KEMAS Daerah Serian

KEMAS Daerah Serian "Nadi Pembangunan Dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar"
1 SEMANGAT 1 PASUKAN 1 KEMENANGAN

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Puan Sawai Anak Akin  yang dikasihi dan disanjungi. Semoga Puan sentiasa dikurniakan...
31/03/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Puan Sawai Anak Akin yang dikasihi dan disanjungi. Semoga Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, serta dilimpahi rezeki yang berkat dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Semoga setiap usaha dan kebaikan Puan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda, serta terus berjaya dalam setiap langkah yang diambil. Semoga hari istimewa ini membawa seribu satu kegembiraan dan kenangan yang indah.
Selamat Hari Lahir, Puan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya serta warga KEMAS yang senti...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya serta warga KEMAS yang sentiasa berdedikasi dalam mendidik dan berbakti kepada masyarakat.

Dua tiga kucing berlari,
Melompat riang di tepi t**i,
Syawal tiba berseri-seri,
Ampun maaf dipohon setulus hati.

Semoga hari yang mulia ini mengeratkan silaturahim, membawa kegembiraan serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Ikhlas Daripada KEMAS Serian

06 Mac 2026/ Rabu Bengkel Pemerkasaan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS)TABIKA/TASKA telah dilaksanakan bertrm...
10/03/2026

06 Mac 2026/ Rabu
Bengkel Pemerkasaan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS)TABIKA/TASKA telah dilaksanakan bertrmpat di Roxy Hotel,Serian.

Seramai 29 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut dengan jayanya.Objektif bengkel adalah untuk memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab PPMS sebagai pembantu kepada Pendidik Masyarakat dalam pengurusan kelas serta aktiviti perkembangan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran pengurusan kelas, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di TABIKA dan TASKA.

Pengisian aktiviti dan ceramah telah disampaikan Encik Latif Anak Amit ,Pegawai KEMAS Daerah Saratok dan Pn Dapenny Anak Enta,Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Lubok Antu. Majlis penangguhan bengkel telah disempurnakan oleh Pn Sawai Anak Akin,Pegawai KEMAS Daerah Serian .Turut hadir sama Pn Norlin Walter Bunyih ,Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak Kanak KEMAS Serian ,Penyelia Pelbagai Jurusan dan Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan KEMAS Serian.



SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA(8 MAC 2026) 🌸Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wanita hebat, khususnya kakitan...
08/03/2026

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
(8 MAC 2026) 🌸

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wanita hebat, khususnya kakitangan KEMAS yang bergelar wanita, yang sentiasa komited berkhidmat kepada masyarakat.

Terima kasih kepada wanita yang bergelar ibu, yang penuh kasih membesarkan generasi masa depan, kepada pendidik dan tenaga pengajar yang sabar mencurah ilmu, kepada isteri dan suri rumah yang menjadi tulang belakang keluarga, kepada pemimpin dan pegawai yang memimpin dengan dedikasi. Serta kepada wanita bekerjaya, yang cekal menyeimbangkan tanggungjawab kerja dan kehidupan.

Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita hebat.
Terus melangkah dengan kekuatan, kebijaksanaan dan keindahan jiwa. πŸ’

Ikhlas Daripada
KEMAS Serian

Selamat Menyambut Ramadan 1447H πŸŒ™Semoga bulan yang penuh barakah ini membawa keampunan, keberkatan dan kebahagiaan buat ...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan 1447H πŸŒ™

Semoga bulan yang penuh barakah ini membawa keampunan, keberkatan dan kebahagiaan buat kita sekeluarga serta seluruh umat Islam di Malaysia.

Pergi ke pasar membeli kurma,
Singgah sebentar membeli delima;
Ramadan tiba penuh rahma,
Semoga kita beroleh pahala sempurna.

Ikhlas daripada,
KEMAS Serian

Happy Chinese New Year 2026!Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Serian mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semu...
16/02/2026

Happy Chinese New Year 2026!

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Serian mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya, terutamanya warga KEMAS dan masyarakat.

Tahun Baharu datang menjelma,
Hati riang penuh s**a cita.
KEMAS Serian ucap mesra,
Selamat Tahun Baharu Cina semua!

