Perpustakaan Komuniti Al-Islah

Perpustakaan Komuniti Al-Islah "WAWASAN ISLAH MEMBANGUN UMMAH" Perpustakaan Komuniti Al-Islah ditubuhkan pada bulan September 2021 di bangunan Worldwide @ 7 Shah Alam.

Perpustakaan ini di bawah pengurusan Yayasan Al-Islah. Penubuhan perpustakaan ini adalah untuk menyokong aktiviti pembelajaran pelajar dan komuniti. Perpustakaan ini juga turut bertindak sebagai pusat rujukan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI), warga Seksyen 7 Shah Alam dan juga pengguna luar. Sehingga Januari 2026, sejumlah 6788 bahan yang disumbangkan oleh ahli kariah dari Seksyen 7

Selatan, Shah Alam dan juga penyumbang luar. Sistem perpustakaan ini dibangunkan dengan kerjasama dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM. Keahlian Perpustakaan Komuniti ini adalah percuma. Waktu Perkhidmatan Perpustakaan
Isnin hingga Khamis : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Jumaat: 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Sabtu: 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
(Tertakluk kepada permohonan)
Ahad: Tutup

Pencarian koleksi bahan boleh dilayari melalui: imd.library.uitm.edu.my/islah/index.php

πŸ•Œ ULASAN BUKU KOMIK SEJARAH ISLAM – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL-ISLAH πŸ“š Komik Gaza Mini (Siri 1–8)✍️ Penulis & Pelukis: IF ...
31/10/2025

πŸ•Œ ULASAN BUKU KOMIK SEJARAH ISLAM – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL-ISLAH
πŸ“š Komik Gaza Mini (Siri 1–8)
✍️ Penulis & Pelukis: IF Moses
πŸ“– Genre: Sejarah Islam / Komik Pendidikan / Fiksyen Sejarah
No Panggilan: 741.5 IFM

βœ¨β€œBukan sekadar komik, ini kisah perjuangan yang membuka mata dan menyentuh jiwa.”

Siri Komik Gaza Mini membawa pembaca ke zaman kejatuhan Khilafah Uthmaniyah dan kebangkitan gerakan Zionis. Melalui watak Gaza dan 15 adik-beradiknya, kisah ini menggambarkan kehidupan masyarakat Palestin yang damai β€” sebelum konspirasi besar mula menggugat tanah air mereka.

πŸ’£Dalam setiap siri, pembaca bukan hanya disajikan dengan jalan cerita yang menarik dan ilustrasi yang memukau, tetapi juga dengan fakta sejarah yang benar β€” tentang pembinaan landasan Hejaz Railway, peranan Turki Uthmaniyah, dan rancangan jahat Theodor Herzl serta Israel untuk menakluk Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

πŸ“ Dapatkan siri Komik Gaza Mini (1–8) di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
πŸ“– Jom tanamkan semangat cinta kepada Islam dan Palestin melalui pembacaan yang santai tapi penuh makna.

πŸ“˜ [ULASAN BUKU ISLAMIK – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Mutiara Ihya’ β€˜Ulumuddin: Hak Milik Muslim✍️ Karya agung Imam ...
24/10/2025

πŸ“˜ [ULASAN BUKU ISLAMIK – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– Mutiara Ihya’ β€˜Ulumuddin: Hak Milik Muslim
✍️ Karya agung Imam al-Ghazali
πŸ“š Diterjemah oleh: Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi
πŸ“‚ Genre: Agama Islam / Tasawuf / Akhlak & Kerohanian
No Panggilan: 297.43 GHA

βœ¨β€œIhya’ β€˜Ulumuddin β€” karya yang menghidupkan hati dan membimbing akal menuju kebenaran.”

Karya monumental Imam al-Ghazali ini telah diakui sebagai antara rujukan Islam terbaik selepas al-Quran dan hadis. Buku Mutiara Ihya’ β€˜Ulumuddin merupakan ringkasan padat daripada karya asal Ihya’ β€˜Ulumuddin, yang menghimpunkan hikmah tentang ibadah, mu’amalat, munakahat, dan jinayat iaitu empat aspek utama kehidupan Muslim.

πŸ“œ Setiap bab dihuraikan dengan pendekatan ilmiah, logik dan menyentuh hati. Ia bukan sekadar teks agama, tetapi panduan mendalam tentang bagaimana menjadi Muslim yang seimbang antara akal, amal dan jiwa.

