13/05/2026
Alhamdulillah.
Tahniah kepada Perpustakaan UiTM atas kejayaan mengekalkan prestasi sebagai Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2025 melalui tiga inisiatif daripada Bahagian Pengurusan Perpustakaan, Bahagian Arkib Universiti dan Perpustakaan UiTM Cawangan Perak.
Pencapaian ini adalah hasil komitmen, kesungguhan dan budaya kerja berkualiti warga Perpustakaan UiTM dalam memperkukuh kecemerlangan operasi serta penyampaian perkhidmatan yang berimpak.
Selamat maju jaya kepada semua pasukan pembentang. Semoga dipermudahkan urusan dan terus mengangkat nama Perpustakaan UiTM.
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para Finalis Kecemerlangan Operasi (OE2025) UiTM atas pencapaian dan komitmen cemerlang yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dalam memperkasakan budaya kecemerlangan dan penambahbaikan proses kerja di UiTM.