18/08/2018
TAHNIAH PDRM IPDSERIAN
KENYATAAN MEDIA IPD SERIAN.
Serian - PDRM Serian telah berjaya menangkap dan menahan sabjek dalam operasi berasingan hasil dari maklumat orang awam dan risikan maklumat polis terhadap kegiatan tersebut
Dalam kes pertama
*Rampasan Dadah, Senapang Patah dan Senapang Angin*
Pada 16/08/2018 jam lebih kurang 1040 hrs, sepasukan anggota BSJ Narkotik Serian, JSJ dan Trafik IPD Serian telah tangkap (1) lelaki Umur (21 thn) di Perkarangan Pejabat Trafik IPD Serian kerana disyaki terlibat dengan dadah. Pemeriksaan tubuh badan sabjek telah menjumpai (1) paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah Methamphetamine di dalam beg pinggang warna hitam yang dipakai oleh lelaki berkenaan. (A/B: 0.84 grm). Saringan urine lelaki tersebut didapati positif dadah jenis Amphetamine/ Methamphetamine.
Pasukan serbuan dari BSJ Narkotik Serian kemudiannya telah membuat pemeriksaan lanjutan keatas rumah lelaki tersebut iaitu di Taman Anggerik Indah, Serian. Setelah sampai di rumah tersebut pihak polis telah menjalankan pemeriksaan keatas satu bilik dan telah menjumpai (8) laras senapang angin, (2) laras senapang patah buatan sendiri dan (20) kotak kecil masing2 berisi pellet diatas rak besi dalam bilik tersebut. Senjata serta peluru tersebut dirampas sebagai barang kes untuk siasatan.
Kes disiasat dibawah Sek.12(3) & Sek.15(1)(a)ADB 1952 bagi kesalahan dadah dan dibawah sek.8(a) Akta Senjata Api 1960.
Bagi kes kedua, pada 17/08/2018 jam lebih kurang 0055 hrs, pasukan JSJ Ipd Serian semasa membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Tarat Serian telah tangkap (1)(L) umur (27 thn) diatas sebuah motosikal di hadapan kedai T.H Mart 24 Jam, Pasar Tarat Serian dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan keatas (1) beg sandang bercorak celoreng coklat/hijau yang dipakai oleh sabjek telah menjumpai (1) beg kecil berzip warna kebiruan yang didalamnya ada (8) keratan straw tiub warna kebiruan masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah Meth.(A/B: 0.94 gram). Sabjek di bawa balik ke Pej BSJN Serian dan saringan urine sabjek didapati positif dadah jenis Amp/Meth. Kes disiasat dibawah Sek.12(3)ADB 1952 dan Sek.15(1)(a)ADB 1952.
Kedua-dua saspek diatas telah ditahan reman selama (4) hari bermula hari ini sehingga 21/8/2018 utk siasatan lanjut.
Kejayaan Operasi ini adalah kerjasama diantara semua jabatan PDRM di IPD Serian hasil daripada maklumat orang awam yang memberi maklumat kepada pihak polis semasa aktiviti komuniti policing dijalankan.