πŸ“ Dapatkan buku ini di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
πŸ“š Hayati mutiara ilmu Imam al-Ghazali yang abadi sepanjang zaman.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
πŸŒ™ Jom bersama memperkaya jiwa dengan bacaan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

πŸ“˜ [ULASAN BUKU HADITH – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Hadith 40✍️ Terjemahan & Syarah oleh: Al-Ustadh Mustafa β€˜Abdul ...
26/09/2025

πŸ“˜ [ULASAN BUKU HADITH – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– Hadith 40
✍️ Terjemahan & Syarah oleh: Al-Ustadh Mustafa β€˜Abdul Rahman
πŸ“š Genre: Agama Islam / Hadith / Akidah & Akhlak
No Panggilan: 297.124 HAD

✨ β€œSabda Nabi SAW adalah cahaya petunjuk bagi setiap Muslim.”

Buku Hadith 40 menghimpunkan empat puluh hadis pilihan yang terkenal sebagai asas utama dalam memahami ajaran Islam. Setiap hadis bukan sahaja diterjemahkan, tetapi juga dihuraikan (syarah) dengan jelas dan mudah difahami oleh pembaca.

πŸ“œ Antara topik yang disentuh termasuk soal akidah, ibadah, akhlak, muamalah, serta pedoman hidup seharian. Dengan gaya bahasa yang ringkas dan padat, buku ini sesuai dijadikan rujukan untuk belajar, mengajar atau sekadar bacaan rohani.

πŸ“ Datang ke Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7 untuk mendapatkan buku ini.
πŸ“š Banyak lagi koleksi hadis, sirah dan tafsir menanti anda.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
🌟 Jom membaca, mendalami ilmu, dan mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah SAW.

🩸 [ULASAN BUKU THRILLER-MISTERI – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Topeng Berdarah✍️ Penulis: Saidee Nor AzamπŸ“š Genre: Fi...
19/09/2025

🩸 [ULASAN BUKU THRILLER-MISTERI – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– Topeng Berdarah
✍️ Penulis: Saidee Nor Azam
πŸ“š Genre: Fiksyen / Thriller Psikologi / Misteri Jenayah
No Panggilan: 899.2333 SAI

Hazwadi bukanlah seorang detektif. Dia cuma seorang pelukis psikik. Tetapi setiap kali tidur, dia dihantui mimpi ngeri, menyaksikan sendiri pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang pembunuh misteri bergelar Topeng Berdarah.

πŸ”ͺ Satu demi satu nyawa terkorban. Setiap kali, Hazwadi melihatnya dalam mimpi, seolah-olah tragedi itu berlaku tepat di depan matanya.

πŸ“ Ayuh dapatkan Topeng Berdarah di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
πŸ“š Nikmati bacaan yang mendebarkan dan misteri lain menanti di rak perpustakaan.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
πŸ’‘ Jangan sekadar dengar cerita… berani ke anda membongkar rahsia Topeng Berdarah?

πŸ“– [ULASAN BUKU SASTERA – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“š Puisi Baharu Melayu 1961-1986πŸ‘€ Editor: Ahmad Kamal Abdullah & ...
12/09/2025

πŸ“– [ULASAN BUKU SASTERA – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“š Puisi Baharu Melayu 1961-1986
πŸ‘€ Editor: Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Haji Yusof
πŸ“‚ Genre: Kesusasteraan Melayu
No Panggilan: 899.2310803 PUI

βœ¨β€œPuisi adalah suara zaman, merakam denyut nadi masyarakat.”

Buku Puisi Baharu Melayu 1961-1986 ini menghimpunkan karya-karya puisi penting hasil tangan para penyair tanah air sepanjang dua dekad yang penuh perubahan. Ia merupakan sambungan daripada Puisi Baharu Melayu 1942-1960 oleh Ali Haji Ahmad, lalu menjadikan naskhah ini sebuah rujukan penting dalam perkembangan sejarah sastera Melayu moden.

πŸ“Œ Kandungan menarik buku ini:

1. Puisi-puisi daripada penyair mapan yang terus memantapkan gaya dan pengaruh mereka

2. Kemunculan bakat-bakat baharu dengan teknik pengkaryaan yang segar dan tersendiri

3. Cerminan suasana politik, sosial, dan budaya negara sepanjang era 1960-an hingga 1980-an

πŸ“ Tersedia di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
πŸ“š Jom dekati khazanah sastera Melayu yang penuh makna ini.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
🌟 Sama-sama kita hargai warisan seni dan budaya bangsa.

