Pejabat Pendidikan Daerah Serian

Pejabat Pendidikan Daerah Serian Pejabat Pendidikan Daerah Serian
Batu 1, Jalan Serian / Sri Aman
94700 Serian, Sarawak.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN (Hari ke-2)14 Ogos 2026 Pejabat Pendidikan Dae...
14/08/2026

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN (Hari ke-2)

14 Ogos 2026

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian telah melaksanakan pemantauan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) di beberapa buah sekolah susulan masalah jerebu yang melanda kawasan.

🏫 Sekolah yang terlibat:
1. SMK Taee
2. SMK Tebedu
3. SK Kujang Mawang

Kehadiran guru dan staff;
βœ… Semua hadir, kecuali yang memohon Cuti Rehat dan hadir ke Bengkel Penataran Kurikulum.

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah atas komitmen, kesediaan serta usaha berterusan dalam memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dalam apa jua keadaan.








πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Azliz...
14/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰

Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Azlizan bin Zainuddin, Guru Besar SK Mubok Berawan, Serian, Sarawak atas penerimaan Sijil Pencapaian sebagai PEMIMPIN JAUHARI DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN bersempena Program Kepimpinan Digital (MyDigital Leaders).

πŸ† Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan kepimpinan berwawasan, komitmen tinggi serta kesungguhan dalam memperkasa transformasi digital dalam pengurusan dan pendidikan.

PPD Serian amat berbangga dengan pencapaian ini yang turut menyerlahkan komitmen warga pendidikan daerah Serian dalam membudayakan kepimpinan digital, inovasi dan pemanfaatan teknologi demi meningkatkan kualiti pendidikan serta kemenjadian murid.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menerajui budaya kepimpinan digital yang berwawasan, mencetuskan inovasi dan memberikan impak yang lebih besar kepada sekolah, komuniti serta ekosistem pendidikan.

✨ Tahniah dan syabas, Encik Azlizan bin Zainuddin!

Teruskan memimpin, menginspirasi dan mencipta kecemerlangan melalui pendigitalan pendidikan.

πŸ’™πŸ’›
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN
Memacu Kecemerlangan Pendidikan, Memperkasa Kepimpinan Digital

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN13 Ogos 2026 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Se...
13/08/2026

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN

13 Ogos 2026

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian telah melaksanakan pemantauan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) di beberapa buah sekolah susulan masalah jerebu yang melanda kawasan sekitar.

Pemantauan ini diketuai oleh En. Bunsie anak Tunton,PPD Serian dan disertai oleh 3 orang Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah En. Jeffry Tikok,En. Elvicter Terry Taum dan En. Denvy Mell.

🏫 Sekolah yang terlibat:
1. SK Balai Ringin
2. SK Krait
3. SK St. Michael Mongkos

Hasil pemantauan mendapati guru-guru di semua sekolah yang terlibat hadir 100% dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun dalam situasi yang mencabar.

PPD Serian turut memuji inisiatif dan komitmen pihak sekolah dalam memanfaatkan pelantar DELIMa 3.0 sebagai medium utama PdPR. PPD juga berkesempatan mendengar penjelasan serta penerangan daripada guru-guru berkaitan kaedah, pendekatan dan pelaksanaan PdPR menggunakan platform tersebut.

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah atas komitmen, kesediaan serta usaha berterusan dalam memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dalam apa jua keadaan.








πŸ’ PPD SERIAN: UCAPAN SELAMAT BERSARASELAMAT BERSARA KEPADA ENCIK TAIF BIN SELI, GURU BESAR SK ENTAYAN πŸ’Pihak Pejabat Pen...
13/08/2026

πŸ’ PPD SERIAN: UCAPAN SELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARA KEPADA ENCIK TAIF BIN SELI, GURU BESAR SK ENTAYAN πŸ’

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Taif bin Seli, Guru Besar SK Entayan, di atas segala sumbangan, dedikasi, serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan.

πŸ“ Sekapur Sireh, Seulas Pinang:
"Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan;
Intan dicari emas didapat,
Bakti disanjung kenangan berzaman."

Seluruh warga PPD Serian mendoakan agar Encik Taif bin Seli sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan berterusan bersama keluarga tersayang, serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani alam persaraan.

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, dan pengorbanan demi memajukan anak bangsa khususnya di Daerah Serian.

