LPPKN Selangor

LPPKN Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LPPKN Selangor, Public & Government Service, Jalan Sempadan 16/7, Shah Alam.

13/08/2026

FORUM REMAJA MERDEKA: Di Sebalik Trend, Cabaran Sebenar Gen Z 🎙️

Sempena Jelajah Wanita Berdaya Tahan Hulu Selangor, ayuh sertai Forum Remaja Merdeka yang membincangkan realiti, cabaran dan isu semasa yang dihadapi oleh generasi muda hari ini.

Dengarkan perkongsian daripada barisan panel berpengalaman mengenai peranan keluarga, masyarakat dan generasi muda dalam membina masa depan yang lebih berdaya tahan.

📅 15 Ogos 2026 (Sabtu)
🕥 10:30 pagi
📍 Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC)

Jumpa anda di sana!

📻 JOM DENGARKAN SIARAN LANGSUNG!Ikuti sesi temu bual bersama YBrs. Puan Nur Nabila Jaafar, Penolong Pengarah LPPKN Selan...
13/08/2026

📻 JOM DENGARKAN SIARAN LANGSUNG!

Ikuti sesi temu bual bersama YBrs. Puan Nur Nabila Jaafar, Penolong Pengarah LPPKN Selangor, yang akan membincangkan topik:

“Remaja Merdeka: Di Sebalik Trend, Cabaran Sebenar Gen Z”

Sesi ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Penduduk Sedunia Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor yang bertemakan "Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapan Negeri Selangor”

🗓️ 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 11.30 pagi
📻 Radio Selangor FM
📡 Frekuensi 100.9 MHz

Jangan lupa dengarkan siaran langsung dan bersama-sama kita memahami realiti serta cabaran yang dihadapi oleh generasi muda masa kini.

10/08/2026
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGASWarga LPPKN Negeri Selangor dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran YBrs. Puan...
04/08/2026

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Warga LPPKN Negeri Selangor dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran YBrs. Puan Rosmonaliza Abdul Ghani sebagai Pengarah LPPKN Negeri Selangor.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau, LPPKN Negeri Selangor akan terus melangkah maju serta cemerlang dalam usaha memperkukuh institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga segala urusan dipermudahkan serta kepimpinan beliau membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada LPPKN Negeri Selangor.

Selamat datang ke keluarga besar LPPKN Negeri Selangor!






Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam KASIH Keluarga. Bersempena dengan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 yan...
16/07/2026

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam KASIH Keluarga.

Bersempena dengan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 yang bertemakan “Merialisasikan Harapan Dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini Dan Masa Hadapan”, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang menjalankan satu tinjauan pendapat umum secara dalam talian bermula daripada 11 Julai hingga 30 Ogos 2026.

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dijemput untuk menyertai tinjauan ini.

Pautan tinjauan: https://forms.gle/VphsLasCiBAwgmrt7

Terima kasih kerana telah menyertai tinjauan pendapat umum ini.


Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Bersempena dengan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 yang bertemakan “Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapan”. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang menjalanka...

Tak semua luka boleh dilihat, tapi semua perasaan layak didengari. 🤍Kami sedia mendengar tanpa menghakimi.We Listen. We ...
16/07/2026

Tak semua luka boleh dilihat, tapi semua perasaan layak didengari. 🤍
Kami sedia mendengar tanpa menghakimi.
We Listen. We Don't Judge.
Imbas QR pada poster untuk membuat temujanji.

11/07/2026

🌍 Hari Penduduk Sedunia 2026

Golongan muda bukan sekadar pewaris masa depan, malah rakan pembangunan negara hari ini.

Bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 bertemakan “Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapan”, marilah kita bersama-sama menyokong usaha memperkasa generasi muda agar potensi, harapan dan aspirasi mereka dapat direalisasikan demi masa depan yang lebih sejahtera.

💜 Kerana masa depan yang lebih baik bermula dengan peluang yang diberi hari ini.





SELAMAT BERSARAYBrs. Puan Nafishah binti AbdullahPengarah LPPKN SelangorSetiap pertemuan pasti meninggalkan kenangan, da...
03/07/2026

SELAMAT BERSARA
YBrs. Puan Nafishah binti Abdullah
Pengarah LPPKN Selangor

Setiap pertemuan pasti meninggalkan kenangan, dan setiap jasa yang dicurahkan akan terus terpahat dalam ingatan.

Seluruh warga LPPKN Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Puan Nafishah binti Abdullah atas segala jasa, bakti, kepimpinan, tunjuk ajar serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Kehadiran YBrs. Puan bukan sahaja sebagai seorang pemimpin, malah sebagai insan yang banyak memberi bimbingan, semangat dan inspirasi kepada warga kerja. Segala kenangan, nasihat dan sumbangan yang ditinggalkan akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Selamat bersara, YBrs. Puan.
Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.

Ikhlas daripada,
Warga LPPKN Negeri Selangor




SAMBUTAN HARI BAPA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026“SEHEBAT KASIH BAPA”Pada 1 Julai 2026 (Rabu) telah diadakan Sambu...
02/07/2026

SAMBUTAN HARI BAPA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
“SEHEBAT KASIH BAPA”

Pada 1 Julai 2026 (Rabu) telah diadakan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 bertemakan “Sehebat KASIH Bapa” bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sambutan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Juwairiya Zulkifli, Timbalan Pengerusi LPPKN sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada insan bergelar bapa yang menjadi tunjang kekuatan, pelindung, pembimbing serta sumber kasih sayang dalam keluarga.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya; YBrs. Puan Nafishah binti Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Selangor; serta pegawai-pegawai kanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut hadir memberi sokongan dalam menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai usaha memperkukuh mesej kepentingan peranan bapa dalam membina keluarga yang harmoni, sejahtera dan berdaya tahan.

Antara pengisian utama program ialah Forum “Sehebat KASIH Bapa” yang mengetengahkan perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan peranan bapa masa kini, khususnya dalam aspek komunikasi keluarga, tanggungjawab sebagai pembimbing, kesejahteraan emosi serta hubungan kekeluargaan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta turut berpeluang mendapatkan informasi berkaitan perkhidmatan LPPKN, pendidikan kekeluargaan, kesejahteraan keluarga serta pelbagai pengisian menarik yang disediakan oleh agensi dan rakan strategik yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026.

Sehebat KASIH Bapa, seteguh kasih membina keluarga sejahtera.






SELAMAT BERSARAYBrs. Nor Azman bin Mohd NorPegawai Tadbir KUP N12LPPKN Negeri SelangorSeluruh warga LPPKN Negeri Selango...
01/07/2026

SELAMAT BERSARA
YBrs. Nor Azman bin Mohd Nor
Pegawai Tadbir KUP N12
LPPKN Negeri Selangor

Seluruh warga LPPKN Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Tuan Nor Azman bin Mohd Nor atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Semoga segala kebaikan dan dedikasi yang telah diberikan menjadi kenangan indah serta terus dikenang oleh warga kerja LPPKN Negeri Selangor.

Selamat bersara dan selamat menempuh fasa kehidupan baharu. Semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.

Ikhlas daripada,
Warga LPPKN Negeri Selangor




Address

Jalan Sempadan 16/7
Shah Alam
407200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share