Parti Sosialis Malaysia Shah Alam

Parti Sosialis Malaysia Shah Alam Page ini adalah untuk ahli PSM, penyokong PSM atau Sosialis di Shah Alam. Kenapa kita perlukan Parti Sosialis di Malaysia? PSM & Pilihanraya.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan suatu parti politik berhaluan kiri di Malaysia. Sistem ekonomi Malaysia yang dibelenggu dengan model pembangunan kapitalis telah gagal menaikkan kehidupan majoriti. Ia hanya telah memperkayakan sebahagian kecil masyarakat melalui eksploitasi, perampasan tanah, kronisme, rasuah serta kemusnahan alam sekitar. Malangnya, tiada parti politik kerajaan mahupun pem

bangkang yang memahami dan menerima bahawa kapitalisme yang menjadi masalah dan ia tidak boleh direformasi tetapi perlu diganti dengan sistem ekonomi dan politik yang mendahulukan rakyat, bukannya keuntungan. Kita perlukan parti yang menyoalkan kapitalisme dan membina model politik dan ekonomi alternatif melalui demokrasi penyertaan dan kuasa rakyat. Suatu kerajaan kebajikan dengan pendekatan dari atas ke bawah tidak akan selesaikan isu-isu teras eksploitasi yang terus mengekalkan kemiskinan. Kita perlukan parti sosialis yang menekankan masalah-masalah masyarakat secara isu kelas dan bukannya perkauman. Buat terlalu lama di Malaysia, rasisme telah mengindoktrinasi wacana politik kita, menyembunyikan realiti bahawa ia merupakan isu kelas antara golongan berada dengan yang tidak. PSM dibina daripada pergelutan golongan orang biasa dan kita perlu membawa balik politik kelas yang berjuang untuk keperluan asas, seperti gaji yang adil, perumahan, kesihatan, pendidikan yang berpatutan, menentang sekisme, homophobia dan xenophobia. PSM Untuk Keperluan Rakyat bukannya Kerakusan Korporat! Penglibatan PSM dalam sistem pilihan raya telah bermula 20 tahun lepas pada 1998. Proses pendaftaran sebagai parti politik sahaja cukup sukar dan merupakan suatu penentangan yang mengambil masa sepanjang 10 tahun merentasi proses mahkamah dan juga menjadikan PSM parti politik pertama untuk membawa Menteri Dalam Negeri ke mahkamah. Oleh sebab itu, dalam pilihan raya tahun 1999, 2004 dan 2008, PSM dikehendaki menggunakan logo parti politik yang lain untuk melibatkan diri. Hanya ketika Pilihan Raya Utama ke-14 pada tahun 2018 PSM telah menggunakan logo sendirinya buat pertama kali. Sebagai parti politik, arah yang diambil oleh PSM berkisar ideologi sosialis. Pendirian ini bukan sahaja dilihat dalam kerja-kerja yang dilakukan oleh (mantan) Ahli Parlimen PSM yang pertama, Dr Jeyakumar tetapi juga dalam kerja-kerja berkaitan sistem pilihan raya dan pentadbiran yang dilakukan oleh PSM sama ada secara berkempen untuk polisi-polisi atau juga meletakkan alternatif-alternatif yang bernas.

Address

Persiaran Tasik, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Sosialis Malaysia Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share