πŸ“’ TAHNIAH & SYABAS: MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN / PELANTIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PPD SERIANWarga Peja...
05/08/2026

πŸ“’ TAHNIAH & SYABAS: MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN / PELANTIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PPD SERIAN

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Syabas kepada pegawai-pegawai yang telah menerima surat penempatan setara serta pelantikan pengurusan sekolah berkuat kuasa mengikut tarikh masing-masing:

πŸ”„ PENEMPATAN SETARA
"Memacu kecemerlangan di tempat baharu dengan penuh dedikasi."

Encik Daut anak Taim

🏫 SK Tesu ➑️ SK St Alban Duras

πŸ“… Tarikh Kuat Kuasa: 3 Ogos 2026

Encik Badrol Hisyam bin Abdullah

🏫 SK Merbau ➑️ SK Pangkalan Sorah

πŸ“… Tarikh Kuat Kuasa: 3 Ogos 2026

🌟 PELANTIKAN GURU BESAR INTERIM
Encik Kong Wei Chiek

🏫 SJK (C) Pangkalan Bedup

πŸ“… Tarikh Kuat Kuasa: 11 Jun 2026

🌟 PELANTIKAN GURU BESAR (LALUAN KHAS)
Encik Victor anak Jonathan

🏫 SK Tema

πŸ“… Tarikh Kuat Kuasa: 3 Ogos 2026

🌟 PELANTIKAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HAKIKI)
Encik Iswandy bin Sejeli

🏫 SK Telagus/Jerok

Semoga dengan penempatan dan amanah baharu ini, warga pendidik dapat terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti, dan memacu kualiti pendidikan di daerah Serian ke tahap yang lebih tinggi.

Selamat menjalankan tugas! πŸ’ͺ✨

*Lawatan PPD Serian Menyantuni Sekolah*Tarikh   : 04.08.2026Sekolah : SK St Edward  BelimbingOjektif utama lawatan PPD S...
04/08/2026

*Lawatan PPD Serian Menyantuni Sekolah*

Tarikh : 04.08.2026
Sekolah : SK St Edward Belimbing

Ojektif utama lawatan PPD Serian, Encik Bunsie anak Tunton ke SK St Edward Belimbing untuk mendekati warga sekolah secara langsung, mendengar aspirasi serta memberikan bimbingan profesional.
Selain itu, lawatan tersebut membolehkan PPD berinteraksi secara langsung dengan murid dan guru untuk memahami keperluan serta cabaran di peringkat sekolah.
PPD juga mengingatkan warga sekolah supaya sentiasa menggunakan pelantar DELIMa semasa pengajaran dan pembelajaran kerana ia menyediakan akses sehenti yang mudah kepada pelbagai sumber digital, alat kolaborasi dalam talian dan sebagai bahan rujukan pendidikan.


DIALOG PRESTASI 3M (PEMULIHAN KHAS), MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 & UPDLPS TAHUN 6 ZON PENDIDIKAN TEBEDUKejayaan Program...
02/08/2026

DIALOG PRESTASI 3M (PEMULIHAN KHAS), MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 & UPDLPS TAHUN 6 ZON PENDIDIKAN TEBEDU

Kejayaan Program Pemulihan Khas bergantung pada intervensi yang tepat, pemantauan yang konsisten dan kolaborasi yang mantap antara sekolah dengan PPD . Berlandaskan komitmen tersebut, Dialog Prestasi 3M (Pemulihan Khas), Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) dan UPDLPS Tahun 6 Zon Pendidikan Tebedu telah diadakan pada 28 Julai 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat, SK Parun Suan.

Sesi dialog kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Encik Barnabas anak Jubang, dan menghimpunkan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Pemulihan Khas serta Penyelaras Pemulihan. Turut hadir ialah Pegawai SISC+, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD Serian) serta pelatih industri bagi bersama-sama membincangkan pencapaian semasa, isu dan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan di sekolah.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh Program Pemulihan Khas melalui penggunaan data dan headcount sebagai asas perancangan intervensi yang lebih berfokus mengikut keperluan setiap murid. Dialog turut menekankan kepentingan memperkukuh penguasaan sifir, memperbanyakkan penggunaan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) , memanfaatkan platform DELIMa 3.0 dalam pengajaran dan pembelajaran serta membudayakan perkongsian amalan terbaik melalui Professional Learning Community (PLC) .

