AMK Petaling Jaya

AMK Petaling Jaya Angkatan Muda KEADILAN Cabang Petaling Jaya

Selamat Berkongres AMK Petaling Jaya! Parti Keadilan Rakyat
14/07/2022

Selamat Berkongres AMK Petaling Jaya!

Parti Keadilan Rakyat

"Menuju PEMILIHAN KEADILAN 2022, keperluan mempunyai sebuah kesepaduan pasukan anak muda untuk berkhidmat kepada rakyat ...
11/05/2022

"Menuju PEMILIHAN KEADILAN 2022, keperluan mempunyai sebuah kesepaduan pasukan anak muda untuk berkhidmat kepada rakyat adalah penting bagi kami yang bergerak sebagai pasukan “Legasi Reformasi” sebagai gerakan menghidupkan kembali semangat Reformasi yang menjadi teras Parti Keadilan Rakyat sejak ia ditubuhkan pada 1999."

Muhammad Saiful Addeen Bin Mohd Zulkifli
Calon No. 3 Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Cabang Petaling Jaya

Mohd Hilmi Bin Bakri
Calon No. 2 Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Cabang Petaling Jaya

Dinesh A/L Anantham
Calon No. 1 Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Cabang Petaling Jaya

Salam ReformasiMemperkenalkan Barisan Calon Angkatan Muda KEADILAN Legasi Reformasi Cabang Petaling Jaya di dalam Pemili...
11/05/2022

Salam Reformasi

Memperkenalkan Barisan Calon Angkatan Muda KEADILAN Legasi Reformasi Cabang Petaling Jaya di dalam Pemilihan KEADILAN 2022.

KENYATAAN MEDIA AMK LEGASI REFORMASI PETALING JAYA18 APRIL 2022Assalamualaikum Wbt, Da Jia Hao, Vanakkam,Dan Salam Refor...
18/04/2022

KENYATAAN MEDIA AMK LEGASI REFORMASI PETALING JAYA
18 APRIL 2022

Assalamualaikum Wbt, Da Jia Hao, Vanakkam,
Dan Salam Reformasi.

Pasca PRU-14, KEADILAN serta pasukan Pakatan Harapan (PH) berjaya diangkat oleh rakyat untuk mentadbir Putrajaya serta beberapa buah negeri lain di seluruh negara setelah 20 tahun KEADILAN berada di gelanggang politik negara.

Namun, tahun 2020 menyaksikan keadaan negara makin tenat serta isinya akibat penularan COVID-19, beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jelas mengakibatkan pelbagai masalah muncul. Antaranya Masalah Ekonomi, Isu Pendidikan yang mungkin menyebabkan “a lost generation”, impak kepada Kesihatan Mental rakyat dan ditambah p**a dengan Pasca “Langkah Sheraton” yang menatijahkan kepada ketidakstabilan politik negara, kesudahannya rakyat semakin derita.

Sudah tentu “Langkah Sheraton” menjadi satu peristiwa perit yang terpaksa ditelan oleh akar umbi serta meninggalkan luka besar kepada parti ini. Seakan perjuangan untuk mengangkat reformasi dalam urus tadbir institusi negara tergendala buat seketika.

Walaupun Negeri Selangor sudah menjadi negeri yang ditadbir KEADILAN dan pasukan sejak 2008, namun, strategi untuk kekal dan memperkukuh kepemimpinan KEADILAN haruslah diambil peranan oleh semua pihak agar momentum ini dapat diteruskan sehingga kita tawan kembali Putrajaya. Siapalah kita, tanpa dokongan dan sokongan rakyat Negeri Selangor serta kepercayaan yang diberikan.

Petaling Jaya adalah kawasan yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama serta komposisi penduduk daripada kawasan “elite” sehingga kawasan perumahan kos rendah. Kerencaman inilah merupakan keistimewaan yang menjadi rakyat di Petaling Jaya bersatu padu dan wajar dipertahankan sebagai Wilayah KEADILAN & Pakatan Harapan.

Oleh itu, bergerak ke hadapan menuju PEMILIHAN KEADILAN 2022, keperluan mempunyai sebuah kesepaduan pasukan anak muda untuk berkhidmat kepada rakyat adalah penting bagi kami yang bergerak sebagai pasukan “Legasi Reformasi” sebagai gerakan menghidupkan kembali semangat Reformasi yang menjadi teras Parti Keadilan Rakyat sejak ia ditubuhkan pada 1999.

Saya, Muhammad Saiful Addeen Bin Mohd Zulkifli, ingin menawarkan diri sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Petaling Jaya, bersama pasukan “Legasi Reformasi” yang terdiri daripada Sdr. Mohd Hilmi Bin Bakri sebagai Timbalan Ketua AMK Petaling Jaya, Sdr. Dinesh A/L Anantham sebagai Naib Ketua AMK Petaling Jaya serta 14 Ahli Jawatankuasa AMK Petaling Jaya yang lain.

Kami yakin dengan kepelbagaian latar belakang dan pengalaman pasukan, kami mampu memberikan khidmat yang terbaik, justeru memberi kelangsungan momentum kekuatan KEADILAN dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-15.

Sekian, Terima Kasih.

Muhammad Saiful Addeen Bin Mohd Zulkifli
Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Cabang Petaling Jaya

https://linktr.ee/amkpetalingjaya

Address

Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMK Petaling Jaya:

Share