Rebut peluang bersedekah di bulan mulia.
✨ Moga setiap ringgit menjadi asbab keberkatan rezeki dan pahala yang berlipat ganda.





SALAM RAMADAN 1447HAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Yay...
19/02/2026

SALAM RAMADAN 1447H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Yayasan Sahabat Bestari (YASRI) merakamkan ucapan Salam Ramadan kepada seluruh warga kerja, rakan strategik, penyumbang serta komuniti yang sentiasa menyokong aspirasi dan usaha kebajikan kami.

Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk memperkukuh keimanan, meningkatkan amal kebajikan serta menyemai nilai integriti, ihsan dan kecemerlangan dalam setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.

Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan bulan ini dengan memperbanyakkan amal soleh, mempererat ukhuwah dan terus komited menyantuni masyarakat.

Ramadan Kareem. Semoga segala amalan diterima dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas,
Yayasan Sahabat Bestari (YASRI)





Perkongsian Ilmu & Seni: Lawatan YASRI ke ASWARAYASRI telah menerima undangan daripada Dekan Fakulti Muzik,ASWARA – Akad...
02/02/2026

Perkongsian Ilmu & Seni: Lawatan YASRI ke ASWARA

YASRI telah menerima undangan daripada Dekan Fakulti Muzik,ASWARA – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan pada awal Januari lalu bagi mengadakan lawatan sekitar kampus serta menyaksikan PeTA (Penilaian Tahun Akhir) Fakulti Muzik.

Lawatan ini memberi pendedahan langsung terhadap ekosistem pendidikan seni ASWARA yang merangkumi tujuh fakulti utama: Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Fakulti Animasi dan Multimedia, Fakulti Muzik, Fakulti Seni Halus, Fakulti Teater, Fakulti Tari serta Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan.

Inisiatif ini membuka ruang perkongsian ilmu, pertukaran pandangan dan memperkukuh jalinan kerjasama dalam pembangunan bakat seni dan warisan negara.

Salam Menghayati Israk Mikraj | Menyemai Keinsafan, Memperkukuh ImanSempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikra...
17/01/2026

Salam Menghayati Israk Mikraj | Menyemai Keinsafan, Memperkukuh Iman

Sempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj, Yayasan Sahabat Bestari (YASRI) merakamkan ucapan Salam Menghayati Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam.

Perjalanan suci Rasulullah ﷺ ini bukan sekadar mukjizat, bahkan suatu manifestasi kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya melalui perintah solat sebagai asas pembinaan iman, akhlak dan kesejahteraan ummah.

Semoga penghayatan Israk Mikraj kali ini menyuburkan keimanan, memperkukuh ketaatan serta membimbing kita ke arah kehidupan yang berlandaskan nilai ihsan, amanah dan tanggungjawab.

Ikhlas daripada
Yayasan Sahabat Bestari (YASRI)

"Berbakti Untuk Generasi"





Address

NO 142A-1 LP7/4 , TAMAN LESTARI PERDANA, BANDAR PUTRA PERMAI
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Sahabat Bestari - YASRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category