Di samping itu, penekanan turut diberikan terhadap pemantauan keberkesanan intervensi, penyediaan dan penyemakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) , pengurusan kehadiran murid dan guru, serta usaha mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid agar setiap intervensi benar-benar meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi.

Dialog Prestasi Zon Pendidikan Tebedu melengkapkan pelaksanaan siri Dialog Prestasi 3M (Pemulihan Khas), Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) dan UPDLPS Tahun 6 di kesemua sembilan Zon Pendidikan di bawah PPD Serian bagi tahun 2026 .

Siri dialog ini menjadi platform penting untuk memperkukuh budaya penggunaan data, meningkatkan kolaborasi antara PPD dan sekolah, serta memperkasa perkongsian amalan terbaik dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Semoga komitmen yang telah dizahirkan sepanjang siri dialog ini terus diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak demi kecemerlangan murid di seluruh daerah Serian.

DIALOG PRESTASI 3M (PEMULIHAN KHAS), MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 & UPDLPS TAHUN 6 ZON PENDIDIKAN PAYAUPrasekolah yang c...
02/08/2026

DIALOG PRESTASI 3M (PEMULIHAN KHAS), MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 & UPDLPS TAHUN 6 ZON PENDIDIKAN PAYAU

Prasekolah yang cemerlang dan Program Intervensi Tahun Satu (PITS) yang mantap merupakan asas kepada penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid sejak peringkat awal persekolahan. Sehubungan itu, Dialog Prestasi 3M (Pemulihan Khas), Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) dan UPDLPS Tahun 6 Zon Pendidikan Payau telah diadakan pada 23 Julai 2026 (Khamis) di Bilik Mesyuarat, SK Lobang Batu, Serian. Sesi dialog ini menghimpunkan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Pemulihan Khas serta Penyelaras Pemulihan. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, Encik Barnabas anak Jubang, Pegawai SISC+, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD Serian) serta pelatih industri bagi bersama-sama membincangkan pencapaian semasa, isu dan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan di sekolah.

Perbincangan memberi penekanan kepada penggunaan data dan headcount sebagai asas perancangan intervensi, pengukuhan Pendidikan Prasekolah dan Program Intervensi Tahun Satu (PITS), perkongsian amalan terbaik antara sekolah serta persediaan murid menghadapi UPDLPS Tahun 6. Dialog ini turut menegaskan kepentingan intervensi yang berfokus, kolaboratif dan berpandukan keperluan sebenar murid bagi memastikan setiap intervensi yang dilaksanakan memberi impak yang optimum terhadap penguasaan kemahiran literasi dan numerasi.

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh pelaksanaan Program Intervensi Tahun Satu (PITS), Program Pemulihan Khas, Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) dan UPDLPS Tahun 6, sekali gus meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid di seluruh Zon Pendidikan Payau.

πŸŽ‰ SELAMAT BERSARA, GURU BESAR SK ST. ALBAN DURAS! πŸŽ‰Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada Pejabat Pendidi...
02/08/2026

πŸŽ‰ SELAMAT BERSARA, GURU BESAR SK ST. ALBAN DURAS! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada Pejabat Pendidikan Daerah Serian kepada:

πŸ‘¨β€πŸ« ENCIK MEGOS ANAK SIMAK
Guru Besar, SK St. Alban Duras

Seluruh warga PPD Serian ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh Encik Megos sepanjang tempoh perkhidmatan beliau yang penuh dedikasi dalam bidang pendidikan, khususnya di SK St. Alban Duras.

Kepimpinan beliau telah memberi impak yang sangat positif kepada ramai murid dan rakan guru. Dedikasi dan komitmen beliau dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang akan sentiasa dikenang.

Kami mendoakan agar Encik Megos sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, dan kebahagiaan berpanjangan bersama keluarga tercinta di fasa persaraan ini. Semoga permulaan baharu ini membawa lebih banyak ketenangan dan kegembiraan.

"Jasa cikgu tiada tandingannya, budi baik cikgu tiada tara."

Daripada,
Encik Bunsie Anak Tunton
Pegawai Pendidikan Daerah Serian
& Seluruh Warga Pendidikan Daerah Serian

Address

Serian
94700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082874104

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share