Halal International Selangor - HIS

Halal International Selangor - HIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Halal International Selangor - HIS, Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

Introducing Halal International Selangor (HIS), is an initiative by the Selangor State Government in making Selangor a โ€œGlobal Nation Stateโ€ in the halal industry

Ikuti kami untuk info halal terkini...

Salam Rabiulawal 1448HRabiul Awal merupakan bulan yang penuh kemuliaan dan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad...
14/08/2026

Salam Rabiulawal 1448H

Rabiul Awal merupakan bulan yang penuh kemuliaan dan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. ๐Ÿค

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, ketenangan dan kebaikan buat kita semua.

Selamat Menyambut Rabiul Awal 1448H
Ikhlas daripada
Pengurusan & Warga Kerja
Halal International Selangor

๐Ÿš€ TAKE YOUR HALAL BUSINESS TO THE GLOBAL STAGE!Be part of the Selangor Pavilion @ MIHAS 2026 and showcase your brand at ...
13/08/2026

๐Ÿš€ TAKE YOUR HALAL BUSINESS TO THE GLOBAL STAGE!

Be part of the Selangor Pavilion @ MIHAS 2026 and showcase your brand at the world's largest international halal trade exhibition.

๐Ÿ“… 23โ€“26 September 2026
๐Ÿ“ MITEC, Kuala Lumpur

For only RM11,000, exhibitors will receive an exclusive package that includes:

โœ… Fully equipped exhibition booth at the Selangor Pavilion
โœ… Business Matching & Networking opportunities with local and international buyers
โœ… Complimentary Digital Brand Exposure throughout MIHAS 2026
โœ… FREE Halal Awareness Online Training (for 5 participants)
โœ… FREE Halal Internal Audit conducted by a Certified Internal Halal Auditor
โœ… Professional consultation and business support

This is your opportunity to:
- Expand into international markets
- Connect with potential buyers and strategic partners
- Increase your brand visibility and grow your business
- Position your company among leading halal industry players

Limited spaces available. Secure your booth today!

For enquiries:
๐Ÿ“ž Mrs. Norazrin: +60 19-297 0509
๐Ÿ“ž Mr. Syahir: +60 14-726 4570

โ“Anda merupakan pemohon baru/pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)?  โ“Masih keliru dengan keperluan Pindaan Te...
11/08/2026

โ“Anda merupakan pemohon baru/pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)?
โ“Masih keliru dengan keperluan Pindaan Terhadap MPPHM 2020 berkaitan latihan halal?
โ“Ingin faham lebih jelas tentang Klausa 17(12) Pindaan Terhadap MPPHM 2020 mengenai latihan kesedaran halal?

๐Ÿ“Œ Tahukah anda bahawa:
โœ… Latihan kesedaran halal kepada pekerja baharu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lantikan
โœ… Latihan kesedaran halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua pekerja yang terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan/atau perkhidmatan
โœ… Latihan Kesedaran Halal melalui pihak ketiga hendaklah dikendalikan oleh organisasi yang berdaftar di bawah HPB JAKIM atau Pihak Berkuasa Berwibawa. Latihan Kesedaran Halal oleh Eksekutif Halal dan/atau Penyelia Halal hendaklah terhad kepada latihan secara dalaman (in-house training) bagi kakitangan syarikat sahaja.

Rujukan: Pindaan Terhadap MPPHM (Domestik) 2020: Klausa 17 (12) (a) (b) & (i)

๐ŸŽฏ Sertai kami dalam program Latihan Kesedaran Halal untuk memahami keperluan ini dengan lebih mendalam dan praktikal!

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 2 September 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Platform: Aplikasi Microsoft Teams
๐Ÿ’ฒ Yuran Penyertaan: RM60.00 (Termasuk 8% SST)
๐ŸŽ“ Sijil penyertaan digital akan diberikan kepada peserta selepas tamat program

๐Ÿ”— Daftar Sekarang:
https://forms.cloud.microsoft/r/XBZgRfpb1M

Untuk sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ง Email: [email protected] atau [email protected]
๐Ÿ“ž Call: 0358704888 atau 010-4659114

MAKLUMAT HALAL: SEMAK DARIPADA SUMBER RASMIHalal International Selangor (HIS) mengambil maklum kenyataan Jabatan Kemajua...
11/08/2026

MAKLUMAT HALAL: SEMAK DARIPADA SUMBER RASMI

Halal International Selangor (HIS) mengambil maklum kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung penyebaran kandungan berkaitan isu halal melalui platform media sosial Halal Inquiry Company Direktori (HICD).

JAKIM menegaskan bahawa HICD tidak mempunyai hubungan dengan JAKIM serta tidak pernah dilantik, diiktiraf atau diberi kuasa dalam urusan Pensijilan Halal Malaysia. Sebarang pandangan, ulasan atau kesimpulan yang dikeluarkan oleh HICD adalah atas kapasiti pihak tersebut dan tidak mewakili pendirian rasmi JAKIM.

