JKR Bahagian Serian

JKR Bahagian Serian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JKR Bahagian Serian, Government Official, TINGKAT 2, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN SARAWAK (BAHAGIAN SERIAN) Jalan PENGARAH RAHUN DEBAK SERIAN, Serian.

TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA KONTRAKTOR JKR BAHAGIAN SERIAN PERKUKUH BUDAYA KERJA SELAMATSERIAN | 14 April 2026 – JKR Ba...
14/04/2026

TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA KONTRAKTOR JKR BAHAGIAN SERIAN PERKUKUH BUDAYA KERJA SELAMAT

SERIAN | 14 April 2026 – JKR Bahagian Serian melalui Jawatankuasa Health, Safety and Environment (HSE) telah mengadakan sesi taklimat keselamatan khas melibatkan para kontraktor, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), serta Penyelia Keselamatan Tapak (SSS) bagi projek-projek di bawah seliaan Bahagian Serian.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Jurutera Bahagian, Ir. Ts. Chiresly anak Francis Kureng, dengan pengisian taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Jawatankuasa HSE, Ir. Ts. Melissa anak Shak Shang. Fokus utama program adalah untuk memberi pendedahan mendalam mengenai keperluan perundangan di bawah Akta sedia ada serta meningkatkan tahap kesedaran keselamatan di tapak bina.

Kehadiran Ir. Ts. Adriana anak Peter Chee (Penolong Jurutera Bahagian - Pembangunan) bersama pegawai JKR lain membuktikan komitmen jabatan dalam memastikan piawaian keselamatan dipatuhi secara tegas. Inisiatif ini diharap dapat memupuk budaya kerja yang berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

We Build For You!
Sumber : JKR Bahagian Serian
Disediakan oleh : Nor Asmida bt Sbe
Jurugambar : Adibah Syafiah

08/04/2026
08/04/2026
26/03/2026

PENAFIAN BERKAITAN DOKUMEN TUNTUTAN GANTI RUGI KEROSAKAN KENDERAAN

JKR Sarawak ingin menegaskan bahawa pihak jabatan tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan dokumen bertajuk β€œSenarai Semak Dokumen Tuntutan Ganti Rugi Kerosakan Kenderaan” seperti yang sedang tular di media sosial.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JKR Sarawak bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna jalan raya yang terjejas dan ingin membuat aduan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi JKR Sarawak melalui saluran berikut:

πŸ“² Facebook: Jabatan Kerja Raya Sarawak
🌐 Talikhidmat: https://talikhidmat.sarawak.gov.my
πŸ“ž JKR Sarawak Care (WhatsApp): +60 11-7017 1777
πŸ“§ E-mel: [email protected]

JKR Sarawak komited dalam memastikan penyampaian maklumat yang sahih serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

We Build For You

24/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!πŸ₯³ Maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap. Semoga raya ni bawa kebahagiaan dan rezeki melimpah.πŸ˜„πŸ˜

25/02/2026

🚧 LAPORKAN MASALAH JALAN RAYA 🚧

Keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan kami. Sekiranya anda mengesan sebarang kerosakan jalan, keadaan berbahaya atau isu penyelenggaraan, salurkan aduan anda melalui platform rasmi JKR Sarawak.

πŸ“² Facebook: Jabatan Kerja Raya Sarawak
🌐 Talikhidmat: https://talikhidmat.sarawak.gov.my
πŸ“ž JKR Sarawak Care (WhatsApp): +60 11-7017 1777
πŸ“§ E-mel: [email protected]

Setiap aduan anda membantu kami menambah baik perkhidmatan dan memastikan jalan raya yang lebih selamat untuk semua.

WE BUILD FOR YOU

Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah (Fasa Kedua) Projek Serian-Gedong-Samarahan Dual Carriageway Highway.SERIAN – 24 FE...
24/02/2026

Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah (Fasa Kedua) Projek Serian-Gedong-Samarahan Dual Carriageway Highway.

SERIAN – 24 FEBRUARI 2026
Jabatan Kerja Raya Sarawak

Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah (Fasa Kedua) bagi Projek Serian-Gedong-Samarahan Dual Carriageway Highway (Section 1A & 1B) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap ADUN N.20 Tarat di Dewan Masyarakat, Kampung Munggu Kupi, Serian.

Majlis ini melibatkan penerima dari Kampung Munggu Kupi, Kampung Rayang, Kampung Tanah Puteh dan Kampung Sebemban dibawah jajaran projek berkenaan.

Projek Serian-Gedong-Samarahan akan menghubungkan Serian-Gedong-Samarahan dengan keseluruhan sepanjang 45.65km (Section 1A : 9.79km dan Section 1B : 8.54km).
Pembinaan projek ini bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat antaranya :
β€’ Perjalanan yang lebih selamat dan selesa
β€’ Memendekkan masa perjalanan ke pekan dan bandar berhampiran
β€’ Akses yang lebih baik kepada kemudahan awam seperti sekolah, klinik dan pasar

Bagi Fasa Kedua ini, seramai 73 penerima telah menerima cek pampasan tanah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6.5 juta.
Majlis ini dilaksanakan Bersama di antara Pejabat Residen dan Daerah, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei di Bahagian Serian.

Sumber : JKR Bahagian Serian
Disediakan oleh : Phua Ye Li, Adibah Syafiah
Jurufoto : Adibah Syafiah

19/02/2026

Address

TINGKAT 2, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN SARAWAK (BAHAGIAN SERIAN) Jalan PENGARAH RAHUN DEBAK SERIAN
Serian
94700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Bahagian Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share