🌱 [ULASAN BUKU MOTIVASI HIDUP – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Tentang Dewasa✍️ Penulis: Hafizul FaizπŸ“š Genre: Young Ad...
29/08/2025

🌱 [ULASAN BUKU MOTIVASI HIDUP – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– Tentang Dewasa
✍️ Penulis: Hafizul Faiz
πŸ“š Genre: Young Adult / Motivasi / Inspirasi Kehidupan
No Panggilan: 158.1 HAF

Buku Tentang Dewasa membawa pembaca menyelami hakikat kehidupan, bahawa kedewasaan bukan sekadar umur, tetapi sebuah perjalanan yang penuh dengan luka, air mata, dan akhirnya senyuman.

πŸ’§ Setiap helaiannya sarat dengan refleksi jiwa, tentang bagaimana pengalaman pahit mampu mengajar kita untuk lebih tabah, dan bagaimana masa lalu yang pedih akhirnya menjadi kekuatan untuk tersenyum di hari ini.

πŸ“ Dapatkan buku ini di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
πŸ“š Banyak lagi bacaan inspirasi dan motivasi menanti anda di sini.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
🌟 Jom luangkan masa untuk membaca dan menemukan semula diri anda melalui buku.

πŸŒ™ [ULASAN BUKU SIRAH NABAWIYAH – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Sirah Teragung Muhammad SAWπŸ‘€ Editor: Erwyn Kurniawan, ...
22/08/2025

πŸŒ™ [ULASAN BUKU SIRAH NABAWIYAH – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]

πŸ“– Sirah Teragung Muhammad SAW
πŸ‘€ Editor: Erwyn Kurniawan, S.IP.
πŸ“š Penyusun: Dr. Ahmad Hatta & rakan penulis
πŸ“‚ Genre: Sejarah Islam
No Panggilan: 297.63 SIR

✨ "Perjalanan hidup Baginda SAW adalah kisah teragung, kerana setiap langkahnya dibimbing oleh wahyu."

Buku ini menghidupkan kembali kisah penuh hikmah Rasulullah SAW. Dari zaman kecil yang penuh ujian, perniagaan baginda yang berintegriti, perkahwinan dengan Khadijah, hingga detik agung turunnya wahyu pertama.

πŸ“œ Pembaca akan merasai seolah-olah menyaksikan sendiri perjuangan Baginda β€” saat berhijrah ke Madinah, ketika menang di Perang Uhud, saat penuh tawadhu’ membebaskan kota Mekah, sehinggalah detik mengharukan menjelang wafatnya Baginda.

πŸ“ Dapatkan buku ini di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
πŸ“š Banyak lagi koleksi sirah, hadis dan sejarah Islam untuk anda hayati.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
πŸ’« Jom hadir bersama keluarga dan nikmati pengalaman membaca yang mendekatkan kita kepada sunnah Rasulullah SAW.

πŸ“˜ [ULASAN BUKU ILMU & AKHLAK – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Syarah 40 Hadith✍️ Penulis: Khalil Ibrahim Mulia Khothir...
28/07/2025

πŸ“˜ [ULASAN BUKU ILMU & AKHLAK – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– Syarah 40 Hadith
✍️ Penulis: Khalil Ibrahim Mulia Khothir
πŸ“š Genre: Akidah, Syariat & Akhlak
No Panggilan: 297.1248 KHA

✨ "Kejayaan Rasulullah SAW bukan sekadar sejarah namun ia adalah panduan hidup."

Buku Syarah 40 Hadith ini bukan hanya menghimpunkan 40 hadis penting, tetapi juga menghuraikan dengan mendalam maksud di sebalik setiap sabda Baginda SAW dalam konteks akidah yang sahih, syariat yang benar, dan akhlak yang luhur.

πŸ“œ Penulis menyusun syarah secara ilmiah dan menyentuh jiwa β€” menghubungkan perjuangan Rasulullah SAW dan generasi para sahabat dengan cabaran umat hari ini. Dapat dirasai keikhlasan mereka yang menegakkan agama, meskipun berhadapan dengan kezaliman, fitnah dan pengorbanan darah.

πŸ’‘ Sesuai untuk:

Remaja dan dewasa yang ingin mendalami hadis Nabi SAW secara bertadabbur

Pendakwah, pendidik dan pelajar agama

Pencinta ilmu yang mahu memperkukuh kefahaman akidah dan akhlak dalam kehidupan moden

πŸ“ Datang ke Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7 dan dapatkan buku ini.

πŸ“š Banyak lagi bahan bacaan Islamik menanti anda di sini.
πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
🌟 Marilah sama-sama kita kembali kepada sunnah dan ilmu, demi membina ummah yang Rabbani.