HIS menyeru masyarakat dan pemain industri agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat halal melalui sumber yang sahih dan berautoriti sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

Orang ramai disarankan membuat semakan status Pensijilan Halal Malaysia melalui Portal Rasmi Halal Malaysia dan saluran rasmi JAKIM.

Semak dahulu, sebelum sebar.
Bersama memelihara integriti maklumat halal demi keyakinan pengguna dan kelestarian ekosistem halal Malaysia.

Mesyuarat Bersama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (โ€œJAKIMโ€)Pada 31 Julai 2026, HIS Toyy...
05/08/2026

Mesyuarat Bersama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (โ€œJAKIMโ€)

Pada 31 Julai 2026, HIS Toyyiba (โ€œHISโ€) telah dijemput membuat pembentangan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM bagi membentangkan inisiatif digital HIS iaitu Modul Halal E-Learning dan Halal Certificate Readiness Assessment (โ€œCRAโ€).

Modul Halal E-Learning dibangunkan sebagai platform pembelajaran digital yang bertujuan memberi pengenalan mengenai konsep halal, industri halal serta keperluan pensijilan halal kepada masyarakat dan industri di Jepun.

Selain itu, HIS turut memperkenalkan Halal CRA iaitu inisiatif digital yang meningkatkan kecekapan proses kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (โ€œSPHMโ€) dalam tempoh 30 hari serta mengurangkan risiko permohonan ditolak.

Sesi pembentangan tersebut telah disertai oleh delegasi dari HIS iaitu Puan Amiriah, Puan Norizan, Encik Ahmad Nasron, Cik Nur Athirah, dan Cik Farah Nabilah serta wakil dari JAKIM iaitu YBrs. Tuan Muhyidin, Ustaz Saiful Nizam, Ustaz Iszam, Puan Nur Ardzlina, dan Cik Adilah.

โœจ Di samping itu, HIS turut merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Tuan Muhyidin bin Aziz @ Saari atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM yang berkuat kuasa pada 6 Julai 2026.

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBHG. Dato' Amiru...
03/08/2026

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBHG. Dato' Amirul Azizan bin Abd Rahim, D.I.M.P atas pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga YBHG. Dato' dikurniakan kekuatan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab serta memacu tadbir urus perkhidmatan awam Selangor ke peringkat yang lebih berprestij. Selamat berkhidmat!

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBHG. Dato' Mohd ...
03/08/2026

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBHG. Dato' Mohd Yazid bin Sairi atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga kepimpinan YBHG. Dato' membawa ilham, kemajuan, dan impak positif yang berterusan buat seluruh warga Petaling Jaya. Selamat menjalankan amanah!

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBRS. Tuan Amri b...
03/08/2026

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBRS. Tuan Amri bin Ismail atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.

Semoga YBRS. Tuan terus dilimpahi kurnia kepimpinan yang berdedikasi dan membawa MPKL ke tahap yang lebih cemerlang demi kesejahteraan warga Kuala Langat. Selamat bertugas!

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBRS. Puan Hjh. S...
03/08/2026

Pengurusan dan Wargakerja Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBRS. Puan Hjh. Sharinaz binti Hj. Samsudin, A.I.S. atas pelantikan sebagai Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkuat kuasa pada 27 Julai 2026.

Semoga YBRS. Puan dibekalkan ketabahan, kearifan, dan kejayaan dalam memimpin serta terus memajukan bandar raya Petaling Jaya ke arah kecemerlangan. Selamat berkhidmat!

HEBAHAN SEMASA HALAL MALAYSIAPENGAKTIFAN PERMOHONAN SKIM KOSMETIK (IKO) DAN SKIM FARMASEUTIKAL (IFM) DI DALAM SISTEM MYe...
30/07/2026

HEBAHAN SEMASA HALAL MALAYSIA

PENGAKTIFAN PERMOHONAN SKIM KOSMETIK (IKO) DAN SKIM FARMASEUTIKAL (IFM) DI DALAM SISTEM MYeHALAL INTERNATIONAL

๐Ÿ“ข Makluman ini adalah berdasarkan hebahan rasmi yang dikeluarkan melalui laman media sosial JAKIM.

Dimaklumkan bahawa mulai 3 Ogos 2026, fungsi permohonan bagi Skim Kosmetik (IKO) dan Skim Farmaseutikal (IFM) bagi kategori pengilangan luar negara akan diaktifkan sepenuhnya dalam sistem MYeHALAL International.

Sehubungan dengan itu, para pemohon diminta mengambil maklum perkara-perkara berikut:

- Permohonan Baharu: Hendaklah dikemukakan melalui sistem MYeHALAL International mengikut skim dan kategori produk yang betul.

- Permohonan Pembaharuan: Hendaklah dikemukakan selaras dengan pengaktifan skim berkenaan mengikut kategori produk yang dipohon.

PERHATIAN:

Permohonan yang gagal mematuhi keperluan skim atau tidak menepati kriteria yang ditetapkan akan ditolak secara automatik.

๐Ÿ“ฉ Sebarang pertanyaan:
Boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected] atau hubungi talian 03-8892 5100 / 03-8892 5022.

Address

Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60358704888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halal International Selangor - HIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share