β€œGong Xi Fa Cai”

𝗕 π—˜ π—Ÿ 𝗔 𝗦 𝗨 𝗑 π—š π—ž 𝗔 π—ͺ 𝗔Seluruh Warga KEMAS Serian menzahirkan Salam Takziah kepada keluarga mendiang Melinda Anak Mandai...
11/02/2026

𝗕 π—˜ π—Ÿ 𝗔 𝗦 𝗨 𝗑 π—š π—ž 𝗔 π—ͺ 𝗔

Seluruh Warga KEMAS Serian menzahirkan Salam Takziah kepada keluarga mendiang Melinda Anak Mandai di atas pemergian beliau.Beliau yang merupakan seorang Pendidik Masyarakat di TABIKA KEMAS Kg Kakeng.

Setiap jasa dan pengorbanan mendiang sepanjang berkhidmat di KEMAS amatlah kami hargai sampai bila-bila.

SALAM TAKZIAH😒

SERIAN 09 Februari 2026 - SESI PENYERAHAN KOMPUTER RIBA KEPADA PENDIDIK MASYARAKAT TABIKA/TASKA KEMASSesi penyerahan kom...
10/02/2026

SERIAN 09 Februari 2026 - SESI PENYERAHAN KOMPUTER RIBA KEPADA PENDIDIK MASYARAKAT TABIKA/TASKA KEMAS

Sesi penyerahan komputer riba Jabatan kepada Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA KEMAS telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat KEMAS Daerah Serian .

Sesi penyerahan disempurnakan oleh Puan Sawai Anak Akin, Pegawai KEMAS Daerah Serian.Sebanyak 7 buah komputer riba telah diserahkan kepada TABIKA/TASKA mewakili KEMAS Daerah Serian. Sesi ujilari dibuat bersama Pn Norlin Walter Bunyih,Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pn Crescentia Sylvester Apel,Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan PK selaku Pegawai Aset.

Semoga dengan adanya kemudahan ini dapat merealisasikan pelan transformasi pembelajaran berasaskan teknologi serta memperkasakan Pendidik bagi menghasilkan pengajaran yang lebih interaktif dan visual.






SERIAN,22 JANUARI 2026 - Pejabat KEMAS Daerah Serian telah mengadakan Mesyuarat JKPP dan JKPAK Bil 01 Tahun 2026 bertemp...
23/01/2026

SERIAN,22 JANUARI 2026 - Pejabat KEMAS Daerah Serian telah mengadakan Mesyuarat JKPP dan JKPAK Bil 01 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat KEMAS Serian.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Sawai Anak Akin,Pegawai KEMAS Daerah Serian dan dihadiri oleh 46 orang pegawai.

Dalam ucapannya,beliau mengingatkan semua pegawai agar terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berintegriti demi kelangsungan tadbir urus yang lebih cekap.

Semoga segala perancangan dan pelaksanaan tahun 2026 dapat disempurnakan dengan berkesan selaras dengan objektif jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.





Salam Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam.Semoga peristiwa agung ini menguatkan iman, memperbaiki solat dan mende...
16/01/2026

Salam Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam.

Semoga peristiwa agung ini menguatkan iman, memperbaiki solat dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Ikhlas Daripada KEMAS Serian

Selamat Menyambut Perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2026Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua yang meraikanny...
24/12/2025

Selamat Menyambut Perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2026

Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini dipenuhi dengan kegembiraan, kasih sayang dan kenangan indah bersama keluarga serta rakan-rakan.

Menjelang Tahun Baharu 2026, semoga hadir dengan lebih banyak peluang, rezeki yang baik dan hari-hari yang lebih bermakna untuk kita semua.

Jalan-jalan ke pekan Serian,
Singgah sebentar membeli juadah;
Krismas diraikan penuh keceriaan,
Tahun baharu membawa seribu harapan indah.

Ikhlas daripada,
KEMAS Serian

24/12/2025

Ucapan Selamat Menyambut Perayaan Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2026 daripada KEMAS Serian.

Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kegembiraan serta harapan baharu kepada kita semua.

Ooohaaa!

Address

Bangunan Chai Chok Jun, Ting. 1 Sublot 1314 & 1315, Lot 255 Serian Townland District Serian By-Pass
Serian
94700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Daerah Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KEMAS Daerah Serian:

Share