πŸ•―οΈ [ULASAN BUKU SERAM-MISTERI – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]πŸ“– Banglo Seksyen 12✍️ Penulis: Hasrudi JawawiπŸ“š Genre: Fik...
20/06/2025

πŸ•―οΈ [ULASAN BUKU SERAM-MISTERI – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– Banglo Seksyen 12
✍️ Penulis: Hasrudi Jawawi
πŸ“š Genre: Fiksyen / Seram / Misteri
No Panggilan : 899.2333 HAS

β€œBanglo itu... katanya masih ada roh yang tak tenang…”
Satu tragedi ngeri 15 tahun lalu β€” enam remaja dibunuh secara misteri di sebuah banglo terbengkalai. Sejak itu, tempat itu dikenali sebagai Banglo Angker Seksyen 12. Ramai yang percaya, banglo itu berhantu. Tapi… betul ke?

Adakah hantu itu benar-benar wujud, atau ada misteri yang lebih gelap tersembunyi?

πŸ“Œ Buku ini sangat sesuai untuk peminat cerita seram, thriller dan penyiasatan. Jalan ceritanya penuh teka-teki, suspen dan sangat mencengkam!

πŸ“ Datang ke Perpustakaan Komuniti Al Islah dan selongkar rahsia Banglo Seksyen 12.

πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
πŸŽ’ Jom bawa geng dan cabar keberanian anda β€” berani baca waktu malam?

11/06/2025

πŸ“˜ [ULASAN BUKU PILIHAN – PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH]
πŸ“– La Tahzan: Jangan Bersedih
✍️ Penulis: Dr. Aidh Al-Qarni
πŸ“š Diterjemah oleh: Tim Ihsan
No. Panggilan : 297.57 QAR

Dalam hidup yang penuh dengan ujian dan tekanan ini, siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah lelah dengan beban yang tak kelihatan? Tetapi... tahukah anda bahawa ketenangan itu masih ada jika kita tahu di mana mahu mencarinya?

πŸ’› La Tahzan atau Jangan Bersedih adalah buku motivasi Islamik yang sangat menyentuh hati. Ia ibarat pelita yang menyinari jalan kehidupan yang kelam, penuh nasihat dan hikmah yang boleh membuat kita tersedar, bangkit, dan terus melangkah.

πŸ“Œ Mengapa anda perlu baca buku ini?

1. Penuh dengan kata-kata yang menyentuh hati dan memberi kekuatan jiwa

2. Dihiasi dengan petikan ayat al-Quran dan hadis yang menenangkan

3. Sesuai untuk semua lapisan umur, terutama yang sedang diuji dengan kesedihan atau keresahan

πŸ“ Buku ini tersedia di Perpustakaan Komuniti Al Islah β€” datanglah singgah dan luangkan masa bersama naskhah yang mampu menenangkan hati anda.

πŸ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!

✨ Jom baca dan sebarkan ketenangan. Ajak ahli keluarga dan sahabat bersama!

πŸ“˜ [ULASAN BUKU PILIHAN PERPUSTAKAAN AL ISLAH]πŸ“š Rasulullah's Business School✍️ Penulis: Kang Monif, PhD & Prof. Laode, Ph...
29/05/2025

πŸ“˜ [ULASAN BUKU PILIHAN PERPUSTAKAAN AL ISLAH]
πŸ“š Rasulullah's Business School
✍️ Penulis: Kang Monif, PhD & Prof. Laode, PhD

Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja seorang pemimpin agung, bahkan juga seorang usahawan yang luar biasa? Dalam buku Rasulullah’s Business School, anda akan dibawa menyelami bagaimana strategi dan etika perniagaan Nabi Muhammad SAW menjadi panduan yang relevan dan berkesan β€” walaupun selepas lebih 1400 tahun!

πŸ“ˆ Buku ini bukan sekadar berbicara soal kejayaan dunia, tapi juga bagaimana untuk berjaya di akhirat. Ia mengupas prinsip-prinsip keusahawanan Islam yang berpaksikan amanah, kejujuran dan keberkatan β€” nilai yang semakin hilang dalam dunia bisnes moden.

πŸ“ Jemput datang ke Perpustakaan Komuniti Al Islah untuk membaca atau meminjam buku ini.

πŸ“£ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!
πŸ’¬ Bawa rakan dan keluarga β€” jom hidupkan budaya membaca dalam komuniti kita!

Address

A-07-03 WORLDWIDE@7, LOT 24, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Friday 09:30 - 12:30
Saturday 09:30 - 12:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Komuniti Al-Islah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category