07/08/2026
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Program Kesihatan Awam telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Teknikal bersama United Nations University Global Health (UNU-GH) bagi meneroka hala tuju kerjasama strategik yang lebih berimpak. Delegasi UNU-GH yang diketuai oleh Dr. Revati Phalkey telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Ismuni bin Bohari, yang mengetuai delegasi Malaysia.
Perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif bersama dalam bidang perubahan iklim dan kesihatan, pemakanan dan keterjaminan makanan, tadbir urus kesihatan digital, pembangunan tenaga kerja kesihatan serta pengukuhan kapasiti, di samping memperkukuh seni bina tadbir urus kesihatan global.
Melalui komitmen bersama, Kementerian Kesihatan Malaysia dan UNU-GH terus memperkukuh kerjasama strategik yang menterjemahkan ilmu kepada tindakan demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat dan menyokong agenda kesihatan global yang lebih mampan.